Khamis, 1 Februari 2018

Kereta Polis Malaysia Berlambangkan & Bertulisan Cina, PDRM Minta Hentikan Fitnah.

SEMALAM tular beberapa gambar berserta dakwaan kononnya kereta rondaan Polis Malaysia, Proton Preve kini mempunyai tulisan cina di bahagian badannya.

Dakwaan tular itu turut mengeji dan mempersoalkan kedaulatan negara telah tergadai kepada negara China berikutan penggunaan bahasa cina di badan kereta tersebut.




Menurut pihak polis, lambang dan tulisan cina di badan kereta tersebut adalah untuk tujuan pengambaran filem dan bukannya untuk kegunaan rasmi.

Page yang didakwa menyebarkan fitnah


"Polis ingin menjelaskan bahawa kedua-dua buah kenderaan tersebut digunakan oleh sebuah syarikat perfileman yang sedang membuat pengambaran filem yang  bertajuk "The Original Sin" di sekitar Putrajaya. 

Filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai polis di bandaraya rekaan (Ficticious) Han City ini, adalah untuk tayangan dan pasaran China", kata Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan.


"PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di Facebook Page tersebut kerana ia jelas sekali berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan platform media sosial, serta mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada fitnah," jelas PDRM lagi.

Sementara itu di laman sosial terdapat netizen yang mengesahkan kenderaan itu digunakan untuk tujuan lakonan.


"Alhamdullilah, rezeki dari Allah. Esok BMET mula shooting Police Hong Kong. #bodyguard BMET," kata individu berkenaan di akaun media sosial miliknya.- 1 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...