Selasa, 30 Januari 2018

1 Rumah, 8 Nama Pengundi, Pemilik Tak Tahu, Jiran-Jiran Tak Kenal - 5,000 'Hantu' Di Wangsa Maju.

Bendahari PKR, Tan Yee Kew mendedahkan terdapat 5,000 pengundi meragukan di Wangsa Maju bagaimanapun tiada apa-apa tindakan diambil samada oleh pihak polis ataupun SPR bagi menanggani perkara tersebut katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.


Menurut Tan Yee Kew;

1. Pihaknya telah membuat empat laporan polis di Wangsa Maju dan Setapak di antara Ogos dan November tahun lalu mengenai 1,429 pengundi berdaftar.

2. Laporan dibuat kerana selepas siasatan dijalankan didapati 1,429 pengundi baru yang berdaftar tidak tinggal di alamat yang dinyatakan dalam rekod SPR, dipercayai memberikan maklumat palsu.

3. Menurut pegawai penyiasat, polis sudah pergi ke beberapa alamat dan mengesahkan bahawa mereka yang mendaftar menggunakan alamat berkenaan, tidak menetap di situ, bagaimanapun tiada apa-apa tindakan susulan diambil.

4. Manakala baki 3,500 pengundi baru pula dikesan meragukan apabila nama-nama ini kebanyakkannya mempunyai alamat rumah yang sama sehingga satu rumah dicatatkan mempunyai lapan pengundi baru berdaftar.

PKR dilaporkan mengetahui tentang 5,000 pengundi mencurigakan itu selepas kemasukan 12,000 pengundi baharu dalam daftar pemilih Wangsa maju dalam dua suku terakhir 2016. 

Tan berkata jumlah besar itu menyebabkan PKR meneliti nama itu, sehingga mereka membuat keputusan melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu. 

Katanya, jumlah besar pengundi baharu itu membingungkan kerana lebih separuh atau 7,000 nama bertambah kerana pertukaran alamat. 

“Tidak ada kawasan perumahan atau kilang baharu, jadi kenapa ada 7,000 orang tiba-tiba mahu berpindah ke Wangsa Maju,” katanya.

Menurut Tan lagi;

1. Ada beberapa tempat seperti di Taman Melati, Seksyen 1 Wangsa Maju, Gombak Utara dan Wangsa Melati yang mana sehingga lapan nama pengundi baru berdaftar di atas alamat yang sama.

2. Apabila semakan dibuat oleh PKR dengan turun pintu ke pintu, alamat tersebut sebenarnya tidak wujud.

3. Semakan turut dibuat oleh pasukan media The Malaysian Insight dan ini apa yang mereka rumuskan;

i) Alamat yang berdaftar dengan SPR tidak wujud

ii) 48 nama pengundi baru tidak dikenali oleh jiran-jiran

iii) Lapan pengundi baru yang didaftarkan atas alamat yang sama tidak dikenali oleh pemilik / individu yang menduduki rumah berkenaan

Untuk rekod, PKR memenangi kerusi Wangsa Maju dengan majoriti 5,511 menewaskan calon BN pada PRU ke 13 yang lalu. - 30 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...