Selasa, 30 Januari 2018

Apa Hak Menteri Gunakan Siren Untuk Lepasi Kesesakan Jalanraya Soal Blogger BN.

Pemilik blog pro UMNO, Sang Kelembai ataupun nama sebenarnya Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan sesetengah menteri yang menggunakan siren untuk melepasi kesesakan jalanraya sedangkan itu bukan sebahagian dari perkara yang dibenarkan oleh undang-undang katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


"Masa saya berkerja dengan Tan Sri (Tun) Mohd Ghazali Shafie, beliau Menteri Dalam Negeri. Ancaman subversib dan komunis masih tahap aktif. 

Beliau sendiri tidak pernah gunakan pengiring trafik polis, malah hanya ada seorang bodyguard dalam kereta sahaja. Malah UTK yang ditubuhkan olehnya tidak mengiring dia. 

Jika dia nak pakai siren Polis, siapa nak persoalkan. Sebab dia peguam dan tahu undang-undang kerana dalam RTO tahun 1959 (sekarang Akta Pengangkutan Jalan) kaedah 24 Pembuatan dan Penggunaan; hanya Jabatan yang diwartakan dalam Akta sahaja yang dibenarkan menggunakan siren seperti Ambulan, Jabatan Bomba, Jabatan Kastam, Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja. 

Bila masa pula Akta itu di pinda menbolehkan kereta Menteri mempunyai siren. Apa kecemasan Menteri itu? Jika dia perlu perjalanan mengatasi kesesakan, Menteri boleh meminta bantuan Polis trafik," katanya.

Menurut blogger itu lagi, tidak hanya menteri bahkan jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan siren pada kenderaan masing-masing, ianya juga merupakan satu kesalahan atas sebab itulah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh pasukan polis trafik dan petugas khas.

"Itu sebab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di dahulukan oleh Polis Trafik dan kereta peronda Polis. Sebab kereta PM dan TPM pun menyalahi undang-undang jika menggunakan siren. 

Ini satu video contoh kereta Menteri yang dirakam oleh orang awam yang mengunakan siren dalam saat pemandu lain terperangkap dalam kesesakan. Adilkah perbuatan ini? Sebaliknya menaikkan benci rakyat. 

Hanya Bandaraya Kuala Lumpur sahaja di dunia yang Polis Trafik berkerja di waktu pagi, jika dibandingkan dengan Jakarta, Bangkok, Manila malah Singapura yang Polis trafik setiap masa berada di jalan yang sesak," katanya lagi.

Di media sosial, netizens menyeru agar tindakan undang-undang diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar kesalahan jalanraya tanpa mengira darjat, pangkat dan kedudukan seseorang.

Sesetengah netizens juga mahu mengetahui siapakah menteri yang tergamak menggunakan siren untuk melepaskan diri daripada kesesakan jalanraya.

"Baru jem sikit dah guna siren. Rakyat hari-hari hadap jem sebab apa? Sebab BN la. Buat tol banyak-banyak, ada jalanraya pun berlubang sana sini, pengangkutan awam teruk, kalau boleh aku nak pergi balik kerja relax dalam bas tidur tapi bas tempat aku pun tak masuk, maju la sangat," kata seorang pengguna Facebook. 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...