Selasa, 30 Januari 2018

Isu Logo : Nazri Kata Mahathir Monyet.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mengibaratkan Tun Mahathir Mohamed sebagai "monyet" ketika diminta untuk mengulas respon Mahathir mengenai logo #VisitMalaysia2020 yang menerima kecaman teruk netizens sejak dilancarkan pada 3 hari lepas.

Malaysiakini melaporkan, Nazri Aziz berkata orang utan telah digunakan dalam logo tahun melawat Malaysia sejak pentadbiran Dr Mahathir Mohamad lagi.
 
“Saya hanya ikut dia,” katanya.

Mahathir hari ini malah secara sinis bertanya sama ada gambar mawas yang berkaca mata hitam itu kera atau manusia.

Nazri bagaimanapun berkata di sebalik kontroversi itu, ia tanpa sedar telah mewujudkan kesedaran awam berkaitan kempen itu.

“Saya guna (gambar) monyet itu supaya monyet macam dia (Mahathir) buat ulasan macam ini,” kata menteri yang terkenal dengan cakap lepasnya itu.

“Akhirnya logo saya sohor kini (trending) dan akan wujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia bahawa terdapat kempen Visit Malaysia 2020," katanya lagi seperti dalam laporan tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, page KukuBesi Manipulasi melancarkan "Perang Logo Visit Malaysia 2020" di halaman facebook mereka dengan mengadakan pertandingan merekacipta logo #visitmalaysia2020.


Pertandingan itu turut menawarkan hadiah dan ganjaran wang tunai dan insentif kepada pemenang yang terpilih. 

Dalam pada itu, page Grafik Malaya pula telah menerima lebih dari 60 jenis logo #visitmalaysia2020 yang diperbaharui dari segi rekaannya.

Menurut Grafik Malaya, logo yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan adalah lemah dan tidak sesuai untuk menjadi wajah Malaysia.

"Ini bukanlah logo yang terbaik tetapi mereka semua (pereka grafik) telah lakukan yang terbaik walaupun tanpa brief yang lengkap mahupun bayaran, hanya kerana mereka sayangkan maruah negara Malaysia. 

Ini adalah cara mereka bersuara, mengatakan bahawa logo rasmi Visit Malaysia 2020 yang baru sahaja dilancarkan adalah tidak sesuai atau dalam erti kata lain, lemah. Logo menjadi MAHA penting apabila ia menjadi wajah bagi sesebuah negara!," katanya Grafik Malaya dalam satu kenyataan. 

Menurut Grafik Malaya lagi, logo adalah perkara penting kerana ia adalah representasi yang mewakili rasa kreatif dan wajah negara di khalayak dunia.

"Negara yang di dalamnya terkandung tanah, kerajaan, rakyat dan segala institusi yang mendokong kemandirian dan kedaulatannya. Ia wajah buat kita semua, dipamer dan dipertonton ke khalayak dunia. Siapa yang mahukan wajah yang tidak menarik? Kita punya rasa dan daya kreatif, dan logo inilah representasi segala keupayaan itu. 

Representasi segala usaha keras kerajaan dalam menghasilkan rakyat dengan mentaliti dan daya kerja kelas pertama. 

Kami mengalu-alukan semua pereka grafik Malaysia untuk hantar logo Visit Malaysia 2020 ciptaan sendiri kepada kami untuk kami siarkan (viralkan) dalam album ini. Hanya perlu attach logo anda di ruangan komen atau inbox kami. 

Kita semua tahu bahawa masih ramai pereka grafik tempatan yang berkualiti dan mampu hasilkan logo yang lebih baik tanpa perlu berbelanja besar," jelasnya lagi.

Berikut kami selitkan beberapa logo menarik yang dicipta oleh netizens untuk tatapan anda semua;








Sumber : Grafik Malaya

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...