Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 April 2017

Bodoh Punya Ustaz, Lembu Pun Lagi Berakal! - Netizens Kritik MAZA Kerana Sajak Bela Zakir Naik.

Pagi tadi, mufti Perlis yang juga penceramah tersohor, Ustaz Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA telah menulis satu sajak yang dipercayai didedikasikan buat pengkritik Dr. Zakir Naik, penceramah terkenal dari India yang diburu oleh kerajaan itu.

Sajak itu menjadi kontroversi disebabkan beberapa perkataan didalamnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di Malaysia.


"Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api penganut sati..", kata Maza dalam memulakan sajaknya.

"ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria.. wajarkah manusia diperlakukan sedemikian rupa.. betapa menghina insan sesama", sambungnya lagi.

Selepas memuatnaik sajak itu, MAZA dihentam teruk walaupun dari kalangan penganut Islam. Bagi mereka, MAZA tidak sepatutnya menyebut perkataan sensitif seperti 'mempertuhankan lembu', kerana ajaran Hindu tiada kaitan dengan tindakan penganut Hindu dalam Hindraf, yang mahu Zakir Naik keluar Malaysia.

MAZA seringkali mendapat sokongan padu netizens apabila setiap kali beliau mengkritik pihak tertentu namun kali ini, tindakannya membela Zakir Naik mengundang padah.

Respon netizens



MAZA, awak lebih baik dari ini kata netizens


Kami tak tuhankan lembu kata penganut Hindu



Dakwahlah dengan hikmah, nak buat laporan polis



MAZA sebenarnya antara tokoh agamawan yang disenangi oleh pelbagai lapisan bangsa dan penganut agama di Malaysia namun perselisihannya dengan Hindraf telah membuatkan penceramah popular itu 'hilang sabar'.

Untuk rekod, Hindraf dianggap sebagai kumpulan pelampau yang mewakili kaum india, Perkasa pula mewakili kaum melayu manakala Dong Zong mewakili kaum cina. 

Bagaimanapun netizens berharap agar tokoh agamawan itu menarik-balik status kontroversi itu dan melakukan permohonan maaf bagi menjaga keharmonian antara kaum. Menurut mereka, jika tokoh agamawan yang dianggap paling bertolenrasi tercemar dengan insiden berbaur racist, ia akan menjejaskan imej agama Islam di Malaysia. 

Bimbang dimanipulasikan

Sungguhpun tak kurang ramainya yang menyokong sajak tersebut, terdapat pihak yang bimbang jika sajak itu dimanipulasikan bagi membangkitkan sentimen perkauman terhadap kumpulan tertentu.

Sesetengah netizens menyuarakan kebimbangan jika ianya digunakan secara politik bagi mendorong sokongan diberikan kepada pihak tertentu yang dilihat sebagai 'benar dan betul' kerana mengizinkan Zakir tinggal di Malaysia.

Zakir Naik

Dr. Zakir Naik diburu oleh kerajaan India disebabkan organisasinya didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pro 'keganasan'. Zakir Naik turut dipercayai mempunyai hubungan 'meragukan' dengan Peace TV yang didakwa mempromosikan jihad dan ucapan berbaur perkauman menerusi rangkaiannya.

Menurut media India, Biro Perisikan dari negara itu mempunyai bukti kukuh yang jelas memaparkan beberapa kenyataan Zakir berbaur ancaman dan perkauman antaranya, membandingkan kesucian kuil emas dengan Mekah (Ka'aabah), mewajarkan tindakan pengebom berani mati, mengatakan pedang boleh digunakan bagi menukarkan kepercayaan penganut Hindu kepada Islam dan membuat komen-komen yang tidak menyenangkan tentang Hindusm.

Di Malaysia, pandangan masyarakat juga berbeza-beza apabila memberikan respon terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas Zakir Naik. Ada yang mempercayai dakwaan tersebut namun ada yang menolak dan memilih untuk menyokong Zakir Naik. 

Tak kurang juga ada yang mempersoalkan kewajaran rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri kerana 'orang asing'.

Berbeza pendapat

Pada awal minggu ini, kerajaan mengesahkan Zakir Naik berstatus penduduk tetap di Malaysia dan ia dianugerahkan kepada penceramah terkenal itu ketika beliau menerima gelaran Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013. Status PR antara pakej yang terkandung dalam pemberian gelaran tersebut. Bagaimanapun Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengatakan pemberian status PR adalah berbeza dari status warganegara.

Netizens menzahirkan pendapat yang berbeza tentang pemberian status PR itu dan ada yang mengecam kerajaan kerana didakwa menipu ketika menafikan ia pada tahun lepas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...