Tetapi Adam lebih mengetahui samada individu yang sebarkan perkara di bawah neh kawan dia ataupun bukan ;
Dan, dia la yang melakukan hebahan bahawanya Adam Rosly ;
1. Tinggal di flat PPRT
2. Lepasan SPM
3. Selepas bekerja dengan Zuraidah dalam masa dua tahun telah menjadi kaya
4. Mampu membeli rumah banglo bernilai 7 juta
5. Memiliki beberapa kenderaan mewah
6. Sejak 2016 lagi Adam dan keluarga menjadi proksi kepada Zuraidah dan ADUN disitu (ADUN Ampang kah?)
7. Makan komisen atas angin lepas orang2 atas park duit atas nama Adam dan keluarga Adam
----------
Sebab itulah ramai orang asyik kata Adam neh duduk PPRT.. rupa2nya datangnya dari penulisan di atas. Jika benar si Adam neh duduk PPRT at least mesti ada bukti gambar ke ataupun kesaksian dari bekas jiran-jirannya.
Bukan apa. Cara percakapan tu nampak macam dah lama si Adam neh duduk PPRT.. so bila dah lama tinggal kat situ takan takde 'sebatang' jiran pun yang boleh jadi saksi kan? Tun Carlos neh 'proksi' Najib. Kita tak boleh terima kesaksian dia bulat-bulat, agak menakutkan untuk mempercayai budak2 UMNO neh sebenarnya.
Btw. Katanya ADUN kat situ pun terlibat sama. Bila kita google ADUN Ampang, kita dapati kerusi itu dimiliki oleh 5 orang wakil rakyat. Ada Azmin, Iskandar, Saari, Tuan Kassim, Tiew Way Keng. (rujukan)
Siapa yang dia maksudkan neh? Azmin MB Selangor? Iskandar dan Tuan Kassim dari PAS. Saari dari AMANAH. Manakala Tiew dari DAP. Kena sebut la siapa sebab kalau tak orang mesti syak semua. Tu pun kalau nak rasa syak la kan.
Bila kita lihat pada penyebaran gambar, ya juga di sekeliling tempat Adam tinggal, memang sekitarnya kawasan perumahan setinggan. Adam pula mengatakan dia membeli rumah tersebut dengan harga 1 juta melalui jualan lelong. Bapanya ahli perniagaan.
Bagi aku benda neh senang je nak buktikan.
Pertama, mesti ada bukti jual-beli lelong neh. Jual beli lelong neh leceh gila. Dan untuk bank bagi pinjaman (takan Adam beli cash kot?) mestilah Adam boleh buktikan pendapatan dia layak untuk membeli rumah tersebut. Tak boleh gunakan pendapatan bapanya melainkan beli menggunakan nama bapanya. Tapi Adam dah dapat title Datuk. Walaupun dari Pahang still title Datuk juga. Btw, kebiasaannya orang memang akan meragui title Datuk dari Pahang sebab selalunya dikaitkan dengan sindiket jualbeli gelaran Datuk.
Kedua. Adam dah boleh umumkan jenis perniagaan bapanya. Almaklumlah, kalau anak dah datuk, bapanya pun mestilah kategori orang yang ada-ada juga memandangkan ahli perniagaan yang berjaya. Kalau dah kaya raya mestilah di anggap berjaya kan.
Ketiga. Adam neh AMK Ampang. Ketua. Takan baru masuk parti terus jadi ketua, ye tak? Mestilah lalui satu proses dari bawah ke atas. So, dalam pada dok bergaul2 dengan ahli2 AMK yang lain, takan la dorang tak perasan kekayaan Adam dan bapanya sepanjang dia berada dalam AMK, kan? Mereka2 neh boleh la voice out serba sedikit.
Selain dari rumah, Adam juga ada koleksi kereta yang super-havoc. At least pendapatan Adam mestilah di angka yang begitu menyakinkan bank untuk membolehkan dia membeli kereta2 tersebut. Takan beli cash pula ye tak? Kalau beli cash kira banyak juga cukai yang Adam bayar neh. LHDN kalau kita beli rumah atau kereta cash, dorang awal2 dah mark kita tau! Nak collect cukai.
Selain dari penyebaran di atas, bebudak UMNO sekarang sedang sebarkan ini pula ;
Dorang kata Adam sedut api dan air secara curi. Ah ini gambar yang diambil di hadapan pintu masuk rumah Adam. Bab tu serahkan kepada Adam untuk menjawabnya.
Adam dalam hujah mempertahankan diri menegaskan bahawanya dia bersih dari sebarang amalan salah laku dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu (Jamal) kerana melakukan pertuduhan ke atas Adam. Adam juga menegaskan jika benar dia mengambil dana haram, tak mungkin dia membinanya di hadapan orang ramai. Orang boleh nampak benda macam tu. Dia beli rumah tu pun sebab nilai lelongannya sangat murah. 1 juta je.
Haha.
Dan ini, aku petik penulisan dari tahun 2013.
Apa yang penulis akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah penulis mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.