Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Serah Nasi Lemak Kosong Cerita Sebenar Bukan Fitnah - Ini Buktinya.

Jam 1 tengahari.

Aku patut publish. Aku tak patut publish. Aku patut publish. Aku tak patut publish. Jika aku publish aku pentingkan diri aku. Jika aku tak publish. Aku fikirkan peniaga tu. Ada tak jalannya untuk perkara ini tak mencederakan dia dan aku. Aku serba salah nak publish benda neh. Aku faham sangat peniaga tu mangsa. Apa yang dia buat dia perlu buat kerana dia manusia biasa. Aku tak kurang modal jika aku mengalah dan buat2 bodoh tarik balik posting dan mengakui salah. Tapi dalam kes neh bukan modal yang aku kisahkan. Dorang main tuduh2 je buat aku rasa marah. Tak boleh blah gaya percakapan macam dah baca berita tersebut.

-----

Jam 12.30

Budak2 neh maki2 aku walau aku dah cakap baik2 dengan dorang. Aku baca berita tu dan ramai lagi yang baca. Bukan aku sorang je. Sapa yang dah baca boleh tampil jadi saksi kejadian. Oleh kerana aku langgan 'Fathi' maka semua post news dia aku dapat dan mostly aku akan baca. Kadang news tu aku tak minat sangat isunya aku tak baca.

Aku bukan gaduh dengan peniaga tu. Tapi aku disalahfahami. Aku kelakar-kelakar baca percubaan populis untuk membentuk imej Azmin. Aku tak usik peniaga pun. Jika penjelasan aku neh akan mendatangkan vibe negative kepada peniaga itu aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu ape rasanya ditekan secara politik. Kerana aku pun pernah kena. Tapi budak2 neh dah melampau. Aku dah explain elok2 kot. Dorang yang tak baca berita dorang buat macam dorang baca. Meluat aihh. Kalau aku tahu ianya akan disunting, aku screenshot awal-awal!

Bukan aku tak pernah sebar benda salah. Aku pernah. Tapi aku tarik balik je la. Jenis aku, kalau aku buat salah aku mengaku. Aku taknak berdolak dalik bagai sebab benda tu buang masa. Aku memilih akui kesilapan dan move on. Sebab perkara2 tu la yang akan mendidik aku sebenarnya. Sekarang yang tuduh-tuduh aku. Akan mengaku tak? Apa tindakan balas dorang selepas terbukti melakukan tohmahan ke atas aku neh? Masing2 fikirlah apa yang masing2 nak buat.

Tuduhan.





Kebenaran.


Aku tak gembira jika aku memilih menyiarkan ini. Aku harap peniaga tu faham.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...