Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Gambar Fitnah? Ini Bukti Air Terjun Dakota Rosak Dek Pembalakan, Terima Kasih Pemuda PAS Kerana Kantoikan Diri!

Sebelum ini geng pro pembalakan (geng Pemuda PAS Kelantan) VS geng anti pembalakan telah bergaduh tentang isu ketulenan gambar air terjun Dakota yang dikatakan menjadi mangsa dek kerakusan pembalakan. Ahli2 PAS mengatakan gambar2 yang tersebar itu adalah fitnah. Versi edit. Aku ada lakukan sedikit semakan juga. Nak pastikan betul ke tak tuduhan ahli2 / penyokong2 PAS. Hasil tinjauan aku di dinding FB orang asli yang tinggal disitu mendapati sebaran gambar2 tersebut bukannya fitnah. Aku tak faham kenapa ianya dikatakan fitnah padahal orang asli yang tinggal di situ dah post gambar2 terbaru. 

Sebenarnya ada dua jenis sebaran. Sebaran pertama dari Syam Ghaz. Yang dia dapati dari rakan-rakannya yang bercuti ke situ pada pertengahan bulan Mac 2016. Sebaran kedua ialah dari orang2 asli yang bergambar disitu baru2 ini. Sebaran pertama itulah yang dikatakan fitnah oleh geng2 PAS. Manakala sebaran kedua mungkin dorang tak menyedari kewujudannya.

Ini apa yang dikatakan oleh geng pro pembalakan ;

Menyangkal Fitnah dan Dakwaan Syam Ghaz Bahawa Air Terjun Dakota Telah Musnah

Pemuda PAS Kelantan hari ini menyusur laluan berbukit hampir 6 jam untuk tiba ke kawasan Air Terjun Dakota yang telah diviralkan sejak 3 hari lepas dengan mengatakan ianya telah musnah dan binasa akibat fitnah pembalakan dan penggondolan bukit. Namun realitinya ia tidak seperti yang diheboh hebohkan oleh pihak pembenci Kerajaan Islam Kelantan.

Airnya jernih dan mendinginkan. Pepasir nan indah, suasana yang mendamaikan serta dikelilingi kehijauan hutan. Ikan ikan berenang di celahan batu. Cukup indah dan menenangkan jiwa.

Rakan rakan boleh berkunjung untuk berehat dan berkelah di sini jika sanggup meredah belantara sejauh puluhan kilometer dari bandar Gua Musang.

Alhamdulillah permusafiran kami hari ini telah menjawab segala dakwaan dan tohmahan bahawa kononnya Air Terjun Dakota ini telah musnah dan penyebab utamanya adalah kerajaan negeri yang diperintah oleh "lebai telah rakus membalak".


Nazman.
Pemuda PAS Kelantan.



Dan ini pula jawapan balas terhadap penyebaran Pemuda PAS Kelantan ;


*Air Terjun Dakota: Syam Ghaz to Nazman*

Saya ucapkan tahniah di atas keprihatinan dan tindakan segera di atas laporan yang telah saya siarkan di Fb saya.

Berikut adalah sedikit keterangan saya:

1. Merujuk kepada FB saya, yang saya petik dari rakan 4x4 yang masuk melalui dan rakan rakan beliau yang melalui Air Terjun Dakota:

Gambar sebelum: Air terjun masih dalam, hutan sekeliling masih tebal dan boleh lihat sendiri airnya *menghijau* menunjukan dalamnya air tersebut.

Gambar terkini: Sangat jelas tertera tarikh 18.3.2016 yang menunjukkan Air Terjun Dakota dilanda jentera berat, airnya makin surut. (RUJUK Tarikh pada Gambar)

2. Gambar terkini yang saudara Nazman masukkan di FB beliau bertarikh: 6.10.2016 iaitu *7 BULAN SELEPAS gambar saya yang terkini peroleh dari group 4x4.

Saya percaya telah berlaku penebangan hutan, dan yang ada sekarang hutan sekunder yang ditinggalkan, selepas kayu kayan besar dikeluarkan.

Malah gambar yang dikempilkan Saudara Nazman juga, amat ketara *airnya makin cetek*, balak melintangi sungai dimana beliau dan Ustaz Ja *berdiri di sebelah balak* berkenaan.

3. Daripada gambar yang Nazman sendiri lampirkan di FB beliau bertarikh 5 Oktober 2016, *amat jelas sekali kerosakan berlaku di Air Terjun tersebut*, dengan bangkai pesawat diatas jalan hancur disertakan, dengan kesan jentera berat telah melalui kawasan tersebut.

Maka ia mengiakan pendedahan daripada group 4x4 yang telah melalui kawasan tersebut.

Bagi saya amat malang sekali, laporan yang kita siarkan dikatakan fitnah, jika inilah sifat yang diamalkan oleh PAS, bagi saya mereka mengamalkan dasar tutup pintu dan tidak terbuka.

Syam Ghaz
6 Oktober 2016


-----

Hasil perbandingan membenarkan kenyataan Syam Ghaz. Nampaknya Pemuda PAS yang mengkantoikan dirinya sendiri. Terima kasih juga la. Sebab sekarang hujah di pihak anti pembalakan semakin solid. Btw, akan ada kumpulan lagi ke Air Terjun Dakota kali ini dengan DRONE. Kita tengok pula hasil2 gambar DRONE macam mana. Harapnya Pemuda PAS Kelantan bersedia. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...