Selasa, 4 Oktober 2016

Selepas Dikecam Bertubi2 Di Laman Sosial Akhirnya Kelantan Hentikan Aktiviti Pembalakan - Dah Cuak La Tu.

Sebelum itu kerajaan negeri dipersoalkan kerana berdiam diri dalam isu pembalakan yang menyebabkan berlakunya pencemaran di kawasan penempatan orang asli (baca : PAS Kelantan Tak Serik Ke Dengan Banjir Lepas?)

Selepas dikritik bertubi2 di laman sosial, kerajaan negeri akhirnya akur dengan tuntutan. Meskipun ianya bersifat sementara tetapi indirectly kerajaan negeri akhirnya mengakui juga mereka buat keputusan yang salah dengan meluluskan pemberian lesen berkenaan kepada syarikat pembalak yang terlibat.

Laporan oleh BH Online ;


Sebenarnya tiada cara lain lagi. Kerajaan negeri perlu fikirkan cara untuk tambah pendapatan negeri. Balak seperti juga petrolium. Ia ada tarikh 'mati'. Sampai satu masa, jika pembalakan masih berterusan, hutan2 simpan yang sedia ada pasti akan musnah secara beransur-ansur. Masa itu bila berlakunya banjir besar tolong la jangan secara membuta tuli meletakkan kesalahan ke atas Allah Yang Maha Esa.

2 kritikan sosial terhadap kerajaan negeri Kelantan. Pertimbangkanlah isi kritikan tersebut dalam-dalam.


Dalam sistem kapitalisma, sah - tak sah ni, kau yang tentukan. Report SPRM pun tak guna. Sebab kau yang buat dia legal. Besarkan hukuman mahkamah syariah pun tak guna, sebab kau yang buatkan ianya legal. Benda dah jadi bukan jenayah.
Dalam mazhab Islam ortodok, sah - tak sah ni, ulul amri tentukan. Lawan ulul amri boleh jatuh hukum mati. Sebab itu bahaya kalau kumpulan Islam hafal kitab ortodok memerintah. Gua juga tolak sistem khilafah. Khilafah guna sistem ekonomi hamba abdi.
Nota : Pasar hamba abdi Saudi Arab hanya hapus lewat tahun 1960an kerana tekanan PBB yang kafir tu. Kalendar mempunyai tahun pun Khalifah tiru dari tamadun kafir. Bulan Muharam dipilih sebagai bulan pertama untuk 1 tahun itu.
Tetapi, sistem hapus hamba abdi tak tiru pula. Walau banyak dalil galakkan bebas hamba abdi. Semasa wujud zaman khalifah, tiada progress menghapuskan sistem hamba abdi ini. Perdagangan manusia subur, sesuburnya. Jika fahaman sistem ini wujud sekarang, orang asli akan diperdagangkan. Lebih sukar dari mempertahankan balak untuk kehidupan mereka.
*3hb ini gua (kami) turun untuk kerja2 mengajar lawan kategori direct. Siapa sudi nak bantu kami, terutama kewangan, pm la gua. Terima kasih. (Aduka Taruna)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...