Isnin, 3 Oktober 2016

Kanak2 Sertai Gerakan MERAH Lawan BERSIH 5 - Adakah Jamal Mahu Latih Anak2 Melayu Ini Jadi Samseng?

Dengan sikap biadap yang ditunjukkan Jamal, jelaslah dia bersama Gerakan Merah memang dah merancang melakukan keganasan dan kekerasan terhadap peserta-peserta himpunan Bersih 5.

Menurut laporan berita dari Malaysiakini ;



Bukti video juga disebarkan oleh @Bersih2 menerusi Twitter rasmi NGO tersebut ;



Selain dari merampas bendera dan memukul penyokong Bersih 2, kumpulan Merah juga telah mengacau peserta Bersih 5 yang berkonvoi. Salah seorang kumpulan Merah telah merentap bendera kenderaan yang sedang dipandu. Bukan sahaja mengangu keselamatan orang awam bahkan membahayakan diri sendiri. Bodoh gile. Kereta konvoi yang dikacau oleh mereka ialah kenderaan yang dinaiki oleh Hishammudin Rais. Semasa berhenti di traffic light, sekali lagi kumpulan Merah yang sama telah mengacau kenderaan tersebut. Sampai buka pintu kereta orang. Sakai betul. (rujuk video disini).

Antara gambar2 peserta himpunan Merah yang buat hal kat Teluk Intan pada sabtu lepas.



Nampak tak apa yang aku nampak?
Kanak-kanak yang tak cukup umur pun join Gerakan Merah?
Kau biar betul.
Mereka hanyalah kanak-kanak sahaja.
Kenapa perlu diheret ketika Merah merancang melakukan keganasan?
Nak didik generasi muda tu jadi apa?
Gangster taik kucing?
Samseng Kampung Pisang?
Bodoh punya MERAH.

Kalau dah mematlamatkan GERAKAN kau tu sebagai GERAKAN keganasan dan provokasi, kau janganla babitkan budak-budak. Kalau perhimpunan kau tu AMAN dan SENTOSA, pendapat aku takde masalah kau nak bawa BUDAK-BUDAK. Tapi oleh kerana GERAKAN kau tu mensasarkan PROVOKASI dan KEKASARAN terhadap peserta himpunan KUNING, makanya tak patut betul korang bawa BUDAK-BUDAK. Jangan melibatkan BUDAK SAMA SEKALI. JANGAN.

Budak-budak neh cenderung belajar dari tindakan kita. Mereka perhati dan ada risiko yang sangat besar untuk mereka tiru kembali perbuatan-perbuatan lepas kita. Jika GERAKAN MERAH melakukan kesamsengan secara terbuka dan berani mendabik dada pula tu dengan beranggapan tingkahlaku mereka adalah patut dan tidak salah, tak mustahil budak-budak neh akan buat benda sama pada masa akan datang. Samseng, buli, pukul, kacau, provoke. Takan ini CONTOH GENERASI YANG GERAKAN MERAH nak wujudkan?

Selain dari melibatkan kanak-kanak, kita juga baca ini di laman sosial ;


Cain? Ikut pergi balik dapat lima puluh? Tempah bilik hotel, tidur free? Oke, tak kisah bab tu. Lantak korang la. Cuma sapa bayar? Sapa keluar modal? Dari mana datangnya modal tu? Mana si Jamal senget tu ada duit banyak-banyak? Kali neh bisnesman mana pula yang sanggup sponsor GERAKAN dia? Dia buat bisnes pun rugi banyak sebab orang boikot angkara kualiti pun ya angkara politik pun ya. Duit tu kalau dapat ikut saluran betul pun cara perbelanjaan membazir sungguh. Baik kau sponsor kerusi meja kat sekolah-sekolah awam Malaysia. Pahala dapat, murid pun rasa gembira.

Untuk rekod, GERAKAN MERAH dikatakan tidak akan melakukan kekacauan lagi terhadap siri jelajah seterusnya sebaliknya mereka akan terus terpacak kat hadapan Himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016 kelak. Masa tu saksikanlah kekuatan bala tentera MERAH bagi menghadapi kekuatan BERSIH 5. WOW. Nampak macam hebat. Tapi aku harap perhimpunan itu nanti biarlah berlangsung secara aman. Nak bertembung takde masalah tapi kalau niat bertembung semata-mata nak melakukan provokasi sehingga terjadinya insiden yang tidak diingini elok hentikanlah niat korang tu. Kang tak pasal-pasal hilang nyawa orang. Kalau bukan kita yang masuk kubur, silap-silap ke penjara. Itupun pasal murah sangat jadi alat politik individu tertentu. Yang si Jamal dah tentu2 kaya sebab dia tokei besar. Korang yang pengikut neh dapat apa? Berbaloi ke buat kerja bangang demi wang yang tak seberapa? Fikir2kanlah ek. Chow.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...