Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Ogos 2016

Yusof Haslam Tak Layak Pantau SPRM - Suatu Pandangan.


Agaknya ya bagaimana pemilihan untuk menganggotai panel PPPR dan PPO dibuat.
PPPR = Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.
PPO = Panel Penilaian Operasi.
Baru-baru neh satu kenyataan media dikeluarkan untuk mengumumkan senarai perlantikan panel PPPR dan PPO bagi memantau perjalanan operasi SPRM. Perlantikan itu akan berkuatkuasa selama setahun. Kekononnya nak maklumkan pada rakyat betapa telus dan intergritinya SPRM kau neh. Siap lantik panel bebas lagi bagi memantau operasi agensi.. wow wow la sangat.
Antara nama2 yang dilantik dalam PPPR dan PPO, nama Yusof Haslam paling menyerlah kerana dia orang seni. Makanya orang kenal. Yang mempertikaikan kelayakan dia pun tak kurang juga. Kononnya dia hanyalah pengarah, apa je kecemerlangan dia untuk dilantik sebagai panel-panel dalam PPPR neh pun.
Aku membaca berita tersebut, kat sini aku pastekan sumber dari Free Malaysia Today untuk rujukan bersama ;
Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penerbit filem Gerak Khas itu adalah antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), manakala tujuh lagi dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempoh pelantikan 20 anggota itu selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos 2017.
“Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.
PPPR dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dengan 11 anggota lain termasuk bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa; bekas Naib Canselor UKM, Prof Datuk Mohd Sham Sani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Manakala PPO pula diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaleha Zahari dengan enam anggotanya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pensyarah UKM, Prof Madya Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, Datuk Azizan Abdul Rahman.
Mereka menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Pelantikan 20 anggota badan bebas pemantau perjalanan SPRM itu dibuat selaras ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi memastikan suruhanjaya itu mampu membanteras gejala rasuah di negara ini secara berkesan.
Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lalu berkata, fokus utama beliau menerajui SPRM ialah menekankan peranan suruhanjaya berkenaan dalam usaha meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta.
----------------
Suatu pandangan.
1. Antara nama-nama yang menganggotai panel PPPR dan PP0, aku cuma nampak nama Prof. Muhammad Agus je paling kerap bercerita dan berwancana tentang isu-isu yang membabitkan rakyat. Yang lain2 tu aku tak berapa kenal atau tak kenal langsung atau kalau ada pun hanya bercakap tentang isu-isu yang membabitkan diri mereka, contohnya macam Nasharudin Mat Isa, citer politik, Yusof Haslam, citer filem.
2. Sepintas lalu aku google beberapa nama-nama yang disebutkan di atas. Macam nama Azizan Abdul Rahman. Pernah dok dalam MISC. Bank Negara. TH Properties. Peh.
3. Aku google pula nama Zaleha Zahari. Sebab nama neh macam pernah aku lihat memandangkan laporan berita pun sebut dia bekas hakim mahkamah persekutuan. Sekali google punya google aku pun pehhh. Ada kaitan dengan kes liwat II Anwar pula.
4. Last. Bagi mematikan prejudis aku. Aku google satu nama asing. Sham Sani. Nasib baik. Yang neh hapa kontroversi pun takde. Tak bicara apa2 soal atau masalah umat secara terbuka so takde isu. Betul2 focus buat hal diri sendiri je profesor Sham Sani neh. Hehehe. Macam neh pun memeningkan umat gak. Bila tak berminat, tak bercampur dan tak peduli. Alahai.
5. Watikah perlantikan disempurnakan oleh Najib Razak. Yang kita tahu ada beberapa isu dengan kepimpinan SPRM yang terdahulu. Kepimpinan SPRM yang sekarang neh versi baharu. Yang lama2, jenis melawan, menentang semua dah takde. Bahkan yang menjadi ketua SPRM sekarang neh pun yang dibawa masuk dari Jabatan Peguam Negara. Hehe.
6. Pemilihan tidak dibuat secara meritokrasi. Ini terbukti sebab nama2 seperti Yusof Haslam dan Nasharuddin Mat Isa pun dilantik dalam PPPR dan PPO. Apa sumbangan mereka kepada masyarakat khususnya dalam menanggani isu2 rasuah? Ada dengar dorang berbunyi-bunyian isu 2.6b mahupun 1MDB? Takde. Ada dorang bunyi2 dalam isu ketirisan dan kehilangan wang kerajaan menerusi pendedahan laporan audit tahun demi tahun? Takde juga.
7. Tak layak bukan atas faktor pendidikan, pengalaman,jawatan,mahupun bidang kerjaya sebaliknya kegagalan mereka peka pada isu-isu semasa yang membabitkan perihal rakyat. Dorang tak bercakap pun secara terbuka lantang lagi berani dalam mempersoalkan tindakan2 songsang kerajaan. Apakah tak nampak lagi banyak tindakan2 songsang yang dilakukan kerajaan sampai perlu kita highlightkan untuk dorang satu persatu? Tengok dari usia masing2 dah tua. Bukannya budak2 yang baru lahir sampai kita nak explain detail.
8. So jelas la mereka bukanla individu2 yang berkelayakan mahupun berkemampuan nak pantau operasi SPRM. Sekadar buang duit (kalau bergaji) dan buang masa je la. Kalau bergaji, tue duit rakyat gak kena sakau untuk lantik mereka2 yang tak mampu memainkan peranan sebaiknya. 
9. Kalau betul SPRM nak sangat dipandang telus, kenapa tidak lantik dari wakil2 rakyat pembangkang dan kerajaan?
10. Kalau betul SPRM nak sangat dipandang telus, lantik juga dari gerakan Mahasiswa dan orang awam. Orang awam yang tak berkepentingan dalam mana2 agensi kerajaan mahupun swasta. Ini lantik bekas2 pegawai tertinggi kerajaan. Nampak sangat wujud unsur2 kronisme kat situ.
11. Sama juga macam pemilihan Yusof Haslam. Adakah dia kritikal pada kerajaan sekarang? Pernah ke dia bagi pandangan yang menyebelahkan kepentingan rakyat? Mana suara dia dalam isu2 berkaitan keselamatan yang selalu terkait dengan elemen rasuah? Ada ke?
12. Orang2 macam neh SPRM lantik untuk pantau SPRM? Sama macam kau lantik batu untuk jaga rumah. Hapa tak hel. Takan ada penambahbaikan jauh sekali penentangan mahupun kritikan. Kalau ada pun dari Prof Muhammad Agus je la aku rasa pun.
13. Dah la suruh Najib bagi watikah perlantikan. Lagi la apa tak hel.
Dah la sebelum tu dok siasat Najib dalam isu SRC. Derma 2.6b. Lepas tu jemput Najib serah watikah perlantikan. Untuk membuktikan kononnya operasi SPRM bebas dan telus dari sebarang anasir2 negatif. Kesian. Kalau la sungguh aku nak betulkan satu2 agensi tu, aku lantik orang yang paling lantang mengkritik, membangkang, mengulas masalah2 berkaitan rakyat. Biar dorang bagi tekanan sikit pada agensi yang lama kelamaan akan tunduk pada kritikan dan berusaha perbaiki imej. Ini bagi pada muka2 yang ahh lue sendiri ada otak lue sendiri fikirlah..
KAHKAHKAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...