Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Ogos 2016

Kerana Perlecehkan Peng Soon, Liu Ying Meraih Pingat Perak Olimpik, KOSMO Dikritik Hebat Netizens.

Laporan dikatakan sedang menyemai sifat racism. Ya, itulah yang dirasai oleh sesetengah pembaca yang berketurunan cina. 

Bagi mereka laporan 'kurang ajar' KOSMO dalam mengulas kemenangan tempat kedua (PERAK) Peng Soon & Liu Ying dalam acara beregu campuran Badminton Olimpik Rio mempunyai agenda yang tersendiri.

Oleh kerana sebelum ini Azizulhasni Awang dipuji melambung oleh journalist2 akhbar melayu ketika meraih tempat ketiga acara Keirin maka adalah amat pelik bagi pembaca2 melihat journalist2 akhbar melayu seperti sedang memperlecehkan kemenangan tempat kedua Peng Soon, Liu Ying dalam acara beregu campuran. Sedangkan pasangan beregu campuran negara Peng Soon dan Liu Ying telah mencipta satu sejarah baru buat negara.

Ini adalah laporan KOSMO yang dikatakan mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan ramai di media sosial ketika ini ;


Ini adalah petikan komen-komen yang didapati dari page Harimau Malaya dan penyokong BN Lim Sian See ;









2.1 ribu komen. Di page Harimau Malaya mengkritik kecuaian laporan oleh KOSMO.

Dan ya. Malahan penyokong2 BN juga merasa geram dan meluat melihat laporan oleh KOSMO itu.

Pelbagai bangsa meluahkan ketidakpuasan ahti mereka terhadap sikap negatif yang dilemparkan ke atas atlet negara oleh pemberita berkenaan.

Sebelum ini Azizulhasni Awang juga telah dipersoalkan oleh beberapa pihak kerana menyindir keengganan MB Terengganu membantu dirinya dan Fateha mendapatkan basikal bagi membolehkannya berlatih, pihak2 berkenaan juga telah ditempelak hebat oleh netizens pelbagai bangsa. Jika dibaca respon2 netizens di beberapa portal akhbar online jelasla masyarakat bersama atlet2 negara dan tidak berpihak kepada golongan menteri2 di Malaysia. Khairy Jamaluddin turut menerima kecaman kerana membela kenyataan MB Terengganu Ahmad Razif.

Malam tadi laporan BH Online di twitter turut menerima kritikan dari netizens. Penggunaan perkataan 'sekadar meraih pingat perak' membayangkan seolah2 usaha yang dilakukan oleh Peng Soon dan Liu Ying untuk meraih kemenangan di Olimpik Rio hanyalah biasa-biasa sahaja.

Susulan dari laporan berita tersebut, Fazallah Pit yang pernah berkhidmat di Berita Harian selama 13 tahun tampil menjelaskan keadaan bahawanya sepanjang dia berkhidmat di akhbar berkenaan, tajuk laporan biasanya disediakan oleh Sub-editor.

Ini adalah contoh-contoh di mana sesetengah journalist dari akhbar2 pro melayu sepertinya sedang menyerap sesuatu agenda yang bersifat political. Sepertinya ada arahan bersasar dari sesetengah pihak ke atas mereka. Dan jika benar, kenapa? Apakah Peng Soon dan Liu Ying bukan orang Malaysia? Tidak kah mereka membanggakan negara? 'Sekadar' pingat Perak di Olimpik Rio lebih baik dari pingat EMAS dalam acara sukan 1MDB, bukan?

KAHKAHKAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...