Khamis, 18 Ogos 2016

Aik, Boleh Pula 200 Pelajar Hadir Program Politik UMNO Ya?

Petang tadi di twitter telah ternampak RMS ataupun Raja Mohd Shahrim telah menyebarkan dua gambar surat jemputan berkenaan satu majlis UMNO. Jemputan majlis berbaur politik itu melibatkan pelajar sekolah. Oleh itu ianya menjadi isu.

Sebaran tersebut turut ditag menteri dan timbalan menteri pendidikan bagi menjawab isu. Setakat artikel ini di update (8.30 malam, ia mungkin disiarkan lewat) aku melihat belum ada menteri merespon persoalan RMS. Kalau nak tahu, P.Kamalnathan tu laju juga dia menjawab di twitter. Bila dia krik krik krik.. so timbul juga keraguan di ahti aku sebetulnya. Pun begitu, sejurus dia bagi respon, aku akan update penjelasan lanjut dia. Kita sama2 nilaikan siapa menipu nanti. Hihi.

Then aku save satu gambar. Bawa p ke admin Suara Rakyat. Dia review sikit, oke confirm gambar ori. Maklumla, view pakai HP neh susah sikit nak kesan kalau2 photoshop bagai. Tambahan pula dia memang expert bab2 gambar. Takyah aku susah2 nak godek sendiri. Tanya pada yang pakar je. Hihi.

Dia punya rajin, godek punya godek, dia bagi aku satu info. Katanya maklumat dalam gambar tu tally dengan satu event yang Nazri Aziz rasmikan baru2 neh. Owh wow. Nampak gayanya macam betul la ye sebaran tu.

Aku pun kata aku tunggu dia. Nanti macam biasa aku cedok je masuk blog. Pemalas kan. Biasala.

KAHKAHKAHKAH.

Then ini yang dia dedahkan ;


Adakah surat ini benar2 wujud ???
Benarkah mesyuarat UMNO Bahagian Masjid Tanah pelajar kena hadir ???
Di bawah PERATURAN APA??.. PERATURAN MANA??
Mohon penjelasan dari Kementerian Pendidikan TinggiKementerian Pendidikan Malaysia &Kementerian Pengajian Tinggi ..

Dua surat yang disebarkan sejak dari awal petang tadi pula ialah ;


Setelah diteliti, pelajar2 yang terlibat dalam event UMNO ini ialah dari Kolej Mara. Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

200 pelajar telah dijemput bagi menghadiri event UMNO yakni event berbentuk politikal. Owhh boleh pula pelajar kau berpolitik kat sini.

Bayangkan jika 200 pelajar yang sama menghadiri event politikal pembangkang ataupun demo #TangkapMO1 adakah mereka akan diberikan keistimewaan yang sama? Adakah mereka akan diraikan kerana membuat pilihan sebegitu? Nampak tak permainan kerajaan kau macam mana?

Budak sekolah, mahasiswa, rakyat = hadir event kerajaan = tiada masalah, hak, demokrasi, raikan kepelbagaian, wajar dihormati.

Budak sekolah, mahasiswa, rakyat = hadir event pembangkang = kurang ajar, dasar taktau diuntung, tak mengenang budi, belajar dulu sampai habis la, tak boleh diraikan pilihan mereka kerana berpolitik akan merosakkan masa depan, sila focus pada akedemik dah kerja nanti kau berpolitik la puas-puas.. etc etc dan etc ..

Nampak?

Inila permainan kerajaan kau.
Dan kenapa la ada mahasiswa bangang yang masih sokong amalan double standard macam neh.. otak letak kat lutut ke apa.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...