Rabu, 17 Ogos 2016

Perang Iklan Tak Senonoh - HarakahDaily VS The Vocket.

Apa yang berlaku ialah ;


Namun The Vocket tidak berdiam diri juga. Mereka membalas tuduhan dengan ;


Dan siapakah yang benar-benar 'bersalah' dalam insiden ini?

Kita kembali ke website The Vocket untuk mencari kebenarannya.

Dan ini ialah iklan yang timbul samada versi pop up ataupun banner ;


Iklan pop up.


Iklan banner.

Kenapa aku dan admin HarakahDaily baca satu artikel yang sama tetapi iklan yang terpapar di browser kami berbeza dan amat berlainan sekali?

Ini adalah apa yang berlaku.

Iklan google ads adalah berdasarkan kepada kecenderungan terbaru kita.

Maksudnya apa?

Apa yang kita search, tonton, baca di internet, ialah apa yang akan terpapar di ruangan iklan.

1. Sejak tahun 2014, blog Ameno World hanya memaparkan iklan berdasarkan kepada kecenderungan aktiviti internet pembaca.

2. Pembaca yang berbeza, akan melihat iklan yang berbeza.

3. Sudah tentu ini hanya melibatkan iklan dari Google Ads. 

4. Aktiviti internet anda dibaca dan dinilai oleh pengiklan, dan sekurang2nya iklan yang terpapar mesti ada terkait serba sedikit dengan recent aktiviti anda di internet.

5. Adakah baru2 ini aku membaca tentang telekung Siti Khadijah? Tidak. Tetapi aku mencari Alquran di internet. Hehe. Nak bantu aku membaca dengan lancar. Lemau dah neh kot. Kakakaka.

6. Adakah baru2 ini aku mencari lori? Tidak. Tetapi aku membaca tentang food truck.

Alquran > telekung.
Foodtruck > lori.

Nampak?

Kan ada kaitan serba sedikit.

Jadi apa yang dikatakan oleh admin The Vocket tidak salah juga. Iklan kita berdasarkan kepada kecenderungan kita (yang terkini) tetapi itupun hanya limited kepada website2 yang diluluskan oleh Google Adsense.

Bukan semua website ataupun blog yang memaparkan iklan Google Ads akan memaparkan iklan berdasarkan kepada aktiviti terkini kita. Blog yang tidak memiliki 'rating pembaca' yang disyaratkan Adsense biasanya akan memaparkan iklan secara random. Itu yang aku tahu la berdasarkan tahun 2014. Tahun2 mendatang neh tak pasti pula jika Adsense telah mengemaskini ataupun mengubah methode pengiklanan mereka.

Jadi bagaimana dengan tweet HarakahDaily tu?

Iklan tentang game (download), tetapi gambar iklan perempuan pakai bikini, mungkin baru2 neh dia telah membaca berita berkaitan game lalu iklan game keluar di web browser dia.

Sebenarnya kalau kita taip s*e*k*s pun kita akan dihidangkan dengan iklan2 berkaitan walaupun tujuan kita taip adalah untuk menulis begini ;

Ubat S*e*k*s untuk pasangan berkahwin..

Hahaha.

Sebab tu kadang kala bila ada orang PM bagitau dia nampak iklan tak senonoh kat blog neh aku susah nak cakap apa.. nak direct kang di anggap menuduh.. lalunya aku suruh dia screenshot nanti aku try la buat apa2 yang patut walaupun aku sendiri tak pasti apa yang patut aku buat. Jangan marah ahh..

KAHKAHKAH..

Walaubagaimanapun, aku ada rasa was-was sikit dengan twitter dari HarakahDaily tu. Betul ke twitter tu mewakili media rasmi Harakah Daily? Jika ya tolong la ber attitude sikit berdasarkan kepada parti Islam. Jika tidak, tolong tukar nama. Jangan biar orang prejudis yang bukan2 pada Harakah Daily kerana ia berkaitan dengan PAS secara langsung. Kang tak pepasal PAS yang kena sindir.. hehehe.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...