Jumaat, 19 Ogos 2016

MP Langkawi Buat Laporan Polis, Katanya Telah Difitnah Dalam Isu MO1.

Sepertimana yang dihebohkan semalam, MP Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad akhirnya membuat laporan polis berhubung status FBnya tentang isu istilah MO1.

Berikut dibawah adalah petikan kenyataan MP berkenaan yang diambil menerusi FBnya ;

Hari ini saya baru selesai buat polis report jam 12:29 pm menafikan tuduhan fitnah ke atas saya yg mengaitkan komen bab dymm yda dengan Kes DOJ di Balai Polis Ulu Kelang Ampang KL. 

Petang ni jam 4pm saya akan buat press conference di Alor Star. Saya berharap orang ramai boleh dengar pulak penerangan cerita DARI PIHAK SAYA YG DITUDUH. 

Tidak satu pun ayat yg mengaitkan Agong dengan DOJ. Yg lain hanya persepsi pembaca sendiri. 

Amin

---------




Bergambar dengan laporan polis selepas selesai. Hehe. Macam bangga2 je lepas buat kerja bangang.

Kahkahkahkahkahkahkah!

Punyalah bersungguh nak mempertahankan diri yang terkantoi sampai tergamak buat laporan polis bahawa dirinya fitnah dirinya, tak begitu ke?

Aku bagi kronologi sat ;
 

1. Istilah MO1 menjadi pertikaian kerana berada dalam tuntutan saman DOJ.

2. Jabatan Peguam Negara mengesahkan Najib = MO1.

3. Tiba2 si MP Langkawi menghurai maksud disebalik istilah MO1

4.  MO1 patut dibaca sebagai.... blablabla oleh itu MO1 ialah AGUNG..

5. Komen2 netizens kat FB dia semuanya berkisarkan siasatan PAC, 1MDB, DOJ..

6. Bila dah diasak bertubi2 dgn soalan2 berkaitan skandal babitkan Najib, si MP Langkawi dok ulang2 copy paste maksud sepatutnya MO1.. (ikut pemahaman otak dia la)

7. So orang pun screenshot status dia.. sebab jawapan dia tak masuk akal.. dah berapa minggu JBN declare yang MO1 tu Najib, takde ribut takde angin tiba2 dia cuba membetulkan pemahaman orang ramai tentang maksud MO1.. patutnya pergila tegur si Apandi tu. Tak baca website rasmi Jabatan Peguam Negara ke. Ada soal jawab tentang DOJ dalam tu. Badan perundangan patut lebih jelas dan faham tentang pengistilahan merujuk perlembagaan. Kenapa sibuk pertikaikan pemahaman orang biasa? Pemahaman ahli undang2 macam mana? Ceh. Orang2 kerajaan sendiri mengiktirafkan MO1 is Najib. Penyokong Najib kot si Apandi tu.

8. Bila petikan screenshot tersebut tersebar secara meluas dan mendapat kecaman pelbagai pihak.. tiba2 MP Langkawi mula gelabah dan masa tu la bagi alasan karut2 untuk redakan situasi.. dia gunakan media pro kerajaan macam Berita Harian untuk pertahankan diri. Dia kata dia tak pernah sebut MO1. Dia sebut MO number one aje. Namun alasan tersebut tak mampu redakan kritikan. Kerana bukti screenshot dia menyebut MO1 ialah Malaysian Official Number One...... (percubaan menyamakan dua istilah dlm 1 maksud, namun selepas kantoi dia mengasingkan dua istilah kepada dua maksud).


9. Dan bila orang tak terima alasan dia, dia salahkan pembangkang & mengatakan diri difitnah lalu membuat lapiran polis supaya siasatan dijalankan dan juga satu cara untuk membersihkan dirinya dari terus diasak bertubi2.. 

Manusia spesis apetah. Dia yang update FB dan copypaste sana sini tentang pengistilahan MO1, kita pula yang dia kata fitnah. Patut kita pun buat report polis gak. Minta polis siasat Ir Nawawi yang fitnah Ir Nawawi kenapa dia fitnah Ir Nawawi. Baru dia ada akai sikit.


Kahkahkahkahkahkahkah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...