Jumaat, 19 Ogos 2016

Amboi Garangnya Pakcik Teksi Neh Sampai Nak Teranjang Perempuan - Pemandu Teksi Nak Mogok 100 Tahun Pun Orang Tak Kisah.

Kenapa hanya seminggu? Dah alang-alang nak mogok buatla sampai 10 tahun. Macam la orang nak peduli sangat dengan rajukan korang tue.

Kahkahkahkahkahkah

Semalam media melaporkan pemandu teksi akan melancarkan mogok selama seminggu pada satu tarikh yang akan ditetapkan bagi memprotes keputusan kabinet yang secara rasmi meletakkan perkhidmatan Uber & GrabCar secara sah. Perkhidmatan alternatif kepada TEKSI itu kini diiktirafkan & tidak lagi boleh dianggap sedang melakukan 'bisnes haram'.

Sejajar dengan keputusan itu, pemandu2 teksi melancarkan protes &mengkritik keputusan oleh kabinet itu. Mogok adalah langkah seterusnya selepas kritikan demi kritikan tidak diendahkan.

Yang sebenarnya aku sokong keputusan kerajaan dalam isu teksi. Ada banyak sebab. Antaranya pengalaman sendiri juga. Antara benda yang paling barbique yang aku rasa kat teksi2 neh ialah mereka meletakkan caj tinggi pada perjalanan sehala kita. Amalan neh selalu berlaku kat kampung2. Contohnya. Ko nak pergi destinasi A. Teksi akan caj ko double pergi balik atas alasan masa balik takde penumpang. What the f*ckla benda neh kan. Tak pasal2 sebagai penumpang ko kena tanggung kos perjalanan 2 kali walaupun ko hanya naik sekali jer. Nakharom bhai. Nakharom.

Dan tadi aku terima satu aduan tentang sikap pemandu TEKSI. Korang baca dulu ;



Katanya pada kami ;

Mtk admin rhsiakn identiti sy, sy terbaca post yg admin share pasal teksi dan uber. Dan sy rasa terpanggil nak cerita pada admin cerita yg berlaku pada sy sendiri baru2 ni. Kejadian ni berlaku pada 10 Ogos lepas, jam lebih kurang 7suku, sy turun ktm batu caves, memang selalu turun situ pun sebab rumah area sri gombak je, selalunya, sy mintak family jemput, tapi memandangkan mase tu dah nak mahgrib, ayah selalunye pergi masjid, adik2 belum balik kerja, sy buat keputusan untuk amek teksi.

Saya tahu permainan teksi2 kat ktm batu caves ni , kebanyakan semua tak pakai meter, jadi sy dah tekad nak suruh driver pakai meter. Nak dijadikan cerita, masa sy tanya driver teksi tu, sy nak pergi sri gombak, dia tunjuk kereta depan die, suruh sy naik kereta tu, dalam kereta tu ada penumpang, memang dorg ni suka buat kereta prebet, sekali angkut 4 5 orang, lepastu anta skali charge lain2 dan tak pakai meter pun!. Sy insisted, sy cakap no , sy nak pakai meter (memandangkan tu teksi,of course ade meter kan).

Dia cakap dekat area sini mana ada pakai meter. Sy pun tak puas hati dengar jawapan dia, sy tanya driver teksi tu,nape tak pakai meter? Dia jawab , "berapa harga teksi kau selalu naik? "Sy ckp, "doesn't matter, sy nak pakai meter. " Dia jawab lagi, "area sini mane pakai meter" ,sambil die gelak2 sinis dengan kawan dia( si driver kereta dpn). Sy tak puas hati, sy ckp lagi , "nape tak pakai meter? Salah kot. Boleh report SPAD." Dia angkuh, jawab " nak report, report la." Kebetulan handfon kat tangan sy masa tu, depan dia sy tangkap gambar dia. Saya terus pusing belakang, batalkan niat nak naik teksi .

Driver teksi berang dengan tindakan sy tangkap gambar dia, dia menjerit, "Kau nak aku terajang kau kat sini ke? " Mula2 sy buat pekak, dia ulang lagi 2 kali jerit , "Kau nak aku terajang kau kat sini ke?? Aku tanya harga kau , kau tak nak jawab!" Sy tahu tempat tu dah tak selamat untuk sy, sy beli tiket ktm ke stesen lain, mintak family amek sy kt stesen lain. Kat sini sy sertakan gambar pemandu teksi tu, sy mintak admin viralkan, sebab dia ni masih aktif kat kawasan tu , masih tak gunakan meter.

Sedangkan sy perempuan, dia boleh ugut nak terajang depan orang ramai hari tu, sy tak tahulah kalau orang lain macam mana. Kalau kau baca post aku ni pakcik, aku nak tanya, berapa kali dah kau tangan anak bini kau? Aku tak rasa kau ni lelaki yg tahu erti amanah, and aku tak rasa kau ni lelaki yg pandai jaga anak bini.

-----

Itu je ke?? Noooo.

Lihat ini pula ;

Meter tulis 7.75 dan ko caj penumpang 10.00? Alah baru 2.00 lebih je toksah berkira ye tak? Berkira abah kau. Ko ingat pelanggan2 ko cop duit? Ko ingat pelanggan2 teksi neh
semuanya berEmakkan Rosmah Mansur ke? Duit ringgit beli roti pun kenyang. Beli air dapat hilang haus. Jadahnya customer buta2 nak bayar lebih sedangkan caj sedia ada tak murah juga.

Dan, bukan setakat ini sahaja. Sila baca respon netizens yang dipetik menerusi portal Amanz.my ini pula ;






Takde yang positif langsung. Tak ada. Kalau majoriti dah menyatakan pandangan mereka bahawanya pemandu2 teksi perlu mengubah sikap & pendekatan mereka maka sewajarnya itula yang mereka lakukan. Kenapa nak menyalahkan perkhidmatan alternatif sebagai merampas pelanggan korang & sifatkan Uber, Grabcar sepertinya sedang kacau periuk nasi korang jikalau korang sendiri yang buat onar?

Adakah pelanggan bodoh tidak tahu menilai? Jika TEKSI tawarkan perkhidmatan bermutu sudah tentu pesaing2 TEKSI seperti UBER & Grabcar juga tidak mampu mengoyangkan pemikiran pelanggan kerana pelanggan adalah orang yang paling terkesan dengan perkhidmatan teksi. Senang cakap testimoni pelanggan bermaksud mewakili kualiti dan tahap layanan pemandu teksi. Teksi kehilangan pelanggan secara drastik? Teksi kehilangan mata pencarian dan susut dari bulan ke bulan? Owhh good. Akhirnya kamu tahu kuasa pelanggan kamu. Yang kamu layan ibarat sampah selama ini. Rasakan. Anda dapat apa yang anda tanam, apa yang nak dihairankan.

Kahkahkahkahkah!

Nota :

1. Maaf, tak edit bab ejaan aduan tu. Update via hp je neh. Maka, malas. Haha.
2. Bukan semua pemandu teksi kurang ajar. Tapi artikel ini mensasarkan pemandu teksi yang biadap & ego. Serta persatuan teksi yang bongkak & kenakan sewa mahal2 pada pemandu teksi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...