Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Ogos 2016

MB Terengganu Kata Tidak Tahu AzizulHasni Minta Bantuan - Netizens Serang Ahmad Razif Di FB.


Dan media melaporkan statement Ahmad Razif, respon dari luahan Azizulhasni pemenang pingat gangsa dalam acara Keirin ;

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang sebelum ini. "Saya ingin menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Azizulhasni, yang sedang tersebar di media sosial, tidak dibawa ke perhatian saya," katanya dalam kenyataan.

Azizulhasni yang memenangi pingat gangsa dalam acara berbasikal keirin di Sukan Olimpik Rio 2016 yang sedang berlangsung sebelum ini secara sinis mengucapkan terima kasih kepada MB Terengganu kerana tidak membantunya apabila beliau meminta kerajaan negeri membantunya membeli basikal untuk tujuan latihan. Katanya, permintaan beliau yang kemudiannya disusuli oleh pasukan pengurusannya juga tidak mendapat sebarang jawapan.

Bagaimanapun, ujar Azizulhasni, pihaknya berharap MB akan melihat perkara ini dalam semangat positif sebagai pembuka mata kepada semua yang terlibat dalam membangunkan sukan negara. Dalam semangat yang sama, Ahmad Razif berkata, beliau bersedia untuk bertemu Azizulhasni secara peribadi bagi menyampaikan rasa bangga semua rakyat Terengganu atas pencapaian tersebut serta mendengar apa-apa jua perkara yang ingin dibangkitkan.

"Saya bersedia untuk bertemu dengan Azizul dan mendengar apa jua luahan dengan hati yang terbuka," tambah Ahmad Razif. - Mkini.

---------

Dan kalau korang baca dengan teliti luahan Azizul yang korang boleh direct
tengok kat fb rasmi dia, ada disebutnya begini ;

Petikan :

"Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Razif . Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini. Terima kasih kerana tidak sudi membeli kan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB.

Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan. Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh."

1. Baca betul-betul. Manager contact Tuan Menteri Besar.

2. Tuan Menteri Besar tu sapa kalau bukan si Ahmad Razif tu.

3. Boleh pula dia cakap tatau.

4. Konon nak gambarkan bahawa dia tak bersalah. Pegawai dia la yang bersalah. Puii la kau Razif. Aku tak percaya. Proposal dihantar 2 kali siap contact kau lagi mustahil ko tatau pulak. Jangan bagi alasan. Mengaku je salah sudah. Jijul dah berjaya baru terhegeh2 nak ajak jumpa. Nampak sangat permainan kau disitu.

5. Dan sekarang, fb rasmi Ahmad Razif diserang oleh netizens yang bengang bila baca luahan Azizulhasni.

6. Padan muka. Spesis politician tipikal. Nak lahirkan atlet bertaraf dunia konon.
Tapi bab kemudahan & sokongan serabai caca marba. Ape dia ingat atlet2 ternama
bertaraf dunia berlatih cikai2 kot. Dorang punya fasiliti canggih siot. Pembangunan sukan tu sentiasa berterusan. Bukan ikut musim ataupun mood.

Nah, tengok neh ;






Nak baca komen2 macam tu sila la laju2 ke page Ahmad Razif.
Mao meroyan Razif baca komen2 yang mengutuk dia. Dah la sejak akhir2 neh orang sakan mengkritik kepimpinan dia terutama yang membabitkan perlucutan gelaran oleh Sultan Terengganu. Ini tambah satu lagi isu. Hehe. Kesian. Yang backup dia pun ada juga. Tapi tak seramai yang mengkritik. Nak ilmu macam mana nak bagi orang puji je kat komen sila la berguru dengan Najib Razak. Dia ada petua baik punya. Tapi nak kena keluar modal la. Insya Allah komen first sampai last puji pujian ke ko je Razif wei.

Jahkahkah.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...