Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Ogos 2016

Pemimpin DAP Enggan Mengaku Salah Dalam Isu Siaran Langsung Badminton Walaupun Dah Terkantoi 'Fitnah' RTM.

Dah salah tu salah je la. Buat apa heret isu berpanjangan dengan ego yang tak berkesudahan. Mengaku salah sudah. Minta maaf dan move on. Bodoh juga MP DAP yang sekor neh ye. Walaupun terang2 melakukan kesalahan yang terbukti. Menuduh melulu lepas dah kantoi padam posting buat derk bila orang sindir kesilapan dia dikatanya orang tue tolol. Sah-sah spesis MP Langkawi ja. Beza parti tapi memiliki kebodohan yang serupa.

Semalam aku tonton siaran langsung badminton beregu campuran negara Peng Soon - Liu Ying kat Youtube channel Astro Arena. Memang lambat dari jadual yang asal. Pada awalnya dikatakan siaran langsung akan ke udara pada jam 10.50 malam. So bila aku buka channel tu tak ada lagi siaran langsung tu. Baca highlight news kat Astro Arena dikatakan perlawanan Malaysia-Indonesia akan disiarkan selepas tamat perlawanan perseorangan badminton Denmark - Britain yang sedang disiarkan pada ketika itu. 

Maksudnya ditunda disebabkan perlawanan tersebut mengambil masa lebih dari apa yang telah dijangkakan pada awalnya. So, aku pun beredar. Sebelum beredar sempat juga klik 'live chat' kat Channel Youtube Astro Arena. Sempat juga baca sumpah seranah orang awam pada Astro disebabkan perlawanan Malaysia - Indonesia tak disiarkan lagi. Sempat juga baca pergaduhan Malaysian-Indonesia kat situ. Gaduh2 maki la pula dorang neh. Indonesian2 kat situ tak habis-habis taip Malaysial, Malingsia. Aiyo. Badminton aje pun. 

Dah kenapa la korang neh. Kemudian orang2 Malaysia pula p halau orang2 Indonesia kat situ. Suruh jangan tengok Astro Arena. Itu Malaysia punya. Kalau aku tak silap, Astro ada di Indonesia. Mungkin channel tu ada kat Indonesia juga. Mana nak tahu kan. Emosi betul la dorang neh. Haha. 

Ada la lebih kurang 10 minit kot aku baca2 pergaduhan mereka, lalu aku tutup channel dan pergi merepek sekejap kat FB dan Twitter.

Nampaknya aku dah faham. Siaran live tertunda dari jadual asal disebabkan perlawanan Denmark - Britain pada ketika itu mengambil masa. Dan MP DAP juga si Ng Wei Aik pada ketika itupun nak tonton siaran langsung badminton perlawanan akhir yang melibatkan atlet negara kita, pasangan beregu campuran.

Bila dia buka tv, dia dapati apa yang berlaku ialah tiada siaran langsung perlawanan yang melibatkan atlet negara kita. Dia jadi bengang dan snap gambar kat hp dia. Lalu upload di fb. Bunyinya lebih kurang begini ;


"Ini ialah siaran langsung perlawanan badminton OlimpikRio oleh RTM.

Di saat seluruh rakyat memberikan sokongan padu kepada pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di mana mereka akan bertarung di perlawanan akhir OlimpikRio, TV1 kita boleh pula siarkan perlawanan langsung antara Denmark melawan Britain.

Tak pasti la kenapa. Namun sesungguhnya RTM dan TV1 langsung tidak peka!".

SAKAI.
Ko yang tak peka kot.
BODOH.
KAHKAHKAH

Hadoi. Kalau ko peka aku percaya kat TV1 mesti ada highlight news tentang perlawanan badminton akhir yang melibatkan atlet negara kita. Mesti dorang akan inform menerusi berita sepintas lalu. Ko tak membaca ko tuduh RTM yang bukan-bukan.

Selepas dikantoikan bangang oleh penyokong2 kerajaan dan pemimpin MCA pun turut masuk campur menyindir kelakuan buruk MP DAP si Ng Wei Aik di Facebook, dia delete posting. Malu le tue. Takpe. Kita manusia. Kesilapan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana kita manusia. Hanya Tuhan je yang tak buat silap. Selain dari Tuhan, mahkluk macam kita memang biasa buat silap samada sengaja mahupun tidak sengaja.

Berbanding minta maaf. Ng Wei Aik lebih suka berbuat bodoh, bangang dan biadap. Dia boleh pula kata orang yang sindir dia tu tolol. Eh kejap. Sapa yang tak check betul2 sebelum post merapu di Facebook then kantoi bodoh? Kenapa pula orang yang mengkritik kau tu tolol tetapi bukan ko yang tolol?

Kalau sekecik2 isu macam neh pun kemain beregek nak mengakui kesilapan, bayangkan pula isu2 besar yang membabitkan intergriti pemimpin, parti dan kerajaan negeri? Boleh diharapkan ke si Ng Wei Aik neh? Muka langsung tak boleh percaya. Kita kalau manusia yang honest, buat kesilapan kecil kita laju minta maaf. Maknanya ada harapan la orang nak percaya kita buat kesilapan besar akan segera perbaiki diri. Tetapi ini sudahla diri sendiri yang salah, boleh pula berlagak macam takde apa. RTM yang kena tuduh tak pasal2 pun tak diminta maafnya. Sakai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...