Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Mac 2015

Bantah GST Untuk Topup - Kerajaan Dah Terdesak Sangat Ke Sampai Mencukai Kad Topup?

Sebelum neh ada yang kata aku buat cerita fitnah kononnya kalau kita kehilangan kad atau buat buku bank baru akan dikenakan cukai. Aku tak kisah sangat kalau dia reply point aku elok2. Tapi aku jadi meluat bila cara point tersebut diutarakan membayangkan aku neh macam orang jahat sangat sampai sanggup nak fitnah BN. Kalau dia tanya elok2 aku boleh jek bagi bukti dan hujah apa semua. Aku bukan jenis ralat kalau orang nak tegur atau minta bukti. Sebab aku boleh bagi.

Ini buktinya.


Untuk memahami sepenuhnya perkhidmatan bank yang akan dikenakan GST, baca sini. Aku pun masih dalam proses pembacaan. Sudah agak lama juga sebab aku masih tak memahami beberapa terma kewangan. Even dalam bahasa melayu pun hancur. Kalau ENGLISH lagi la ke laut. 

Muahaha..

Oke. Berbalik kepada tajuk posting. Oleh kerana sekarang huha huha bab topup dan sim pack juga tertakluk kepada GST, aku ingat2 kembali masa baca isu perbankan dan GST. Aku memang ingat sangat katanya kalau ko topup guna bank pun kau akan tertakluk pada GST.

Aku godek2 semula dan aku jumpa ini.


Dah memang sahih la ingatan aku. Jika kau fikir kau nak lari dari GST dan topup guna bank (aku selalu guna cara neh) maka kau silap besar la.

Pasal topup guna bank pun ada GST la. 


Yang sekarang buat aku tertanya2 ialah macam mana nanti perkhidmatan prabayar ini akan berfungsi. Syarikat telekomunikasi akan jual kad topup + GST terus kepada pekedai2 sebagai orang tengah sebelum sampai kepada pengguna. Betul tak?


Dan pekedai2 nanti akan kutip cukai dari kita semua la kan?

Kat kedai2 runcit pun sekarang ada jual kad topup. Maka kalau kita p kedai runcit nak beli topup just in case kita dah tertakluk kepada GST la kan.

Mahasiswa2 yang beli kad topup pun dah kena bayar cukai sekarang. Belajar pun mak bapak tanggung. Sekarang kena bayar cukai pula. Keadaan neh buat aku macam entah, rasa pelik kot. 

Dulu2 Najib juga kata kad prepaid dikecualikan GST. Dan kad prepaid sebenarnya dah tertakluk kepada caj cukai 10% dalam nilai kad. Dan sekarang dari 10% kepada 6% bukan kah patutnya jadi murah? Atau sekurang2nya harga statik kad? Tapi kenapa makin mahal sedangkan kadar percukaian itu turun dari 10 kepada 6? Nampak tak? 

Kalau semakin mahal maka konsepnya kalau dulu mencukai syarikat sekarang mencukai pengguna.

Syarikat akan seronokla sebab cukai di alih keluar.
Sudah la dapat re-claim cukai.
Cukai di alih keluar lagi.
Pengguna macam kita dapat apa?

Elok sangat tuntutan PERBIT. Aku harap rakyat Malaysia sahut bantahan berkenaan.

Baca ;
Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata CBP sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

"Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

"Penambahan cukai CBP ini sudah sudah pasti akan membebankan mereka," katanya kepada Bernama semalam.

Justeru, katanya persatuan itu telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha mendapatkan sokongan pengecualian CBP terhadap produk tambah nilai dan pek permulaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata pihaknya akan mengkaji dakwaan berhubung caj tersembunyi yang dikenakan oleh syarikat telco terhadap mel suara, panggilan yang tidak disambung, mel remeh dan sebagainya.

Menurutnya pihaknya telah menerima lebih 18,000 aduan dalam tempoh setahun daripada pengguna telefon bimbit mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dan kebanyakannya berkaitan dengan masalah caj tersembunyi.

"Sebelum ini kita pernah buat kajian dan mendapati lebih daripada 60 peratus kos atau caj yang dibayar oleh pengguna adalah daripada kos tersembunyi seperti mel suara, panggilan yang tidak disambung dan mel remeh dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata hasil kajian itu akan diserahkan kepada KKMM dan SKMM untuk dibincangan dengan syarikat telco bagi mencari jalan penyelesaian.

- Bernama 

Jumaat, 6 Mac 2015

Pegawai KWSP Tengking Ibu Mengandung KAW2 Depan Orang.

Aku mula la rasa macam nak memaki. Aku pantang sikit baca cerita2 macam neh. Oleh kerana aduan ini lengkap berserta tarikh kejadian dan individu yang menengking, aku harap agensi kerajaan khususnya KWSP boleh melakukan sesuatu. Kalau salah sekalipun atau tak boleh, cakap la elok2. Apa motif kau nak tengking2 orang? Macam takde akal.

Nak-nak yang ditengking tue seorang wanita. Mengandung plak tue. Tengah sarat. So boleh nampak la kan. Takan takde rasa simpati langsung. Ye tak?

Berikut aduan yang dinyatakan kepada KWSP.

Baca ;



KWSP terima aduan tersebut menerusi laman sosial. KWSP perlu peka dan respon segera terhadap aduan berkenaan. Jangan nak bekap pegawai sendiri plak. Atau tutup kes. Kita sama2 tengok apa respon KWSP selepas neh.

Pegawai DBKL Teranjang Dan Campak Barang Peniaga Pisang Goreng - Mesti Baca.


Aku tak boleh sabar. Memang makan maki jek. Siyes. Aku berangin jek baca luahan neh. Macam %$^&%8 la. Dorang layan peniaga macam anjing. Macam takde maruah. Tercabar emosi aku tengok muka peniaga kena tindas. Lebih tercabar emosi aku bila baca luahan yang tertera.



Baca ;

Pagi tadi saya rasa sebak sewaktu melawat peniaga goreng pisang di tahanan lokap Ipd Dang Wangi KL,inikah Hak Istimewa Orang Melayu.Turut hadir isteri beliau membuat laporan polis


" Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur. Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan. Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi. Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki. 

Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya."

--------------

Aku tak suka apa yang DBKL buat pada peniaga di atas. Memberontak macam mana sekalipun apa hak mereka untuk memaki dengan kesat, terajang dan tumbuk muka peniaga? 

Peniaga dah slow talk elok2.

Akan kemas barang perniagaan.

Apa hak DBKL untuk menyita dan mencampakkan barangan perniagaan orang?

Baaaabeyyyyyyy punya orang. Tunjuk perangai gampang depan melayu. Dekat cina tak berani plak tunjuk perangai gampang. Balik2 peniaga melayu gak kena halau. Balik2 peniaga melayu gak kena kacau. Merata 1 Malaysia melayu mesti jadi mangsa. Orang meniaga tepi jalan semua kena kacau atas macam2 alasan. Lepas tue nanti menteri2 kau semua menyetan propa hidup melayu. Tapi hidup melayu pa dia kalau kena tindas macam neh? Fak ah. Aku betul2 tak boleh tengok peniaga jalanan kena tindas macam neh. Tak kira la bangsa apa pun. Sebab aku tahu perasan dan usaha mereka yang bersusah payah kerja untuk survive kat negara neh. Mana nak tanggung anak bini lagi. Bayar rumah lagi. Kenderaan lagi. Makan minum bil air api semua tue lagi. Mana boleh DBKL buat kerja setan macam neh. DBKL neh orang ke setan ke apa sebenarnya neh? Cuba cakap terang2. Senang sikit nak panggil DBKL tue setan kalau DBKL neh sunguh2 setan berbentuk manusia.

Kbai.

Sumber.

Rumah Rakyat Diroboh, Penduduk Dipenjarakan.


"Siri2 kekejaman Kerajaan BN. Saki baki rumah orang melayu berusia 40 tahun di pekan Matau Jengka yang dimusnahkan oleh Majlis Daerah kelmarin. Penduduk yang mempertahankan tanah adat mereka di penjara. Kerajaan BN tidak pernah bersimpati dengan nasib rakyat. Kita mesti fokus menentang kedurjanaan mereka!".





Berikut di atas adalah petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mazlan Aliman menerusi laman rasmi facebooknya.





Ini pula gambar2 kejadian.








Ada beberapa perkara yang aku rasa sedih bila membaca penyebaran insiden berkenaan oleh Mazlan Aliman.





Pertama. Aku marah sangat rakyat sering menjadi mangsa dalam isu tanah. Kat mana-mana pun sama.





Kedua. Aku marah sangat bila dapat tahu penduduk yang mempertahankan tanah dan hak mereka dipenjarakan.





Ketiga. Posting yang membahaskan masalah rakyat ini TIDAK VIRAL. Posting yang pemimpin PAS saling kutuk mengutuk serang menyerang antara satu sama lain VIRAL pula. Aku tak salahkan pimpinan PAS. Tapi rakyat la. Ada banyak isu. Jika kau nak sebarkan isu2 pimpinan PAS bertekak apa salahnya kau sebarkan isu2 yang membabitkan masalah rakyat sekali? Setakat neh hanya 61 orang aje yang SHARE. Sedangkan isu neh sangat penting. Masyarakat kita perlu tahu dan didedahkan dengan kezaliman yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap sesetengah rakyat.





Keempat. Di saat pimpinan PAS kalut bergaduh antara satu sama lain, ada juga pimpinan PAS yang peka dan turun padang membahaskan masalah rakyat. Mazlan Aliman neh aku suka tapi sayang orang2 macam dia susah mendapat tempat di dalam PAS. Kalau jenis tak buat kerja bersepah la ramai penyokong. Jenis yang buat kerja mesti susah nak dapat penyokong. Aku pun heran. Aku tatau lagi kenapa macam tue. 





Berbalik kepada tajuk artikel. Jika ini rumah kau, tanah yang kau usahakan selama bertahun2, dan telah cuba memohon berkali2 tetapi dinafikan hak kau kerana kau bukan kapitalis dan tidak kaya hanya berbekalkan usaha dan semangat apa perasaan kau bila ditindas sedemikian rupa oleh kerajaan hanya kerana kerajaan memilih untuk menilai kemampuan seseorang berdasarkan kepada berapa banyak wang yang dia ada dalam poket?





Kesian kan. Sudah la melawan kerana pertahankan hak sendiri. Dipenjara pula. Dan takde sesiapa pun di luar sana yang mahu peduli dengan nasib yang menimpa. Almaklumla. Hanya rakyat biasa yang tertindas. Bukan la pemimpin mana-mana parti pun. Lue fikirlah sendiri.





Kbai.

1MDB Bakal Dibubar Bagi Menanggani Krisis Hutang Melampau Lapor Reuters.


Tak perlu kata apa-apa. Semua yang patut diperkatakan dah pun kita sebut satu persatu berdasarkan bukti dan fakta yang sahih. Kita dah selesai bercakap. Jika 1MDB terbubar itu je secara automatik dah membenarkan kenyataan, teguran, persoalan dan kritikan kita terhadap syarikat berkenaan.

Penyokong2 UMNO yang ada otak. Sila fikir sendiri. Sila fikir dengan teliti. Jangan asyik gunakan otak untuk cover penipuan dengan penipuan. Tak perlu beria2 karang alasan untuk cover pemimpin. Jadi jujur sudah.

Baca ;

1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini dilanda kontroversi dan hutang RM42 bilion, mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran baik hutang-hutangnya, lapor Reuters.

Syarikat pelaburan nasional, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan jumlah aset AS$14 bilion (RM51 bilion), mengalami kerugian tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya.

Kegagalan itu melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia, sementara pemimpin pembangkang mendesak akaun syarikat itu lebih telus.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Dalam rancangan penstrukturan semula, yang dirangka oleh ketua barunya Arul Kanda dan disokong oleh kerajaan, syarikat itu akan menjual 80 peratus kepentingan Edra Energy, syarikat tenaga miliknya, melalui penyenaraian saham, lapor agensi berita itu lagi.

Lebih RM18 bilion hutang 1MDB berkaitan aset tenaga akan diserahkan oleh Edra Energy sebelum penyenaraian, kata sumber-sumber yang dekat dengan syarikat tersebut.

Dana itu, lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Langkah itu diambil selepas aset tanah dan kepentingannya dipecah-pecahkan kepada entiti lebih kecil seperti dibayangkan dalam semakan strategi yang diumumkan bulan lepas.

Kementerian Kewangan, yang diketuai Najib dan pemilik penuh 1MDB, tidak memberikan sebarang reaksi kepada Reuters.

1MDB berkata bahawa Edra Energy akan menjanakan wang pada 2015, manakala dan projek-projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Proses ini akan menjadikan 1MDB sebagai syarikat kecil yang akan akhirnya dibubarkan sepenuhnya, kata satu sumber kepada agensi berita itu. -Mkini.

Yuran Kad Debit Pun Ada GST Juga?

Hak ala.


Aku syak. Syak saja la. Semua perkhidmatan di bank tertakluk GST. Aku tak pasti tentang ganti kad lama kepada kad baru. Sebab setahu aku la aku buat percuma je. Bagi Maybank. Kalau bank2 lain aku tak sure sangat. Sebab aku paling aktif dengan MBB dan BIMB maka aku boleh cakap la atas pengalaman.

Kalau dah tukar kad ialah percuma. Maka mestila 0.00 pun caj GSTnya sebab tak dicaj. 

Tapi ini berbeza kalau kita hilang kad. Memang kena bayar 10.00 paling rendah untuk buat kad baru. Dan bila kad ini dibuat baru, maka kena la GST. Ini la yang dipanggil caj. Maka caj inila akhirnya dikenakan GST nanti oleh kerajaan.

Kalau kad kita hilang angkara kecurian. Kena cukai lagi. Mesti sakit ahti kan?

Lepas tue kita setiap tahun akan dipotong oleh pihak bank atas perkhidmatan kad debit. Ini pun kena caj GST lagi.

Aku macam keliru sikit kat sini.

Apa logiknya kerajaan nak menGST kita atas simpanan kita melalui yuran kad debit?
Apa logiknya kerajaan nak menGST kita atas duit2 yang kita keluar thru MEPS?
Apa logiknya kerajaan nak menGST kebanyakkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BANK terhadap kita?

Dia sedar tak yang kita berurus-niaga dengan bank bagi memudahkan urusan sehari-hari kita.

Takan ini pun kerajaan nak amek kesempatan?
Tak cukup pihak bank bayar cukai tahunan.
Dia mahu rakyat bayar cukai sebagai pengguna yang melanggan perkhidmatan bank sama ka?

Bukan kah ini bermaksud 2 kali mencukai?
Satu amek atas keuntungan bank.
Satu amek dari rakyat secara directly.

Dan dalam sedar tak sedar pentingnya peranan bank neh pada kita bukan sahaja kerana pembayaran gaji bahkan pinjaman pun keluar masuk guna account bank. Kita simpan duit nak p haji pun guna bank. Kalau buku bank tabung haji hilang. Bukan sahaja kita kena bayar duit untuk buat buku baru bahkan dikenakan GST lagi. Apa semua neh?

Sana GST.
Sini GST.
Situ GST.

Semak la wei.
Semak!

Khamis, 5 Mac 2015

Cabaran UMNO Disahut - Rafizi Dedahkan Pendapatan Pada 10 Mac 2015 Dalam Bentuk Dokumentasi Lengkap!


Bagus Rafizi. Bila kau tak salut diri kau dengan cerita liwat kau memang nampak cerdik. Tahniah diucapkan. Aku sokong tindakan ini kerana pada aku memang bijaksana. Tindakan yang hampir serupa pernah dibuat oleh Nasruddin Tantawi. Setakat neh hanya 4 je wakil rakyat yang terbuka mendedahkan pendapatan masing2 tanpa banyak songeh.

Pertama. Ahli parlimen dari PSM. Jeyakumar.
Kedua. Dari PAS. TGNA dan Nasruddin Tantawi.
Ketiga. Dari PKR. Rafizi Ramli.

Yang lain apa cerita? DAP? BN? PAS yang lain2? PKR yang lain2? DAP lain2. Eh ada ke dari DAP yang dah mendedahkan? Pendapatan dari Ngeh dan Nga yang aku teringin sangat nak tinjau2.

Baca ;

Menyambut baik seruan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengenai pengisytiharan harta, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada Khamis menyatakan kesediaannnya berbuat demikian.

“Secara peribadi, saya sentiasa percaya bahawa ahli-ahli politik perlu hidup secara sederhana agar mereka dapat merasai susah payah rakyat.

“Hanya dengan cara itu ahli-ahli politik dapat menjadi suara rakyat yang berkesan dan tidak terpisah dengan permasalahan rakyat,” ujarnya.

Rafizi disaran berbuat demikian oleh Syed Ali sebelum Ahli Parlimen Pandan itu terus mengkritik kekayaan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Barisan Nasional yang lain.

Dalam kenyataan media tersebut, Rafizi akan membuat satu akuan bersumpah yang akan menyenaraikan perkara-perkara seperti kedudukan harta dan hutang terkini ; latar belakang pendapatan dan kerjaya sebelum menjadi ahli politik; pendapatan bulanan sebagai ahli politik; dan perbelanjaan bulanan sebagai ahli politik.

“Akuan bersumpah yang mempunyai maklumat ini akan saya edarkan di ruang lobi Parlimen pada 10 Mac 2015 untuk memberi masa kepada saya mengumpulkan semua maklumat ini berserta dokumen bukti,” ujanya.

Rafizi berharap, setelah pengisytiharan tersebut dibuat, Syed Ali dapat memimpin kempen dalaman UMNO supaya semua pimpinan UMNO bertaraf menteri ke atas membuat pengisytiharan yang sama.

“Saya percaya budaya mengisytiharkan harta perlu disemarakkan dan menjemput lebih ramai ahli Parlimen dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengambil langkah yang sama,” katanya. -Awani.

Dr. Dzul Kena Belasah Ramai2 - Konflik PAS Makin Bergolak - Jika Ada Konek Sila Lawan Hadi Depan2.


Dibelasah selepas subuh. Kejadian itu juga dikaitkan dengan insiden kereta Dr. Hatta yang dibakar baru2 neh. Pada aku perkara neh memang pelik. Aku macam keliru sikit nak main tuduh2 sebarangan. Tak kisah la tuduh sapa2 pun. Pada aku. Biar polis jalankan siasatan.

Ini info tentang kejadian.

Pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.


Berdasarkan maklumat diterima, Dzulkefly dipukul ketika masih berada di dalam kereta, dan sebelum itu beliau memandu keretanya masuk ke perkarangan rumahnya sebaik saja pintu pagar dibuka.

Dzulkefly ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau sedang membuat laporan polis dan akan bercakap kepada media kemudian.

Dalam pesanan melalui WhatsApp kepada Kamarudin yang dihantar kepada The Malaysian Insider kemudiannya, Dzulkefly menjelaskan beliau bertakbir beberapa kali ketika diserang dengan kayu oleh orang berkenaan.

"Saya keluar dari kereta untuk melawan balik dan mereka kemudian melarikan  diri. Saya nampak mereka menuju motosikal yang mereka letak kira-kira 100m di hujung jalan dari rumah," kata Dzulkefly dalam pesanan itu.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa "sudah hilang hormat" terhadap golongan ulama.

Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya ketika bercakap kepada The Malaysian Insider.

Dzulkefly berkata: "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Beliau berkata, kenyataan itu tidak berapa jelas sehingga orang menganggap beliau tidak hormat kepada semua ulama.

Katanya, bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormat, ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun, dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya. -TMI.


------------

Pada aku la kan.

1. Bab label melabel neh terpakai kedua semua pihak. Samada pro Hadi atau pro Mat Sabu. In fact aku sendiri pernah dengar melalui telinga. Bukan sekadar bacaan.

2. Sebab tue pada aku Dr. Dzul perlu jujur dalam menghukum.

3. Bab kena bantai aku takmo cerita banyak. Bila tatau buat cara tatau. Menuduh sebarangan pun bukan dapat apa. 

4. Apa yang aku nampak konflik PAS menjadi2 selepas Kajang-Movie. Kajang-Movie triggernya.

5. Sepertimana aku, penyokong PR, pengundi Kajang, Khalid Ibrahim, PAS juga adalah mangsa angkara Kajang-Movie.

6. Perpecahan dalaman PAS pada aku hanya ada satu kata pemutus. Samada pro ulama atau pro progresif yang tinggalkan parti. Takan ada jalan lain lagi selain dari ini kerana masing2 telah berpatah arang berkerat rotan dalam mempertahankan idelogi, pandangan, pendirian, keputusan dan pendapat masing2. Masing2 enggan mengalah. Enggan berlapang dada. Gunakan media serang sesama sendiri label melabel dan sebagainya.

7. Yang Nik Abduh buka cerita barua. Hanifa konon nak tunjuk cerdik. P lawan Nik Abduh guna media. Maka orang nampak la. Hanifa vs Nik Abduh. Hanya VS sahaja akan gunakan media. Kalau tak VS maka kita calling2. Hello Nik Abduh.. siapa yang awak kata barua tue.. saya ke? Khalid samada ke? Dr. Dzul ke? Mat Sabu ke? Sebab kami pro PASMA dan pro Anwar ek? Alah.. tak baik tau.. terasa aiiii.

8. Bersepah2 serangan DAP dilemparkan ke atas PAS dalam isu hudud. Geng2 pro PASMA sikit pun tak jawab dan ulas. 

9. Even aku sendiri serang PAS isu hudud. Disebabkan kecelaruan parti itu sendiri.

10. Tapi apakah peranan geng2 progresif dalam PAS? Bila aku berhujah dengan ahli2 PAS. Bahawa pimpinan PAS itu sendiri tidak mahu melaksanakan hudud. Mereka marah aku kaw2 di whatsapp.

11. Tapi aku boleh predict la mana satu pimpinan PAS yang non-favor hudud. PAS bercakap tentang penolakan UMNO dan DAP kepada hudud tapi adakah PAS sedar bahawa pimpinan mereka sendiri tidak pro kepada pelaksanaan hudud?

12. Dan ditambah pula dengan perpecahan yang semakin memuncak. 

13. Dr. Dzul pada aku ialah individu yang baik dan bagus dalam PAS. Tapi sayangnya dah kena virus PKR.

14. Kenapa aku kata dia baik? Sebab aku sendiri banyak kali encounter dengan mereka2 yang memuji khidmat Dr. Dzul sebagai wakil rakyat ketika dia menjadi wakil rakyat dulu2. Mereka2 ini rakyat biasa. Aku percaya pada pengalaman dan yang terkesan. Memang Dr. Dzul jenis buat kerja. Bila aku baca twitter2 dan lihat perbahasan dia dalam parlimen pun aku tahu dia pimpinan yang buat kerja. Dalam PAS orang yang bahas isu ekonomi sangat kurang. Dr. Dzul antara yang berkemahiran dalam ekonomi.

15. Aku tak pasti sejak bila, kenapa dan bagaimana Dr. Dzul yang baik dan boleh buat kerja ini dijangkiti virus PKR. Tapi aku pernah berbahas isu Kajang-Movie dengan Dr. Dzul di twitter. Dr. Dzul sangat mempertahankan PKR menukar MB. Dan aku mempersoalkan Dr. Dzul. Yang pada akhirnya dia memilih untuk tidak berjawab selepas reply sekali point aku. Kat situ aku dah boleh nampak. Jadi pemimpin yang baik dan boleh buat kerja juga akan jatuh sakit kalau virus masuk badan.

16. Cadangan aku kepada pelawan Hadi gunakan muktamar untuk calonkan individu yang korang rasa layak untuk jadi presiden.

17. Tak perlu lakon suci atau playsafe lagi sebab aku meluat.

18. Jangan main propaganda lagi sebab aku turut rasa meluat. Balik2 ulang drama swasta UG. Balik2 ulang drama PAS mesti bersama PKR dan DAP. Kalau aku tak salah jangkauan, penyatuan bersama PR bermaksud mengekalkan kepentingan kau semua kan? Ke macam mana?

19. Jika pimpinan PAS ada konek. Sila lawan Hadi depan2. Dalam pemilihan. Jika ada konek la. AJK-AJK PAS PUSAT. Aku ulang. Jika ada konek, lawan Hadi depan-depan.

20. Kempen depan2. Nak ganti presiden. Nak tukar pimpinan.

21. Kutuk mengutuk belakang2 bukan budaya yang parti Islam atau AJK2 yang dok dalam parti Islam patut bawa.

22. Dalam pada mengkritik ulama yang mengutuk dan melabel sedar kah kita sendiri pun mengutuk dan melabel orang. Islam tidak hanya berkata larangan mengutuk itu terpakai ke atas ulama pun. Ia berkata semua orang samada ulama atau non ulama. Muslim atau non muslim sekalipun in order untuk hidup bermoral di dunia ini.

23. Kalau nak kutuk pun gentleman la. Kutuk depan2 sebut nama jangan kias-kias. 

24. Ini kat depan media sesetengah pimpinan PAS progresif lakon suci bajet alim nak mampos.

25. Sebijik macam perangai UMNO yang suka jual agama dan buat aku rasa meluat.

26. Sejujurnya. Aku pro kepada tukar Hadi. Tapi aku tak pro pada fraction Mat Sabu. Boleh kata kedua2 kumpulan utama dalam PAS neh buat aku rasa meluat.

27. Oleh kerana kau semua masing2 taknak mengalah. Maka sila la bertanding secara terbuka dan lawan Hadi depan2. Jangan sembang kencang dan huha2 tak tentu hala je. Btw. Kepada pro Hadi. Ada perlawanan dan persaingan dalam apa2 jawatan tertinggi dalam PAS bermaksud parti korang sihat dan flexible. Bila sesiapa tidak mahu mencabar jawatan seperti jawatan presiden bermaksud parti kau mengamalkan sikap hierarki yang mendahulukan sentimen berbanding kelayakan dan kemampuan dalam mentadbir. Sejak bila jawatan presiden PAS tidak dicabar? Itulah bermula saat PAS mulai rosak secara beransur2. Faham?

Kbai.

Wakil Rakyat Digalakkan Untuk Turun Demo Tapi Tak Diwajibkan Kata Setiausaha Penganjur DAP.


First episode kat sini.

Ini apa punya jawapan neh? Macam sial. Kau ingat rakyat Malaysia neh kuda belaan kau semua ke apa?

Baca sat ;

"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.
 
Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.
 
Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.
 
"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.
 

SOP itu dipercayai amalan yang sering menjadi bahan sindiran, iaitu "menghadiri perhimpunan, ambil gambar, memuat naiknya di Facebook dan pulang".
 
Penganjur protes itu, sebuah gabungan yang menggelar diri mereka sebagai Kita Lawan, merancang untuk mengadakannya di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur dari pukul 4 petang Sabtu ini hingga tengah malam.
 
Selain daripada menuntut kebebasan ketua pembangkang itu, protes itu juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Kita Lawan menggesa semua wakil rakyat Pakatan menghadiri protes itu.
 
Bagaimanapun, semalam polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan mereka yang mengambil bahagian boleh menghadapi kemungkinan ditangkap.
 
Oleh itu persoalannya ialah ketika pihak penganjur menyeru orang ramai menyertai protes itu, adakah mereka seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil risiko itu.
 
Protes yang diadakan semasa era Reformasi pada lewat tahun 90-an adalah berbeza. Pertaruhan kali ini adalah lebih tinggi.
 
Wakil rakyat mungkin secara automatik hilang kerusi mereka sekiranya mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram dan didapati bersalah. Undang-undang melarang mereka yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, daripada menjadi wakil rakyat.
 
Mengulas isu ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke (kiri) berkata walaupun ahli Parlimen dan ADUN parti itu digalakkan menghadiri protes itu, tetapi ia tidak diwajibkan.
 
"Kita perlu tunggu sehingga hari Sabtu. Barulah kita boleh tahu jumlah orang yang akan hadir. Oleh itu tidak sesuai bagi kami untuk membuat apa-apa andaian sekarang, "katanya kepada Malaysiakini.
 
Loke sendiri tidak akan menghadiri protes itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu dikendalikan.
 
Kerajaan Pulau Pinang akan mengagihkan RM100 kepada warga emas hujung minggu ini – sumbangan wang tunai tahunan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas - dan biasanya wakil rakyat akan berada di cawangan-cawangan Maybank untuk membantu memudahkan pengagihannya. -Mkini.


-------------------------------

Minta maaf #kitalawan. Aku jadikan korang sebagai subject case. Tapi aku betul2 dah geram dengan perangai wakil rakyat PR. Bagi aku dorang perlu diajar. Supaya kembali ke matlamat asal seperti yang dicanang-canangkan suatu ketika dahulu.

Dalam berita di atas, katanya. Anthony Loke ialah setiausaha penganjur DAP. Aku tak pasti apa maksud jawatan ini. Jika maksudnya antara yang terlibat sebagai penganjur demo, pasai apa dia tak hadir selaku penganjur? 

Dia kata lagi. Pemimpin digalakkan untuk hadir tetapi tak diwajibkan. Maksudnya jika pemimpin nak hadir maka sila.. sila. Tapi tak bermaksud pula pemimpin mesti hadir. 

Demo 7 March adalah demo desak Najib letak jawatan.
Jika pimpinan tak hadir maksudnya korang bukan la nak desak Najib letak jawatan pun kan?

Dan hanya bergantung harap pada peranan rakyat terjerit2, selfie sana selfie sini, bergambar sana bergambar sini lepas tue Najib akan letak jawatan ke macam mana?

Atau memang sengaja pimpinan taknak hadir disebabkan ia tak mampu mendesak Najib untuk berundur ke macam mana?

Kenapa masing2 pakat ada aktiviti pada hari berkenaan?
Supaya boleh bagi alasan konkrit jika dipersoalkan tidak hadir ke macam mana?

Atau jika hadir dan polis plak dakwa risiko hilang jawatan dan kedudukan. Itu yang malas nak participate. Better playsafe. Sebab kita ada perkara yang perlu dijaga. Biar rakyat je berkorban segala. Hilang kerja hilang pangkat hilang juga pendidikan. Rakyat hilang segala2 pun takpe la ke macam mana?

Cuba cakap. Apa sebab rakyat perlu turun pada demo yang parti anjur di saat pimpinan parti sendiri tak turun demo?

Bukan satu dua. Tapi SEMUA PIMPINAN PARTI perlu turun beramai-ramai in order untuk menguatkuasakan pegangan kau semua.

Dari apa yang aku faham. Rakyat tak minat nak jatuhkan Najib cara demo. Rakyat lagi minat goyang kaki tambah cili tambah garam tambah ajinamoto ketika team Mahathir bergabung dengan team Muhyiddin serang Najib secara bergilir-gilir. Jalan senang ada. Pasai apa ikut jalan susah?

OOOoo.. playsafe? Rakyat boleh dikudakan? Parti nak Najib jatuh. Tapi kerah rakyat demo. Parti nak itu ini? Takpe kerah rakyat berdemo. Parti nak apa-apa pun takpe. Kerah rakyat berdemo sudah. Sentiasa ada rakyat yang benak otaknya berdemo dalam beberapa jam bagi memuaskan kehendak parti dalam mendapatkan matlamat mereka? Begitu kah?

Tapi sayangnya. Rakyat juga ada otak. Ada fikiran. Hanya kerana parti mahu bukan bermaksud rakyat perlu buta-buta sokong dan setuju.

Demo 7 March? Minta maaf. Aku main dengan kucing aku lagi bagus. Kucing baru. Nama dia emon gemuk bana. Sambil2 baca facebook tengok PAS bergaduh sesama sendiri. Lagi ada faedah kot.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...