Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Baitulmal Jangan Lakon Suci - Mana Biasiswa Pelajar IPB Sampai Mereka Perlu Ikat Perut?

Getik aku membaca puji-pujian kepada Baitulmal kau. Dalam posting pakcik kena tengking. Uwekkkkkk. Nak muntah!!

Entah kenapa semenjak 2 menjak sejak si Jamil tue jaga menteri agama aku jadi semakin meluat.

Tak faham betul la.

Aura dia bukan bagi orang tambah sayang.
Aura dia bagi orang tambah benci lagi ada.

Apa menda kau Jamil Khir. Oke kata-kata aluan dah tamat.

Hihi.

Laporan Utusan tadi ;


 
 Part laporan muka 2 paling best.

- IPB tak amek port bab aduan.

- Asrama tak selamat.

- Takde CF

- Biasiswa tak dapat lagi.

Mana pergi duit2 pelajar neh. Satgi orang tanya korang telan ke. Kena tuduh sebagai MENUDUH pula. PADAHAL ORANG TANYA AJE KOT.

Btw, IPB jawab tau. Laju gila. Hari gak depa jawab menerusi laman Utusan. Ini respon dorang ;

LAPORAN khas yang dimuatkan di muka hadapan dan halaman 12 Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2015 berhubung Institut Profesional Baitulmal (IPB) adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa IPB telah meneliti laporan khas yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia. Laporan tersebut secara umum menyentuh mengenai dua perkara iaitu penginapan dan biasiswa pelajar.

3. Merujuk kepada tempat penginapan pelajar, suka untuk dimaklumkan bahawa bermula sesi 2015/ 2016, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) IPB telah bersetuju untuk menawarkan kursus-kursus baru Homegrown (kursus-kursus dalaman) iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf dan Diploma Pengajian Muamalat. Kursus tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana sebanyak 8,000 permohonan telah diterima.

4. Daripada 8,000 permohonan, IPB telah membuat pengambilan seramai 750 orang pelajar menerusi pengambilan April 2015. Kampus induk IPB sedia ada di Kampung Pandan tidak dapat menampung jumlah pertambahan pelajar yang meningkat dari aspek penginapan dan dewan kuliah. Bagi menampung keperluan dewan kuliah, IPB telah menyewa bangunan kampus di Putrajaya. Manakala bagi penempatan pelajar, mereka telah ditempatkan untuk sementara waktu di Seri Kembangan.

5. Walau bagaimanapun, ALP IPB mendapati asrama di Seri Kembangan tersebut tidak bersesuaian memandangkan bangunan tersebut merupakan “service apartment” yang turut dihuni oleh warga asing dan para pelajar daripada institusi pengajian tinggi yang lain. Perkara ini menyukarkan pihak warden untuk mengawasi pelajar IPB. Bangunan ini juga terletak jauh daripada bangunan akademik di Putrajaya yang mengambil masa hampir sejam perjalanan.

6. Sehubungan itu, bagi pengambilan semester dua yang bermula pada 5 September 2015, ALP IPB telah meluluskan Wisma Zikay di Sungai Merab, Bangi untuk dijadikan asrama bagi menempatkan pelajar-pelajar baru. Wisma ini telah siap dilengkapi dengan kemudahan perabot untuk keperluan penghuni asrama dan MAIWP tidak lagi perlu membeli perabot tambahan seperti yang berlaku di asrama Seri Kembangan. Wisma Zikay ini juga terletak lebih dekat dengan bangunan akademik di Putrajaya iaitu 10 minit perjalanan. Ia juga terletak di kawasan lembah ilmu yang mana terletak berhampiran dengannya Institut Latihan Islam Malaysia, Institut Perguruan Islam Bangi dan lain-lain agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

7. Bangunan ini juga telah mendapat Sijil Siap Bina (CPC) dan mendapat Surat Pelepasan Perakuan Berperingkat: Menentang Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 September 2015. Bangunan ini sedang dalam peringkat akhir mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

8. Merujuk kepada persoalan biasiswa, pelajar-pelajar IPB mendapat beberapa kemudahan pembiayaan pengajian seperti Pinjaman PTPTN, Mara dan zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri termasuk daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

9. Bagi pengambilan pelajar pada April 2015, kesemua 750 orang pelajar homegrown IPB telah memohon untuk mendapatkan biasiswa Baitulmal MAIWP. Setelah disaring berdasarkan Haddul Kifayah, hanya 700 orang yang layak menerima bantuan zakat melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal kali ke-6/2015 pada 25 Jun 2015 dengan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM25.4 juta bagi sepanjang tempoh pengajian.

10. Bayaran bagi semester pertama telah diterima oleh IPB daripada MAIWP pada 30 Julai 2015 berjumlah RM4.77 juta. IPB telah membuat bayaran ke akaun pelajar pada 11 Ogos 2015.

11. Bagi semester kedua yang bermula pada 10 September 2015, IPB telah menerima pembayaran daripada MAIWP sebanyak RM3.94 juta pada 29 September 2015 dan sedang dalam proses pembayaran kepada pelajar.

12. Untuk makluman, semua keputusan pengurusan berhubung masalah pengambilan, penempatan dan biasiswa dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah IPB. Isu ini timbul ketika seorang Pengurusan Tertinggi IPB sedang menjalani siasatan dalaman bermula 29 September 2015 dan telah digantung tugas sementara mulai 7 Oktober 2015.

13.Sehubungan itu, diangkat maklum balas ini dan dipohon kerjasama tuan dapat menyiarkan di akhbar tuan untuk penjelasan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

DATO’ WIRA DR. ISMAIL BIN IBRAHIM
Pengerusi IPB

-------------------------

Penjelasan separuh masak. Ingat semua orang tak pergi sekolah ke macam mana. Senang gila nak counter attack.

Orang mesti tanya ;

- Dah tahu takde penempatan, kenapa tawarkan kursus ataupun mengambil pelajar lebih dari kemampuan yang boleh ditawarkan?

- Lengkapkan dulu kemudahan, then baru la amek pelajar. 

- Dah tahu takde CCC ke apa ke, kenapa masih tempatkan pelajar disitu? 

- Patuhi keseluruhan protokol baru letak pelajar di sana maaa.

- Yang mula2 dok luluskan asrama di Seri Kembangan, kerja siapa? Masa tue tatau ke bab ada warga asing kat sana ataupun ada pelajar dari IPT lain kat sana? Tak buat survey dan siasatan dulu ke macam mana? Main lulus je ek?

- Tatau ke benda tue 'SERVICE APPARTMENT'. Hah.. mesti macam neh aku rasa. Korang tatau la ia sebuah appartment yang mana sesiapa saja boleh menyewanya/membelinya sehingga la korang diberitahu ialah adalah sebuah appartment 'outsider', tak gitu?

Hihi.

- Eh.. eh ada masalah pengurusan ke.

- Kalau macam neh lagi la orang percaya kat laporan Utusan tue beb.

- Sebab senarionya di Malaysia, selagi kau masih berjawatan, orang dah agak kau mesti cuak nak bercakap. Tapi bila kau dah hilang jawatan, segala macam rahsia akan dibocorkan. Terima kasih la sebab bagitau benda tue. Semakin ramai plak akan mempercayainya nanti.

Hihi.

- Cuba baca laporan Utusan. Dinyatakan pihak pengurusan IPB tak amek port bab status biasiswa.

- Terlambat bayar/lambat masuk pelajar boleh terima.

- Tapi kalau dah takde respon, apa citer?

- Cuba jawab kenapa takde respon meskipun pelajar dah bertanya.

- Dan nampak tak PART = PELAJAR TERPAKSA TAHAN LAPAR.

- Ini kalau tak nampak memang BODOH la. Cuba ulaskan apa tindakan IPB bila didapati PELAJAR TERPAKSA MENAHAN LAPAR. Penyelesaian jangka pendek. Makan free diberikan ke. Ada tak? Kalau laporan tue tipu, kita taknak cakap apa2 la. Tapi ada tak IPB tanya UTUSAN, WOI GILE. PELAJAR MANA YANG TERPAKSA MENAHAN LAPAR TUE? MEH SINI KITA ORG NAK BAGI MAKANAN FREE SEMENTARA BIASISWA MASUK. SATGI TAK MEMASAL MATI ANAK ORANG NAYA AKU. ADA TAK IPB BUAT MACAM TUE? ADA?

- Pelajar juga ada masalah dengan KOS YURAN ASRAMA. Ini ada tak buat tinjauan segera. Apa yang dimaksudkan dengan KOS YURAN ASRAMA. Kena desak bayar ke macam mana?

Itu la aku cakap. Ini penjelasan separuh masak. Sapa la yang sudi nak percaya. Kalau aku tak hingin langsung. Demokrasi kan? So hak aku la nak percaya ke taknak penjelasan kau neh.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...