Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2015

PAS & PERKASA Kini Menjalin Kerjasama - PAS Jangan Jadi Bodoh!

Babi sudah mampu terbang kah?

KAH KAH KAH

Hadoi.

Aku harap laporan Malaysiakini ini tidak tepat. Try sangka baik dulu. Meskipun gambar jelas memperlihatkan kemesraan mereka berdua.


PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini secara rasminya bekerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Tak sejajar dengan parti sekular

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.

"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.

"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami," katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Selain itu, Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, matlamat untuk mempertahankan Islam tidak sejajar dengan hala tuju parti sekular.

-----------------------

1. Aku percaya ramai menghormati pendirian PAS jika mereka mahu bergerak solo aka sendirian.

2. Asal saja niat mereka mahu menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan, solo atau berkumpulan bukan masalah. Meskipun jika pembangkang bersatu, pihak musuh akan lebih mudah ditumpaskan. Namun jika PAS tak jumpa ruang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di Malaysia neh, biar la mereka bergerak secara solo. Ia akan diraikan juga. Kita meraikan kepelbagaian.

3. Tapi apa pula maksud PAS bekerjasama dengan PERKASA?

4. PERKASA ialah NGO yang gemar mempropagandakan semangat RACIST.

5. ISLAM tidak hanya menolak kapitalisma yang menindas, sekularism (ikut kepercayaan masyarakat setempat) yang mengasingkan agama dari pentadbiran bahkan semangat perkauman melampau juga.

6. PERKASA ialah = NGO PERKAUMAN MELAMPAU ikut mood. Mereka tidak peduli jika berlaku penindasan ke atas bangsa melayu. Yang mereka peduli bermain propaganda perkauman bagi mengapi2kan keadaan. 

7. Jika rakyat berbeza bangsa berpecah = maka doktrinisasi pecah dan perintah dapat diamalkan. Doktrinisasi inila yang akhirnya akan membuatkan BN kekal memerintah negara.

8. Dengan memastikan BN kekal mentadbir = ialah hasrat PERKASA.

9. PERKASA bukan la racist mana pun. Mereka huha huha dengan cainis juga. Tetapi mereka sengaja menunjukkan semangat perkauman kerana mahu mempengaruhi pemikiran masyarakat.

10. Bela melayu jauh sekali. Jika bela melayu dah lama dah PERKASA laju2 bahas isu harga rumah. Melayu paling ramai tak mampu beli rumah. Ada kau tengok PERKASA dok lawan isu berkenaan demi menjaga kepentingan melayu? TAK ADA KOT.

11. So bagaimana parti ISLAM seperti PAS sanggup menjalin hubungan mesra, ikatan kasih sayang bersama PERKASA?

12. Nak kata babi terbang tak pula.

13. Tapi kenapa PAS merendah2kan diri mereka sampai sebegini sekali. Hello. Dah lupa apa yang Ibrahim buat pada arwah TGNA? Pada PAS? Kemon la. Katak pertama di negara ini kot.

14. Aku percaya manusia boleh insaf, berubah dan bertaubat. Ini termasukla Ibrahim Ali. Tetapi as for now apa yang aku nampak ialah PERKASA pergunakan PAS. Dan, berapa kali PAS perlu ditikam belakang untuk mereka SEDAR siapa LAWAN dan siapa KAWAN mereka sebenar selama neh?

15. Kerjasama dengan PERKASA tidak boleh dilakukan. Tak kira la nak pandang dari sudut mana mahupun nak beri peluang atau apa. PERKASA pada bila2 masa akan bertindak membelakangkan PAS dalam memperjuangkan kepentingan diri mereka, kelak.

16. Bukan pula PAS tidak tahu bahawa PERKASA ialah pro BN, pro UMNO dan hanya mahu parti itu yang menang dalam PRU tak kira la sebelumnya mahupun akan datang by hook or by crook.

17. Dan PAS sekarang apa? Kuli batak PERKASA? Atau batu loncatan Mahathir jatuhkan Najib? Sanggup dipergunakan dan dimanipulasikan? PAS sudah lama berpolitik. Takan takde saraf yang boleh bawa halatuju PAS agar sampai ke matlamatnya? PERKASA tue tak payah kita duduk dalam organisasi tersebut pun, kita dah boleh tahu taktikal mereka. Menggunakan peranan PAS dalam memastikan undi orang melayu tidak jatuh ke tangan pembangkang. Memastikan satu pakatan dibentuk melalui kerjasama pembangkang dan kerajaan proksi Mahathir bagi menekan Najib agar berundur dari jawatannya supaya PRU ke 14 nanti BN akan terus memegang tampuk kuasa. Atau, PAS mungkin dah tahu dan boleh baca taktikal tersebut? 

Jika taktikal PERKASA/MAHATHIR ini berjaya, maka PAS akan berdepan dengan risiko kekalahan teruk pada PRU ke 14 nanti. Bersedia? Owh.. lupa pula. PAS masuk bertanding PRU bukan nak menang pun kan. Hmmmmpfttt.

18. Semalam buat pertama kalinya babi terbang. Mahathir & KuLi duduk semeja.

19. Hari neh babi terbang buat kali kedua. PAS dan PERKASA duduk berpeluk.

20. Esok, akan ada kah babi yang terbang lagi?

PAS, jangan la jadi bodoh. Jika hasrat kau mahu bergerak solo, tindakan bekerjasama dengan PERKASA bukanla strategi sebaliknya ia adalah bakal menjadi tragedi.

Fikirkanla..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...