Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Oktober 2015

Wartawan Malaysiakini Bangkit Menjawab Tuduhan Ahli PAS Yang Kononnya Portal Itu Menfitnah Berita PAS-PERKASA Kerjasama.

Semalam kecoh kononnya beberapa portal utama menfitnah PAS. Ahli2 PAS agak marah sebetulnya. Mereka memberikan penjelasan dan aku meraikan perbezaan lalu aku siarkan point2 penjelasan mereka di laman FB meskipun aku masih confuse.

Aku confuse bukannya kerana secara tiba2nya si Ibrahim Ali memeluk Hadi Awang. Boleh nampak tangan dia yang memaut presiden PAS. Aku agak, presiden PAS mungkin seperti emm.. oke. Senyum senyum depan kamera. Excited terlebih pula si katak neh. Termakan pil esctacy ke apa.

Haha.

Tapi aku confuse sebab jalinan PAS dengan PERKASA.

PAS lebih kuat dan kukuh berbanding PERKASA. PAS lebih tahu tentang itu. Ia bukan PAS yang perlu kepada PERKASA bahkan PAS pun tak perlu buat sidang media khas tersebut pun. So, melawat, lawat la. Then? Apa nak hebah pada media beria.

Buat sidang media khas. Umum ada kerjasama. Kemudian, eh bukan kerjasama pula. Tapi beria buat sidang media khas. Siap hadir lagi tu. 

Nampak seperti PAS mementingkan tindakan PERKASA yang hadir 'MELAWAT'.

Banyak juga pemimpin dan menteri UMNO pernah bertemu dan melawat pemimpin2 PAS mahupun arwah tuan guru Nik Aziz. Tapi takde sidang media khas dengan memanggil rakan wartawan bukan?

Jadi, aku ada anggap begini la. Sebenarnya PAS memang umum kerjasama dengan PERKASA tetapi diperlihatkan langkah ataupun strategi itu makan diri lalu mereka bermain tarik tali.

Ini ciri2 yang aku nampak ;

- Buat sidang media khas
- TGHH sebagai presiden hadir.
- Bercakap tentang jalinan kerjasama dan bakal mengadakan beberapa aktiviti bersama.

Sebab itu aku pendirian aku seperti dinyatakan di atas.

Percaya kata aku. Tanpa PERKASA, PAS boleh attack Najib dengan 3 isu utama tersebut.

- SOSMA
- 1MDB
- TPPA

Dengan lebih berkesan dan baik. Macam aku katakan tadi. PAS lebih kuat dan kukuh berbanding PERKASA. Kehadiran PAS lebih diraikan oleh rakyat Malaysia pelbagai lapisan bangsa meskipun tak semestinya mereka bersetuju dengan semua tindak tanduk PAS berbanding PERKASA yang sememangnya ialah sebuah NGO yang dibenci kerana suka melakukan kerja2 yang memalukan.

Oke. 

Namun selepas penafian, nampak gayanya wartawan Malaysiakini yang turut terkesan kerana ditohmah menyebarkan fitnah, melawan semula dengan hujah yang aku lihat memang mematikan point penafian PAS.



Aduh aduh sayang. 5 kali sebut perkataan KERJASAMA. In fact dalam kemaskini facebook pun dinyatakan perkataan KERJASAMA.

Namun ditukar ;


Apabila pihak PAS sendiri sanggup menukar keterangan asal mereka, ini bermaksud apa?

Ini bermaksud ;

- PAS sendiri berkeyakinan bahawa penggunaan ayat tersebut berkecenderungan menghasilkan sesuatu persepsi negatif.

- Oleh kerana itu mereka TUKAR SUSUNAN AYAT bagi meredakan dan mematikan persepsi tersebut.

Tidak salah untuk menukar ayat yang lebih bersesuaian dalam konteks yang mahu disampaikan PAS tetapi kemon, wartawan lapor, kena tuduh fitnah. Adakah wartawan bukan manusia?

Tak salah pun untuk PAS uturn dengan mengatakan ahh sebetulnya kami bukan kerjasama. Ayat kerjasama kat situ sepertinya tidak tepat. Kami tarik balik.

Lebih baik daripada menafikan & menyalahkan orang atas sebutan kita sendiri, bila wartawan melaporkan apa yang disebut, wartawan pula dituduh2 tersalah lapor. 

Kali neh bukan hanya Malaysiakini. Bahkan beberapa portal pro kerajaan turut laporkan perkara yang sama. Ini siapa yang menfitnah siapa neh. Aku pun makin confuse daaa. Sejak bila plak mangsa fitnah bertukar menjadi pemangsa. Lue semua fikirlah sendiri macam mana. 

KAH KAH KAH

Sumber rujukan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...