Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2015

Senarai Lengkap Peratusan Kenaikan Tol - Kadar Baru Tol Naik Sehingga 80%.

Kalau lue jenis tinggal kat Lembah Klang atau sekitarnya, gua cadangkan lue tukar naik motor je la. Tak pun naik beskal. Or boleh juga jalan kaki. Ikut la nasihat menteri2 lue. Ataupun cari la mana2 kawan yang jual babi terbang. Lepas neh naik babi terbang je pergi kerja.

HAHAHA.

Kalau lue jenis ulang alik KL atau Selangor untuk restock barang2 perniagaan lue ataupun untuk sebarang urusan kerja, lepas neh pandai2 la cari jalan untuk menyelit sana sini asalkan sampai ke destinasi lue tanpa bebanan tol.

Untuk rekod ada undang2 baru tentang TnC.

Lihat paparan gambar ;

 
Amek kaw. Kalau memang lue jenis guna tol dengan kerap, siap sedia prepare at least rm50 dalam wallet untuk topup mendadak andai TnG lue kekurangan kredit. Depa tak layan 10,20 dah. 

Dulu syarat neh hanya terpakai untuk pengguna MYCARD macam aku. Nak topup p ATM. Paling koman nak re-topup rm50. Walaupun bengang tapi at least pengguna MYCARD-TnG macam kami tak terikat dengan undang2 bodoh TnG. TnG kan siap ada denda lagi kalau ko tak guna kad tersebut untuk beberapa bulan. Lepas tue kena ada deposit. Dan kena pula aktifkan selalu kalau tak kad ko akan dinyahaktifkan ikut undang2 depa. Tak silap aku depa bagi tempoh setahun. Lepas setahun ko tak topup2 juga maka babai la kad lama ko tue. Alasan dorang macam menteri gak. Kad yang tidak aktif = membabitkan maintainance cost. Aku masih tak dapat tangkap lagi macam mana perkara tersebut akan membabitkan maintainance memandangkan kad tue pun tak aktif. Apa2 je la ko TnG oii.

KAH KAH KAH

Dan tadi baca HARAKAH. Dorang ada review kadar peratusan kenaikan tol. Catatan yang bagus untuk rujukan kita beb.

Lihat ;

Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.

Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuh raya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.

Lebuhraya
Harga Lama
Harga Baru
Peratus


SILK
MYR1.00
MYR1.80
80%

Akleh
MYR1.50
MYR2.50
67%

Besraya
MYR1.30
MYR2.00
54%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (A Impian)
MYR0.60
MYR0.90
50%

SMART
MYR2.00
MYR3.00
50%

Lebuhraya Pantai Baharu
MYR1.60
MYR2.30
44%

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Sri Muda)
MYR1.20
MYR1.70
42%

Guthrie
MYR1.40
MYR1.90
36%

MEX (Salak)
MYR1.50
MYR2.00
33%

Latar
MYR2.00
MYR2.50
25%

DUKE
MYR2.00
MYR2.50
25%

Lebuhraya Karak (Gombak)
MYR5.00
MYR6.00
20%

MEX (Putrajaya)
MYR2.50
MYR3.00
20%

 Lebuhraya Karak (Bentong)
MYR3.00
MYR3.50
17%

Kadar kenaikan tol bermula 15 Oktober 2015

Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus berlipat kali ganda?

Kini, dengan kebanyakan lebuh raya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.

Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuh raya? Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuh raya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal ‘advance payment’. 

Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut.

Oleh itu, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal (advance payment) melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.

Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.

Kenaikan kadar tol hanya semata-mata mengikut nafsu tamak yang dimeterai di dalam perjanjian konsesi tol yang tempang. Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat.

Inilah hasil kerajaan BN yang sering mengingatkan rakyat sentiasa didahulukan, terutamanya apabila melihat keputusan mengambil duit daripada rakyat. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2015

TITM punya statement.

Naik sehingga 80%. Memang nampak 80sen tue sikit. Tapi tak sikit pula keuntungan yang konsesi tol terima dengan kenaikan 80sen per kenderaan kan.

Jika ;

Konsesi tol untung lebih = maka cukai lebih untuk kerajaan.

Jika ;

Kerajaan ada saham dalam konsesi tol = maka kerajaan turut meraih keuntungan berganda disitu.

Kerajaan asyik citer pasal pampasan. Konon2nya nak bagi rakyat dapat tang itu aje. Padahal macam la kita neh bodoh sangat tak nampak tang kutipan cukai & pemegang saham.

Cukai itu pun terbahagi kepada beberapa perkara. At least 2 benda dah pasti.

GST = bila kau topup la. Tak topup tak boleh. Semua dah jadi elektronik dah la neh. Melainkan kau betul2 boleh avoid tol. Silakanlah hidup macam tue. Aku memang respect kot.

Cukai syarikat/korporat = ini dah tentu punya.

So, nikmat apa lagi yang kerajaan BN kau cuba dustakan? Duit melimpah ruah kot. Tak dan habis petik jari, juta2 confirm masuk setiap hari. Dan itu pun dorang masih lagi tak bersyukur2 dengan pengorbanan rakyat terhadap mereka. Apa lagi yang BN maooooooo..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...