Isnin, 12 Oktober 2015

Akhirnya Cikgu Dipersalahkan Di Atas Kehilangan & Kematian Anak Orang Asli - Pengalaman Cikgu Mengajar Orang Asli.

Cikgu2 Pos Tohoi dera anak-anak orang asli. Sebab itu mereka lari. Dan seterusnya ada di antara mereka yang mati kelaparan dan lemas.

Kes nya begini ;

- Yang terkantoi mandi sungai ialah murid2 yang berusia 11 dan 12 tahun.

- Murid2 yang 7 lagi tue sebenarnya bukan la kumpulan yang terkantoi mandi sungai. Tetapi yang berusia 11 tahun (yang masih hidup) itu memang ya la.

- Murid2 yang lebih senior larikan diri dari asrama. Memandangkan cikgu nak kenakan hukuman pada hari ahad mendatang (ketika itu).

- Kemudian ditemui oleh cikgu semula sebelum dibawa pulang.

- Adik beradik kepada abang, kakak yang melarikan diri lebih awal pula menjadi risau. Lalu, mereka pun ikut sama lari kemudiannya. Lari sebab takut kena denda juga.

Oke. Sampai kat sini laporan NST.

Rujukan ==> http://www.nst.com.my/news/2015/10/%E2%80%98seven-were-not-those-caught-swimming%E2%80%99

Kemudian. The Malay Mail pula melaporkan ;

- Anak2 orang asli kena dera kaw2.

- Cikgu mengajar main2. Masa mengajar 2 jam je. Kadang2 2 hari seminggu. Kebanyakkan masa langsung tak mengajar anak murid.

- Anak murid disuruh tidur atas simen.

- Kena lempang dan selalu dipukul serta didera.

- Dipaksa memakai pakaian kotor ke sekolah.

- Tak tahan melihat senior kena dera.

- Seringkali berasa takut dengan guru2 yang suka menghukum murid menggunakan kaedah 'sesuka ahti'.

Rujukan ==> http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sk-pos-tohoi-students-claim-made-to-sleep-on-cement-floors-wear-dirty-unifo

Itu laporan media. Aku no taking anyone side ye.

So, betul ke anak murid orang asli kena dera neh agak2 korang? Wo..woo.. tuduhan tanpa bukti itu berat beb. Pendapat aku, biar yang berkuasa jalankan siasatan sehabisnya dan aku juga berharap agar jangan ditutup apa2 bagi melindungi kepentingan sesiapa pun.

Hold dulu cerita bab kesalahan guru.

Sekarang kita ke fasiliti sekolah. Dalam kes neh sekolah berasrama la. Oke. Dalam laporan berita turut diceritakan bagaimana pihak sekolah cuai dalam menanggani kes 7 anak orang asli hilang.

Seperti yang dilaporkan. Mereka gagal ditemui pasukan SAR kerana menyembunyikan diri. Sungguh pun tiada pengesahan dari pihak polis namun dipercayai kesemua murid2 itu memang enggan pulang ke sekolah atas alasan takut kena dera dan dihukum.

Yang menjadi tanda tanya, bukan pasukan SAR aje yang cari, orang asli turut setup rescue team untuk jejak. Kenapa anak2 yang sorokkan diri ini tetap enggan munculkan diri hingga ke akhirnya? Aku tak faham part neh. Maybe tak bertembung? Tapi sanggup tahan diri dari diselamatkan, bukan kah pelik?

Aku ada baca. Mula2 yang mati ialah Haikal. Punca, lemas. Semasa nak minum air. Jika aku tak salah prediction, adakah anak2 orang asli ini sebenarnya dah semakin cuak dan risau apabila rakan2 mereka ada yang mati ketika nak minum air sungai kerana mereka lain pun puncanya ialah air sungai?

'AIR SUNGAI' ialah punca utama mereka lari.
'AIR SUNGAI' juga ialah punca rakan pertama mereka mati.
Dan mungkin dek insiden itu dan rasa bersalah, maka, entah. Harap2 2 yang terselamat itu akan kembali pulih dari trauma. Nak mengharapkan mereka menceritakan kejadian sebenar pun semacam ragu2. Adakah perkara itu baik untuk mereka atau lebih kepada nak menyedapkan diri kita yang ingin tahu?

Point ;

- Pasukan SAR bagai acah tak acuh aje dalam menjejaki anak2 orang asli yang hilang.

- Guru2 cuai. Mereka tidak peka kepada kehilangan anak murid.

- Pagar sekolah tidak selamat. Ada kesan potongan. Murid boleh melarikan diri.

Focus tiga isu besar neh dulu.

Pertama. Keluarga orang asli yang terjejas perlu membuat laporan polis dan biar polis jalankan siasatan ke atas kecuaian pasukan SAR dan ketidakpekaan pihak sekolah. Seseorang yang friendly dan rapat dengan orang2 asli boleh nasihatkan mereka untuk berbuat demikian.

Dengar cerita, lepas dua hari hilang baru lapor polis. Ini kementerian perlu peduli. Jika benar, kenapa selepas dua hari? Pihak sekolah mungkin ada alasan tertentu tapi kenapa selepas 2 hari?

Kedua. Bab pagar, telah dibaiki. Tetapi kecuaian ini tiada patah balik. 4 telah mati dan disahkan. Macam mana kita boleh hidupkan nyawa orang? Ganti balik anak orang? Tak mungkin tu. Jadi, perlu ada siasatan kenapa pagar rosak itu dibiarkan rosak dan tidak berganti atau dibaiki secepat yang mungkin.

Lainkali. Untuk semua sekolah berasrama. Perlu ada guard yang meronda, perlu ada CCTV di kawasan tertentu atas dasar menjaga dan mengawal keselamatan dan paling penting, pagar mesti kukuh, tebal dan tidak mudah dirosakkan.

Bila tengok sekolah negara maju memang rasa malu banding dengan sekolah sendiri. Tak payah cerita bab sekolah pendalaman even nak banding dengan sekolah bandar pun tak terbanding. Fasiliti sekolah kita adalah MUNDUR. Cara kita 'disekolahkan' masih lagi seperti 50-60 tahun sebelum merdeka, tahu tak.

Cerita bab cikgu dera anak orang asli seperti laporan The Malay Mail. Perlu ada siasatan terperinci terhadap laporan tersebut. Yang melaporkan akhbar tetapi sumber utama ialah ibu bapa kepada anak2 orang asli tersebut.

Maka kementerian tak boleh pandang ringan. Nak menuduh cikgu pun susah. Bukti pun aku tak ada. Kalau sungguh budak2 senior dan junior kena dera, at least yang masih hidup boleh tampil menjadi saksi dan bahan bukti. Jadi, cari la bahan bukti. Jika pihak sekolah terasa dianiaya atau difitnah, boleh minta pihak kementerian lakukan siasatan untuk bersihkan diri mereka. Maka kita tahu la nanti. Siapa berkata benar dan siapa yang propa lebih.

Manakala, ini pula luahan mereka yang ada pengalaman mengajar anak2 orang asli.

Baca kejap ;

 
Ini pula dari cikgu Emmet Fayzal.


Ini pula luahan F AZ ;

 
Namun bukan semua komen2 guru berpihak kepada guru juga. Baca komen dari Muaalim pula ;


Duit RMT kena songlap. Ohoi. Sekolah mana tue. 

Oleh kerana terlalu banyak kritikan ke atas pihak sekolah dan cikgu2 yang mengajar di Pos Tohoi, ada baiknya kementerian open table buka siasatan khas.

Kita sebagai rakyat yang memerhatikan neh taknak juga bersandar dan berhujah menggunakan persepsi semata2.

Takan nak gunakan laporan akhbar sebagai bukti? Kenyataan ibu bapa sebagai fakta kes? 

Buka satu siasatan khas. Siapa bersalah, siapa tak bersalah, umumkan selepas siasatan rapi dijalankan dengan TELUS, ADIL, AMANAH & JUJUR. Jika ada kecuaian dari pihak sekolah jangan disorok atau ditutup. Harap2 kes ini menjadi pengajaran berguna buat kita semua. Tidak terhad hanya kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa serta murid2 bahkan kepada kita semua. Sudah sampai masanya kita menambahbaikan prasarana sekolah awam kita biar setanding dengan teknologi dan perkembangan semasa. Office menteri pun renovate berkali2 untuk sesuaikan dengan keperluan semasa. Eh, ada duit pula tue? Sekolah kita? Bangunan sejak sebelum merdeka sampai merdeka eh tak ubah satu pun. Tolong la.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...