Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Mac 2015

Menjawab Kerajaan Malaysia Dalam Isu Pembelian Pesawat Rasmi Baru Negara.

Semalam kecoh isu pembelian pesawat baru kan. Pada semalam juga penyokong-penyokong kerajaan bangkit bagaikan tentera semut dan bersatu membidas semua point-point yang diutarakan oleh pembangkang dalam siri serangan terbaru berhubung isu pembelian pesawat baru bagi mengantikan pesawat sedia ada.

Yang penyokong jawab ; 

Baca : Ini Jawapan Kenapa Kerajaan Beli Pesawat Baru

Yang kerajaan jawab ;




Antara hujah bergambar dari pihak mereka ;



Mula-mula kita perlu lah menyusun satu persatu point-point mereka. Kata mereka ;

- Tukar pesawat baru menjimatkan kerana ganti 2 pesawat rasmi sekaligus.

- Pesawat sedia ada yang diganti (BBJ dan F28-1000) memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

- Ia adalah untuk kegunaan rasmi semua pegawai tertinggi kerajaan termasuklah Agong dan sultan.

- Faktor seperti usia, keselamatan juga diambilkira sebelum memutuskan untuk sewa-beli pesawat baru.

- Pesawat baru nantinya itu dapat mengurangkan kos operasi pesawat sedia ada.

- Perbincangan untuk menukar pesawat sedia ada kepada pesawat baru telah dibuat sejak 2 tahun yang lepas.

- Pesawat BBJ pula akan dijual semula bagi menanggung urusan sewa-beli pesawat baru ACJ A320.

Untuk rekod, hasil semakan aku disini, ACJ A320 ialah pesawat yang disewa oleh kerajaan selama hampir setahun sepanjang tahun 2013 sebagai replacement kepada BBJ yang ketika itu sedang menjalani proses penyelenggaraan.

Pada tahun 2014, isu berkenaan viral di laman sosial dan disebarkan sendiri oleh bloggers UMNO sebelum ianya dijawab oleh PMO menerusi artikel yang aku sertakan linknya di atas.

Jawapan balas PMO pada ketika itu ialah ACJ A320 bukan la pesawat baru yang dibeli oleh kerajaan. Sebaliknya ia adalah sebuah pesawat yang disewa sementara bagi mengantikan khidmat BBJ yang dihantar untuk diselenggara pada tahun itu.

Namun pada tahun yang sama, akhir tahun 2014, kerajaan memutuskan untuk sewa-beli selama 15 tahun, pesawat yang disewa pada sebelum ini bagi mengantikan BBJ yang aku tak sure samada dijual semula atau dijual komponen-komponennya.

Sekarang yang menjadi isunya ialah bukan pembelian pesawat. Aku melihat penyokong-penyokong BN cuba mengalih tumpuan umum dengan membayangkan bahawa rakyat Malaysia ini bodoh dan langsung tiada otak untuk berfikir baik buruk satu-satu tindakan kerajaan.

Mereka juga cuba bayangkan BN itu tuhan. Dia buat apa mesti betul. Takan pernah tak betul atau tersilap dan langsung tak layak menerima kritikan.

Biar aku nyatakan apa sebenarnya point rakyat Malaysia apabila mengkritik pembelian pesawat tersebut bagi mengantikan BBJ yang kononnya sudah tidak mampu lagi beroperasi sepertimana yang diperanankan ke atasnya.

1. Tahun 2012, 2013, dan 2014 ialah tahun kerajaan sentiasa lagukan zikir jimat cermat.

2. Subsidi untuk rakyat membazir. No no no. Rakyat, kerja, cari duit sendiri, tangung hidup kamu sendiri, beli minyak atau apa jangan subsidi lagi. Didikan perlu supaya kamu jimat cermat. Kerajaan tanggung berbillion-billion ringgit setahun dalam pemberian subsidi untuk petrol sahaja dan kos ini semakin lama semakin meningkat dan membebankan apatah lagi jumlah penggunaan kenderaan semakin meninggi dari tahun ke tahun.

3. Kempen-kempen begitu membayangkan yang kerajaan sudah tidak punya wang lagi.

4. Apatah lagi kerajaan menjanjikan bulan dan bintang. Takde subsidi tetapi kita akan tingkatkan prasarana dan kemudahan awam seperti pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan yang lebih baik dan dipertingkatkan demi keselesaan rakyat.

5. Susulan dari langkah penjimatan itu kita menyaksikan subsidi untuk petrol dihapuskan secara berperingkat sehinggala ianya terhapus terus pada akhir tahun 2014.

6. Subsidi untuk gula juga dilupuskan. Juga pada tahun yang sama. 2014.

7. Kerajaan tidak lagi mensubsidikan beberapa perkara yang biasa disubsidikan untuk rakyat.

8. Selain dari penghapusan subsidi secara berperingkat, kerajaan juga bertindak meluluskan usul dan menaikkan beberapa perkara seperti tarif elektrik. Gas memasak. Kadar baru pengangkutan awam dan bas sekolah. Perkhidmatan seperti Pos Laju, Astro. Harga siling tepung. Ini semua dilakukan secara berperingkat sehingga la sekarang ianya masih lagi berterusan.

9. Perkara-perkara di atas juga secara langsung mempengaruhi rakyat untuk terjebak ke satu situasi 'peningkatan kos sara hidup secara mendadak sejak tahun-tahun kebelakangan ini' susulan dari tindakan kerajaan yang berperanan merasionalisasikan subsidi ke atas beberapa bahan asas yang menjadi penggunaan rakyat sehari-hari.

10. Apabila ini berlaku, maka sebahagian rakyat didapati tidak mampu menyerap kenaikan tersebut.

11. Bila tidak mampu maka mereka mempersoalkan.

12. Ketika dipersoalkan inila kerajaan akan memberikan jawapan bahawa kerajaan perlu restructure perbelanjaan mereka bagi memastikan wang negara dibelanjakan secara effisen dan mencapai maksud. 

13. Kerajaan tidak lagi boleh sewenang-wenangnya beri subsidi sana beri subsidi sini apatah lagi subsidi digunakan secara salah dan tidak sampai kepada pihak yang disasarkan. Pengurangan subsidi juga berupaya membanteras isu penyeludupan minyak. Golongan miskin pula akan dibantu menggunakan BRIM dan sewaktu dengannya. Penjimatan yang dapat dilakukan dengan penghapusan subsidi itu pula akan dibelanjakan secara cekap bagi tujuan kebaikan semua pihak seperti meningkatkan sistem jaringan pengangkutan awam dan meningkatkan mutu pendidikan negara.

14. Dan rakyat Malaysia, sebahagian dari mereka tunggu dan duduk bertenang. Apakah akan berlaku sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan ke atas mereka.

15. Kita tunggu. Tunggu dan tunggu. Kita perhati. Perhati dan perhati. Hari berlalu. Bulan berlalu. Tahun berganti.

16. Apa yang berlaku ialah pembangunan dan kemajuan terpilih. Sistem pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih lagi teruk dan mengampangkan seperti tahun-tahun sebelum subsidi dihapuskan.

17. Lebih banyak kes sekolah buruk dan kekurangan fasilitis dibongkarkan dari semasa ke semasa dan selepas pembongkaran baru la terhegeh-hegeh umum peruntukan juta-juta untuk tunjuk bagus depan media.

18. Semakin banyak penyelewengan demi penyelewengan, rasuah demi rasuah, pembaziran demi pembaziran, projek gajah mampos demi gajah mampos didedahkan kepada pengetahuan umum yang memberikan kita satu petunjuk bahawa kerajaan pada hari ini bukan sahaja tidak amanah, tidak cekap bahkan gagal menguruskan wang negara dengan sepatutnya.

19. Nila ringgit kita kian jatuh. Inflasi meningkat. Hutang isi rumah meningkat. Ini memberikan kita satu petunjuk yang rakyat kita bergantungan mereka kepada pinjaman dan hutang bagi mendapatkan satu-satu perkara sangat tinggi.

20. Nak belajar, hutang. Beli kenderaan, hutang, nak beli rumah apatah lagi.

21. Itu kalau ada kemampuan nak beli rumah, kalau tak mampu hah tengok je la rumah harga mampos.

22. Kenapa ini berlaku? Kos sara hidup semakin naik. Peningkatan kadar gaji tidak seiringan dengan apa yang perlu dibelanjakan rakyat bagi mendapatkan sesuatu yang berbaloi dengan harganya. Dalam waktu yang sama, masa bekerja semakin panjang. Dengan kadar upah yang rendah dan mendiskriminasi rakyat berdasarkan kelas.

23. Yang kerjanya lebih banyak merasmikan itu ini atau tunjuk muka kat majlis-majlis rasmi kerajaan boleh dapat ratusan ribu ringgit setahun seperti Agong, sultan, PM dan sebagainya.

24. Mereka dibekalkan dengan istana yang mewah dan siap boleh guna jet rasmi negara dengan semua kos yang ditanggung pembayar cukai. Pembayar cukai ini ada ramai dan berbeza kelas. Ada yang kerja siang malam demi mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada keluarga yang dikasihi. Ada yang kerjanya menyebarkan fitnah seperti bloggers UMNO. Ada macam-macam jenis pekerjaan yang mana hasil pendapatan mereka itu kemudiannya secara langsung atau tidak langsung akan membayar sejumlah cukai tertentu kepada kerajaan menerusi pelbagai jenis saluran.

25. Setelah rakyat-rakyat ini, yang bekerja siang malam pagi petang, untuk membiayai kehidupan sendiri dan terkesan dengan peningkatan kos sara hidup berdasarkan kepada polisi-polisi yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan, apakah pembelian pesawat baru negara itu satu tindakan yang wajar?

26. Yang wajar ialah kita betulkan dulu ketirisan dalam agensi kerajaan.

27. Yang mana sesetengah kakitangan awam ini tidak berfungsi sepertimana yang diperanankan ke atas mereka.

28. Ada yang kerja bermalas-malasan. Orang suruh jaga keselamatan dia siasat sambil lewa. Rakyat kena tipu di internet dia taknak berapi-api siasat tapi yang update kritik pemimpin negara laju-laju pula p tangkap.

29. Ada yang tak turun padang agih zakat dengan telus dan amanah. Duduk office orang minta bantuan kena marah dia kata tak cukup dokumen karenah biokrasi dipentingkan atas alasan pembuktian tetapi pernah atau tidak mereka mengkaji bahawa sesetengah karenah biokrasi sebenarnya sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi wajar dilaksanakan?

30. Ada yang berperanan mencari dan membantu orang susah tetapi tidak amanah hanya beri bantuan kepada orang-orang UMNO setiap kali peruntukan tiba yang miskin terus miskin dan terpinggir atas alasan sentimen kepartisan dan politik sedangkan kerajaan kita ketika kutip cukai dan zakat tidak pernah membeza-bezakan idelogi politik. Semua membayar, tetapi kenapa bukan semua yang menerima?

31. Berapa banyak penjimatan yang kerajaan mampu laksanakan jika urus-tadbir dilakukan dengan amanah dari atas sampai bawah, dari bawah sampai atas yang mana kesannya nanti akan memberikan impak positif kepada rakyat dan negara?

32. Bila rakyat senang ahti dan merasa selesa di bawah pentadbiran BN, apakah mereka akan komplen jika kerajaan mahu membeli pesawat baru atas tujuan kerja?

33. Rakyat tak merasa seronok untuk membelanjakan apa-apa ke atas pemimpin kerana hasil kerja pemimpin kita tidak mencerminkan mereka sebenarnya sedang memandu negara ke arah yang betul.

34. Apabila wang dibelanjakan ke atas rakyat, mereka banyak bunyi dan banyak alasan. Pendidikan tak boleh murah sangat, subsidi tak boleh diberi sangat, nanti rakyat jadi malas dan meminta-minta.

35. Dalam waktu yang sama pemimpin negara sibuk luluskan cadangan yang menguntungkan mereka seperti pembelian pesawat baru, buat istana mahal-mahal, ganti kereta rasmi, naikkan kadar gaji ahli parlimen dan sebagainya.

36. Pemimpin nak macam-macam kemudahan tapi apakah hasilnya kepada rakyat?

37. Penyelewengan dan pembaziran yang tinggi dan berulang dari tahun ke tahun. Tak masuk lagi pelbagai rantaian masalah yang berpunca dari ketirisan dan kegagalan agensi kerajaan dalam memainkan peranan mereka sebaiknya.

Cuba cakap, atas alasan apa Agong dan semua pimpinan negara berhak menggunakan pesawat baru menggunakan wang pembayar cukai, dalam waktu yang sama mereka tidak mentadbir negara dengan cekap dan amanah?

Apa kebaikan mereka kepada rakyat untuk rakyat halalkan tindakan pembelian pesawat tersebut?

Apa hak kerajaan meminta rakyat berjimat cermat dan memotong beberapa peruntukan demi peruntukan atas alasan penyusunan semula bajet dan hutang negara tetapi dalam dalam waktu yang sama meluluskan pembelian pesawat baru?

Apakah priority kerajaan sebenarnya?

Memastikan rakyat sentiasa berkerja bagai nak mati demi memastikan kelangsungan hidup bermewahan-mewahan menteri dan pimpinan supaya mereka boleh terus boros dan boros lagi, buat projek-projek baru demi kayakan diri ataupun mentadbir dengan telus dan jujur untuk manfaat semua pihak tanpa diskriminasi dan polisi yang menindas orang awam?

Aku mahu jadi jujur dengan agama aku dan tuhan aku.

Aku harap penyokong-penyokong UMNO juga boleh jadi jujur dengan agama dan tuhan kita.

Kita tengok agama dan kita tengok sikap pimpinan negara. Perbandingan yang betul perlu dibuat bagi membetulkan perkara yang salah. Jangan jadi banding pembangkang sebab pembangkang bukan penanda aras yang betul. Penanda aras yang betul ialah Islam. Adakah ini Islam namanya kerajaan kita jika mereka berterusan menindas rakyat jelata? 

Ini kronologi kepada penentangan. Kenapa rakyat mengkritik dan mempersoalkan. Fahami jalan cerita sebelum melakukan tuduhan.

Dalam pada itu, aku mahu mempersoalkan pembelian pesawat itu dalam urusan teknikal.

Pertama. Perlu kerajaan dedahkan dan buktikan, macam mana penggunaan BBJ lebih membazir berbanding membeli pesawat baru.

Hanya kerana kerajaan kata kos penyelenggara semakin meningkat tidak bermaksud ia benar-benar meningkat. At least buktikan melalui dokumentasi.

Kedua. Perlu kerajaan dedahkan bagaimana urusan jual beli pesawat ACJ A320. Kita mahu tahu spesifikasi dan harga bagi membandingkan pesawat yang sama dengan kemudahan yang sama apakah harga yang ditawarkan benar-benar berbaloi.

Ketiga. Perlu kerajaan dedahkan siapakah yang layak menggunakan pesawat tersebut? Apakah Rosmah Mansur turut mendapat keistimewaan yang sama? Jika ya, apakah rakyat perlu menanggung urusan penggunaan tersebut?

Keempat. Perlu kerajaan dedahkan urusan penggunaan pesawat tersebut pada masa mendatang. Apakah ianya benar-benar digunakan untuk urusan rasmi atau peribadi. Jika peribadi siapakah yang perlu menanggung kos penerbangan? Rakyat perlu diberitahu setiap aspek penggunaan kerana ini melibatkan pembayar cukai. Takan la pergi bercuti rakyat nak tanggung?

Kelima. Jika kerajaan participate untuk urusan rasmi sekalipun, perlu kita perhalusi samada jika urusan rasmi itu benar-benar mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat jika pemimpin negara dilibatkan atau saja pergi seronok-seronok untuk rasmi itu ini tapi takde satu pun hasil kepada rakyat.

Ini semua soal-soal teknikal yang kerajaan perlu dedahkan kepada rakyat.

Yang sebenarnya. Guna pesawat komersil biasa pun boleh. Antara nak dengan taknak aje.

Tue je la.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...