Jumaat, 20 Mac 2015

Kerana Hudud - PAS Dihalau DAP - Apa Lagi YG Tinggal Dalam Pakatan Rakyat?

Semalam dan hari ini isu mengenai usul hudud yang dibentangkan di Kelantan menjadi kritikan dan kecaman beberapa pihak sekutu dan lawan politik kepada PAS.

Kita akan pecahkan kritikan itu kepada dua kumpulan.

Kumpulan anti hudud.

- Kumpulan ini anti hudud kerana hudud itu sendiri.

- Kumpulan ini merasakan pelaksanaan hudud itu nanti akan transform Malaysia ke arah islamik sedikit demi sedikit.

- Kumpulan ini juga bimbang pelaksanaan hudud akan mendorong ke arah ektremisma agama.

- Kumpulan ini juga beranggapan hudud akan beransur-beransur dikenakan terhadap non muslim.

- Kumpulan ini juga berpendapat hudud nanti akan diperluaskan ke seluruh Malaysia selain dari Kelantan jika tidak disekat dan dibendung dari awal.

Kumpulan yang tidak anti hudud tetapi tidak berkeyakinan kepada prestasi dan tahap keadilan PAS.

- Kumpulan ini hanya mengkritik proses PAS dalam melaksanakan hudud.

- Kumpulan ini mahu PAS meluruskan dan membetulkan perjalanan parti dan pendirian serta memperkemaskan idelogisma mereka agar selari dengan kehendak Islam dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

- Kumpulan ini mahu PAS focus kepada isu-isu yang menjadi masalah utama rakyat seperti membasmi kemiskinan, kebersihan, mewujudkan peluang pekerjaan, pembalakan, tuntutan royalti, air dan sebagainya di Kelantan.

- Kumpulan ini berpendapat PAS boleh seiringkan perjuangan ke arah pelaksanaan hudud tetapi focus utama mestilah menyelesaikan masalah rakyat secara berperingkat.

- Kumpulan ini mahu PAS membuktikan keupayaan dan keadilan mereka dalam bentuk tindakan dengan membersihkan parti dan pimpinan sendiri dari sebarang skandal, tohmahan dan kontroversi yang melanda.

- Kumpulan ini juga mahu PAS bersikap terbuka dan mengkaji undang2 Islam sebetul-betulnya sehingga mencapai apa yang Islam kehendaki. Raikan kepelbagaian pendapat dan perbincangan supaya undang2 baru yang dirangka itu benar-benar menepati piawaian Islam.

- Keadilan yang ditekankan ke atas PAS ini penting supaya nanti undang2 Islam akan disokong dan dilaksanakan oleh hakim-hakim, penguatkuasa-penguatkuasa undang2 yang adil, bersih, bebas rasuah dan amanah.

DAP. MCA. GERAKAN. Berada di kumpulan pertama.

PKR. Aku percaya berpecah dan berbolak balik. Sebahagian dari mereka berada di kumpulan pertama, sebahagian yang lain pula berada di kumpulan kedua. 

Bagaimana pula dengan penerimaan pimpinan PAS sendiri ke atas dasar hudud? Penerimaan pimpinan PAS juga sebenarnya tidak seiringan antara satu sama lain. Pecahan ini wujud kerana ;

Kumpulan pertama yang pro kepada hudud.

Kumpulan kedua yang pro kepada permuafakatan Pakatan Rakyat.

Kumpulan pertama yang pro kepada hudud merasakan idelogisma mereka dicompromise. Mereka rasa tercabar apatah lagi bila parti BN menggunakan sentimen tersebut untuk mencabar-cabar ego pimpinan PAS yang pada mereka, mereka anggap PAS kena pijak dan dibuli DAP. Jadi atas rasa tercabar, mereka fikir mereka perlu buktikan kepada ahli, penyokong, partisan, rakyat, DAP, PR, BN dan semua bahawa PAS tidak boleh diperkotak-katik dan mereka akan berkeras mempertahankan idelogisma mereka by hook dan by crook. 

Sesetengahnya pula juga mengambil kesempatan. Duduk dalam kumpulan ini. Bersatu memperlihatkan pro kepada hudud. Sebaliknya menanamkan satu pergerakan. Iaitu mengapi-apikan sentimen agar PAS berpecah dan dikeluarkan dari PR. Dalam waktu yang sama. Menyuntik jarum perpaduan dengan BN.

Kumpulan kedua pula ialah kumpulan yang sebenarnya tidak la melawan atau menentang kepada hudud. Cuma bagi mereka apa yang penting ialah perpaduan dalam PR. Kerana perpaduan ini adalah tangga utama untuk mencapai kuasa politik. Jika PR tak bersatu, berpecah belah, retak dan hancur, maka BN akan terus berkuasa dan menafikan hak pembangkang untuk tadbir negara.

Bagi kumpulan kedua, mengapai kuasa itu lebih afdal kerana dengan kuasa beberapa perkara dapat dipinda. Ada yang benar-benar mahukan kuasa untuk membantu rakyat. Namun ada juga yang berperanan sekadar mengambil kesempatan. 

Semalam. Selepas PAS membentang RUU Hudud buat kali kedua. DAP Sabah berkata Kelantan patut keluar Malaysia. 

DAP pusat pula berkata akan mempertimbangkan kedudukan parti itu dalam PR.

Rafizi pula berkata telah melarang adun tunggal PKR menyokong usul RUU hudud (hari ini) kerana ianya akan melanggar permuafakatan dalam PR.

Ambiga pula berkata PAS telah melanggar perjanjian dan mustahil untuk mempercayai PAS lagi.

Azmin berkata PKR menghormati pendirian PAS dalam hudud namun persepakatan dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa hudud tidak menjadi sebahagian dari kerjasama mereka.

Untuk rekod, usul hudud yang dibentangkan pada semalam telah mendapat sokongan penuh dari kesemua adun BN dan PR yang hadir di DUN Kelantan (hari ini) termasuklah adun tunggal PKR meskipun dilarang oleh PKR untuk menyokong usul berkenaan.

Imbas kembali. Sewaktu PR bersatu teguh.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
 
Perbezaan antara PAS dan DAP hanyalah 5% sahaja. Sedangkan baki 95% yang lain pula, DAP dan PAS mendapati mereka saling sepakat bersepakati.

Ini diedarkan sebelum hari pengundian pilihanraya umum tiba. Tahun 2013. Namun selepas hampir 2 tahun, bahkan selepas PRU berlalu beberapa bulan ataupun lebih tepat selepas LANGKAH KAJANG, perbezaan yang 5% itulah yang menjadi punca kepada perbalahan dan pertengkaran dalaman antara PAS, PKR dan DAP ketika ini.

Mana pergi 95% dasar-dasar yang dipersetujui bersama tue?

Dah hilang ke macam mana?

Apa pun itu tak penting pada aku dah. Yang penting sekarang PAS, PKR dan DAP perlu berhenti bergaduh pasal hudud. 

Kalau korang perhatikan. Sesetengah dari PKR dan DAP mengkritik PAS agar focus membicarakan masalah rakyat miskin dan tertindas daripada membawa isu hudud.

Tapi dalam waktu yang sama dia sendiri mengkritik PAS isu hudud. Cuba kalau dia dok diam-diam tak sembang hangat depan media, media tak lapor, boleh kah pimpinan PAS, PKR dan DAP bertelagah online tentang hudud?

Kalau media tanya jawab no comment sudah la.

Lepas tue laju2 bawa masalah rakyat.

Kau larang PAS sembang bab hudud tapi kau sendiri sembang bab hudud depan wartawan. Kau sendiri tak focus pada masalah rakyat tapi sibuk arah orang focus. Apahal pula macam tue?

Dalam PKR dan DAP ada juga yang bengong. Tumpuan terhadap isu liwat mengatasi isu rakyat. At least hudud mendekati kepada masalah rakyat. Tapi liwat ialah isu peribadi. Selalu sangat rakyat Malaysia terpenjara, tertindas dek sistem kehakiman kita tetapi PKR dan DAP tidak berdedikasi membahaskan masalah rakyat yang tertindas itu kerana rakyat yang tertindas itu hanyalah orang biasa. Cuba kalau yang kena tindas itu pimpinan atau anak pimpinan atau geng2 pimpinan baru la depa laju2 sembang huha huha. Bab hak banduan tue, kita dah sembang sampai hak mengundi, mengubah dasar penjara negara, bagaimana reformasikan sistem penjara bagi mentarbiah, mendidik dan mengubah banduan agar mereka boleh menjadi individu berguna selepas bebas, PKR dan DAP baru sembang bab makanan dan nyamuk. Punyalah slow nak mampos.

DAP dan PKR pun banyak silap juga.

Dorang tak tengok pada patern dan kronologi.

Di Kelantan, memang PAS sendiri dah melagukan hukum hudud kepada rakyat. PAS menang dan menang dan menang lagi dalam setiap PRU. Jika rakyat tolak hudud, PAS dah lama kalah. Ini bermaksud rakyat Kelantan sendiri memang in favor kepada dasar hudud.

So, hormati saja la apa yang rakyat Kelantan pilih. Lagipun, RUU Hudud bukan macam GST.

Nak laksana hudud kena ada polis khas, hakim khas, mahkamah khas, dan semuanya khas-khas belaka siap dengan proses pembelajaran yang mungkin makan masa bertahun-tahun lamanya. Yang mana kesemua perkara-perkara ini diluar dari kemampuan Kelantan untuk sediakan.

Kelantan akhirnya tetap pula perlu bergantung kepada sokongan BN selaku kerajaan pusat. Dan kau rasa BN akan setuju ke?

BN tidak akan setuju. Apa yang akan merealisasikan hudud di Kelantan ialah jika PR mentadbir negara. Jika PAS majoriti. Selagi mana PAS tidak majoriti dan tidak memegang tampuk pemerintahan negara selagi itulah hudud tidak akan tertegak atau hampir sukar dilaksanakan di Kelantan.

Sebab tue la PKR dan DAP tak perlu mengelabah sangat dari awal. Buat relax dan buat cool saja la. PAS tidak akan mampu ke mana-mana dengan hudud yang dirangka pada masakini. Perjalanan masih jauh.

Bukan aku memperkecilkan usaha dan peranan PAS. Jangan salah faham. Cuma aku nak nyatakan bahawa pembentangan itu sekadar pembentangan dan untuk melaksanakan hudud, ia memerlukan satu proses dan kaedah tertentu sebelum boleh direalitikan. Inila hakikatnya.

Pada aku. Aku takde masalah dengan hudud. Aku cuma ada masalah dengan PAS. Pendirian aku senang aje. PAS perlu berubah menjadi parti adil yang membentuk pimpinan ke arah keadilan. Bukan adil acah-acah macam parti keadilan PKR tue. Ini betul-betul adil punya. Ini je yang aku matlamatkan setiap kali aku kritik PAS. Aku mahu PAS membawa acuan Islam. Islam sebut apa tentang kepimpinan dan itulah yang PAS patut buat. Selagi mana PAS tidak mendekati apa yang Islam gariskan, aku lawan. Aku takde masalah jika PAS memilih cara sekular seperti PKR dan DAP. Tetapi selagi mana label 'ISLAM' melekat dengan PAS selagi itulah aku mahu PAS berperanan sepertimana yang mereka matlamatkan. Jika taknak berperanan seperti itu, tukar sahaja nama parti kepada parti politik seMalaysia bukan parti Islam seMalaysia. Senang pada dia, senang pada aku. Takde la susah-susah nak kritik sesetengah pimpinan PAS yang suka jual agama.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...