Khamis, 19 Mac 2015

Ini Bukti Kerajaan Paksa Peniaga Sokong GST.


Perhatikan kenyataan media di atas. Kenyataan media diatas dikeluarkan oleh kementerian kewangan Malaysia. Dalam pernyataan di atas, kau semua boleh baca yang kerajaan bagi hujah ;

- Kerajaan tidak bercadang untuk tangguhkan GST kerana sebanyak 300k syarikat dan lebih telah berdaftar di bawah GST.

- Pendaftaran itu membuktikan yang perniagaan (para peniaga) secara dasarnya menyokong dan bersedia ke arah pelaksanaan GST.

Point kerajaan mudah.

Ramai peniaga berdaftar dengan GST.
Maka peniaga bersetuju dengan GST.

Tapi, betul ke macam tue ceritanya?

Betul ke peniaga secara dasarnya bersetuju dengan GST kerana GST atau kerana ada elemen lain?

Cuba baca perkara di bawah neh sat ;


Rujukan : sini.

Disebabkan pelaksanaan GST, kerajaan juga telah merangka satu dasar. Yang mana dasar itu akan membolehkan peniaga dihukum jika gagal atau engkar berdaftar dengan GST.

Hukuman yang dikenakan terhadap peniaga ialah denda 20,000.

20,000 ialah satu jumlah yang agak tinggi juga sebenarnya.

Tak mustahil peniaga akan rasa terbeban dan laju-laju berdaftar dengan GST untuk elakkan risiko didenda.

Apatah lagi peniaga-peniaga besar dah tentu pro kepada kerajaan. Manakala yang separa besar atau tak berapa besar neh nak lawan-lawan pun buat serabut dan pening kepala. So daftar je la untuk elak masalah.

Jadi, tang mana pula kerajaan boleh kata peniaga daftar GST sebab bersetuju? Boleh jadi mereka daftar sebab tunduk atas tekanan dan desakan kerajaan kerana andai mereka engkar mereka akan dihukum pula. 

Mungkin ada yang bersetuju. Tapi belum tentu semua yang berdaftar itu bersetuju. Dan kerajaan tak boleh la jadikan point pendaftaran tue sebagai tanda mereka bersetuju selepas kerajaan sendiri memaksa peniaga berdaftar menggunakan jalan undang2.

Benda macam neh terang2 keluar berita apa semua. Untuk takut-takutkan peniaga. Dan slumber gile juga selepas beberapa bulan, kerajaan kau menipu dengan jadikan peniaga2 yang berdaftar tue sebagai bukti mereka bersetuju. Apa kau ingat orang Malaysia neh jenis tak ingat berita-berita lepas ke macam mana? Tak habis-habis kantoi.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...