Isnin, 16 Mac 2015

Akhirnya Ada Juga Ahli Parlimen BN YG Waras Berbahas Isu Perumahan Di Parlimen. (Video Inside).


Tunggu punya tunggu. Tunggu dan tunggu.

5 atau 6 orang dari wakil rakyat pembangkang memainkan isu-isu penting. Isu berkenaan 1MDB dan hutang. Tapi kapasiti wakil-wakil rakyat tersebut terhad. Takan beratus-ratus masalah rakyat kau nak harapkan Rafizi jek bongkar? 

Johari buat apa? Sign usul bahas liwat?
Lim Guan Eng dan Gobind buat apa? Gaduh pasal hudud?
Hadi pula bagaimana? Masih berterusan ponteng?

Terdapat wakil-wakil rakyat pembangkang yang memang jenis berdedikasi buat kerja. Masalah rakyat terlalu banyak. Maka, 6 atau 7 yang rajin dan berwibawa dalam pembangkang pun kadang-kala akan terlepas pandang disebabkan bebanan tugas tersebut.

Tapi adakah yang lain-lain akan memahami dengan turut sama membantu dan membahaskan masalah rakyat? Nampaknya mereka lagi suka syok sendiri meroyan isu yang takde faedah. Macam isu liwat contohnya.

Tatau untuk apa mereka masuk di parlimen kalau tak reti nak UP masalah rakyat. Betul-betul buat orang serabut.

Di parlimen baru-baru neh, parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani ada memainkan isu berkaitan perumahan dan memberikan cadangan kepada kerajaan dan DBKL.

Antara yang dibahaskan oleh Johari ialah ;

- Jangan serahkan tapak perumahan awam kepada pihak swasta.

- Jika tapak perumahan awam mahu dimajukan, maka tetap la bina perumahan awam sebagai gantinya.

- Keluasan dan module perumahan awam perlulah dipertingkatkan.

- Tanah-tanah di sekitar MRT perlulah dibangunkan perumahan awam jangan diberikan kepada pihak swasta yang dah tentu akan jual rumah mahal-mahal.

- Senarai menunggu rumah DBKL hampir mencecah 69k.

- Ini membuktikan bahawa rakyat tak mampu beli rumah mahal-mahal yang dijual pada masa kini. Samada oleh pemaju swasta ataupun PRIMA.

- DBKL juga perlu berhenti menjalin usaha-sama dengan private sector dalam membina rumah kerana private sector hanya menyasarkan keuntungan semata-mata. Hanya sedikit dari tanah tersebut mereka sanggup bina perumahan kos rendah sebahagian besar lot tanah yang lain pula akan digunakan untuk bina rumah dan projek komersil bagi mencari keuntungan.

Lihat hujah MP BN ini. Aku harap MP-MP dari PR boleh sahut cadangan ini dan beramai-ramai tekan sikit kerajaan tentang isu perumahan. Isu perumahan, pendidikan, GST, kesihatan, jaringan sistem pengangkutan awam, keselamatan, dan masalah sosial ialah masalah-masalah terpenting dan perlu dibahaskan secara konsisten, kerap dan sistematik agar kerajaan tunduk pada tekanan dan kritikan. Jangan pernah tinggal sekalipun dari memainkan dan menyebarkan isu-isu seperti itu.

Klik sini jika video gagal load.

Lihat video ;



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...