Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Mac 2015

Johor Anjur Konsert, Jemput Artis Luar Negara - Banyaknya Duit Untuk Pembaziran..


Tahniah.

Konon-konon Johor menuju ke arah islamik. 
Konon-konon sultan berjiwa rakyat.
Konon-konon sultan sentiasa turun faham bagi memahami isi ahti rakyat jelatanya.
Konon-konon semua orang miskin di Johor sudah pupus.

Oleh kerana terlalu kaya,
Terlalu tatau nak buat apa dengan duit banyak yang melimpah-limpah,
Maka kita hadirkan satu konsert percuma,
Untuk hiburan rakyat jelata,
Yang miskin yang kaya semua orang turut serta,
Dengan konsert semua masalah diselesaikan dengan jayanya,

Tahniah. Tahniah dan tahniah.

Penganjuran konsert percuma yang tak percuma.
Percuma hanya ada pada nama.
Yang menanggungnya tetapla rakyat jelata.
Apa guna cukai di sini sana.
Kalau tak digunakan untuk menjadikan artis luar negara kaya raya?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Last but no least.
Sejak bila. Kenapa. Dan macam mana satu-satu istiadat kemahkotaan Sultan (mana-mana) boleh pula diraikan dengan cara penganjuran konsert?

Jika kita ini berjiwa rakyat, duit konsert tue baik bina rumah kos mampu milik, bagi aje percuma kepada yang memerlukan. Kalau taknak bagi percuma, jual la dengan harga yang mampu rakyat miliki.

Setakat buat konsert, artis kaya, lepas tue rakyat dapat apa?
Nafsu menjerit?
Nafsu memekik?
Nafsu berjoget?
Nafsu menyanyi?
Selesai masalah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Baca ;

Kumpulan hip hop terkenal Amerika, Black Eyed Peas, dan artis pop wanita Korea, T-Ara, akan mengadakan persembahan pada festival muzik percuma di Danga Bay di sini bersempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Acara itu itu juga akan menampilkan beberapa artis terkenal lain seperti Rossa dari Indonesia, Sistar (Korea), "Fuying & Sam" (Taiwan) dan penghibur tempatan yang diminati ramai seperti Sheila Majid, Jacklyn Victor, Penny Tai, Shila Amzah dan Nicole juga akan menghiburkan penonton pada konsert percuma itu yang bermula 26 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataan di sini berkata festival muzik selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Pelancongan Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.
Ini adalah julung kalinya Black Eyed Peas, antara kumpulan hip hop paling laris di dunia, dengan 76 juta albumnya terjual setakat ini, mengadakan persembahan di Johor.

Acara lain yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan upacara bersejarah itu ialah Perlumbaan Bot Laju F3000, acara berbasikal Cycleton Around Johor, sukan pantai, Perarakan Perahu Berhias dan pertunjukan bunga api.

Perlumbaan Bot Laju F3000 akan disertai tujuh negara termasuk Brazil, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand and Singapura.

Acara Cycleton Around Johor, yang juga pertama kali diadakan, akan disertai 20 pasukan.

Satu lagi acara menarik ialah pameran dan perarakan perahu berhias di sekitar Teluk Danga, melibatkan 23 perahu, termasuk sebuah dari setiap daerah di negeri ini serta daripada perbadanan awam dan swasta. Festival ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijadual berkenan menyampaikan Piala Kemahkotaan kepada pemenang semua acara pada 29 Mac. - Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...