Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mac 2015

13 Pejuang Rakyat Dipenjarakan - Ini Adalah Kesalahan Pakatan Rakyat.

Kasihan sahabat-sahabat seperjuangan kita.

Bermula daripada blogger. Kemudian mengheret kepada aktivis. Satu persatu sahabat kita dipenjarakan disebabkan pencaturan politik yang salah oleh Pakatan Rakyat. Strategi mereka sebenarnya tidak strategik langsung bahkan mendorong ke arah penganiayaan pula terhadap rakan-rakan kita yang ikhlas berjuang dan sedia berkorban apa sahaja dalam memastikan Barisan Nasional jatuh di negara ini.

Pagi tadi membaca di wall Zulhazmi. 


Then aku laju-laju buka wall Abah Anas.

Aku nampak update demi update dari keluarga Abah Anas. Memang aku tahu maklumat dari Zulhazmi tue tepat tapi tetap sengaja nak buka wall Abah Anas untuk memastikan keadaan.

Maka ianya memang terbukti.

Bukan hanya Abah Anas bahkan 12 yang lain juga dikenakan denda 5,000 dan dipenjara 10 bulan.

Yang terpenjara angkara kezaliman BN dan kesalahan PR dalam merancang strategi ialah ;

Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49.

Paling muda 27 tahun. Ketika didakwa hanya berusia 23 tahun. Kini rekod menyatakan kesemua individu ini pernah dipenjarakan. Atas kesalahan apa?

Membunuh?
Merompak?
Merogol?
Menyamun?
Makan harta anak yatim?
Bakar rumah orang?
Rasuah?
Curi duit rakyat?
Buat projek kroni?
Terlibat dalam skandal penyelewengan?

Nope.

Dipenjarakan kerana menyatakan protes terbuka kepada rampasan kuasa yang berlaku di Perak pada tahun 2009.

Protes itu tidak akan berlaku jika Pakatan Rakyat menerima secara terbuka kekurangan diri mereka.

Protes itu juga tidak akan berlaku jika Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi menjadi jujur dalam perjuangan mereka. Pimpinan PR jujur. Parti jujur. Perjuangan kita jujur. Penyokong jujur. Rakyat jujur. Kita semua jujur. Maka ini semua tidak akan berlaku.

Penipuan pimpinan PR bermula apabila isu skandal 'rasuah seks' yang membabitkan 2 adun mereka dipertahankan bermati-matian.

Apa salahnya jika mereka menyiasat skandal tersebut bagi mengesan sebarang keraguan dan tuduhan.

Bukan sahaja mereka gagal, bahkan susulan dari pendedahan tersebut satu persatu adun PR Perak lompat parti sehingga menyaksikan PR hilang majoriti di Perak yang menyebabkan kepimpinan kerajaan negeri beralih arah.

Jangan samakan situasi rakyat dengan situasi pimpinan. Ia adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan undian kita terpelihara. Kita mengundi PR di Perak maka ia adalah menjadi hak kita untuk mempertahankan PR di Perak kerana itulah kerajaan yang kita mahu mentadbir negeri.

Yang kita mahu tahu kenapa dia lompat parti selepas kita mengundi dia kerana dia mewakili PR.

Kita bukan manusia penghukum tentang masalah peribadi. Yang kita mahu tahu jika kesemua adun-adun yang lompat itu diugut dan disimpan rahsia peribadi masing-masing kenapa sahaja tidak menjadi jujur dan berterus terang bahawa rahsia peribadi mereka dalam gengaman BN sehingga memaksa mereka beralih arah.

Situasi akan menjadi berbeza jika kita menjadi jujur. Jujur bermaksud amanah dan berterus terang. Walau kita buat salah dan menyebabkan orang terluka tetapi jujur lebih mudah kerana ia selangkah mendekati kepada penyelesaian masalah.

Soalnya, adakah Pakatan Rakyat jujur? Jawapan adalah TIDAK.

Kerana ketidakjujuran pimpinan Pakatan Rakyat la akhirnya menjerumuskan 13 pejuang rakyat ke penjara selama 10 bulan. Kesemua mereka, dan aku dan pejuang-pejuang rakyat pada ketika itu telah diperangkap, dimanipulasi, diperdayakan dengan strategi salah bawaan Pakatan Rakyat.

Sepatutnya, sebelum melancarkan apa-apa protes, gerakan ataupun bantahan, pimpinan PR khususnya di Perak perlu duduk dan berbincang bagi merangka strategi terbaik apabila hilang majoriti di DUN. Strategi yang perlu dirangka ialah strategi yang paling minimum 'mencederakan rakyat dari segi emosi dan fizikal' selepas kehilangan kerusi DUN adalah disebabkan oleh kesalahan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Yang pilih calon ialah kamu.
Yang suruh undi calon itu pun kamu.
Yang suruh pertahankan calon itu juga kamu.
Dan bila mereka lompat, kamu pula yang marah dan mahu rakyat terus menyokong kamu.
Dan bila rakyat terus mara ke hadapan, sokong dan lawan, di manakah kamu (pimpinan Pakatan Rakyat?) selepas kamu sendiri melancarkan strategi yang salah dan penuh dengan propaganda?

Rakyat di Perak sebenarnya 'CULTURE SHOCK'. Pada awalnya kita berapi mahu tukar BN kepada PR. Yang kemudiannya harapan itu berjaya direalisasikan. Dan kemudian selepas beberapa tempoh kita melihat PR bertukar kepada BN. Ini menyebabkan kita terkesan dari segi emosi.

Kita marah. Kami marah. Kemarahan kita itu pula dimanipulasikan oleh pimpinan PR dengan hasutan yang membabi buta. Berbanding menyatakan secara terbuka ini adalah kesalahan mereka dan kita akan post-mortem setiap tindak tanduk kita yang salah di kemudian hari sebagai pengajaran, mereka mendorong rakyat secara salah untuk rasa terhasut dan turun di jalan sehingga menyebabkan 13 pejuang kita terpenjara 10 bulan.

Takde akal ke 13 orang yang protes itu?
Takde akal ke aku? Kami ada akal. Kami ada emosi. Tetapi kami kekurangan pengalaman. Dan disebabkan itu secara tak langsung kami terdorong untuk protes di pelbagai saluran samada online atau on-site termasukla di hadapan istana yang menyaksikan 13 pejuang menjadi mangsa korban rakus politician PR.

Yang berdemo di hadapan istana itu dianggap bodoh oleh sesetengah orang.
Mereka hilang kerja, wang dan masa ketika melawan di mahkamah bagi membela diri.
Tetapi perlu kita fahami.
Setiap kejadian ada kronologi yang perlu diperhalusi.
Tindakan mereka yang protes itu didorong oleh rasa penganiayaan.
Apatah lagi ia 'diapi-apikan' oleh sesetengah pimpinan.
Yang kemudiannya, mereka semua lepas tangan.

Pengalaman mendewasakan dan mematangkan.

Kalau tak jatuh, macam mana nak tahu rasa sakit.

Kalau tak kena tipu dengan BN dan PR, macam mana nak tahu ahli politik neh babi?

Dah jatuh tahu rasa sakit. Dah kena tipu juga tahu rasa sakit. Rasa kecewa. Rasa kesal dan rasa marah.

Sesetengah sempat bermuhasabah. Sesetengah pula tetap stick kepada perjuangan kerana memandang kejatuhan BN itu lebih utama. Sesetengah yang lain pula terpaksa masuk penjara. Dan sampai bila pimpinan Pakatan Rakyat mahu terus memangsakan penyokong dengan strategi-strategi salah yang dirangka mereka?

Strategi yang salah di Perak itu tidak berhenti dan hilang di Perak. Ia berterusan sehingga ke hari ini dan di sokong pula oleh pelbagai pengikut-pengikut mereka yang setia.

Pengikut-pengikut yang setia ini telah memandang pimpinan PR sebagai tuhan. Apabila mereka berkata, ia mesti benar dan perlu dipatuhi. Pengikut tiada pemikiran dan idelogi sendiri.

Apabila sesuatu perkara berlaku, kepada pimpinan kesalahan tidak patut ditujukan.
Jika bukan dibandingkan dengan pimpinan BN, maka tindakan PR akan dihalalkan menerusi pelbagai hujah dan dalil yang bertebaran.

Inila perangai pengikut setia mereka.

Mereka fikir kasih sayang kepada pimpinan bererti tuhankan pemimpin dan setiap tindak-tanduk pimpinan.

Sedang kasih sayang yang sebenar ialah kita betulkan pimpinan bila mereka melakukan kesalahan.

Kritikan pula dianggap kebencian dan sedang melakukan fitnah.

Bagaimana pemimpin, begitulah pengikut.
Bagaimana pengikut, begitulah pemimpin.
Pengikut dan pemimpin saling cermin mencerminkan.
Jika kita mahukan pimpinan yang jujur, kita sendiri terlebih dahulu harus bersedia menjadi jujur.

Soalnya, sejauh mana penyokong pimpinan Pakatan Rakyat bersedia menjadi jujur dengan diri mereka dan perjuangan mereka, untuk mendapatkan sebuah pentadbiran yang jujur di negara ini.

Analisa tindakan diri sendiri.
Semak setiap sokongan-sokongan kita terhadap pimpinan.
Kaji salah dan silap kita satu persatu-satu.
Perbaiki kelemahan dan perkemaskan idelogi kita.
Dan akhirnya, kita sendiri boleh tentukan, sejauh mana kita jujur dalam memperjuangkan apa yang kita matlamatkan di negara ini.

Ada otak, sila fikir.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...