Isnin, 16 Mac 2015

Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk Kegunaan PM Malaysia.

Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.
Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.
newjet1“Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.
Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” katanya lagi. -SK.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...