Khamis, 26 Februari 2015

Sesi Mengumpat Mahfuz Omar, Sirul, PKR & DAP Dalam Isu Pembunuhan Altantuya.

Hari neh cadang nak mengumpat diri sendiri sama. Asyik mengumpat dan mengata orang lain je. Bila lagi nak mengata diri sendiri, ye tak?

KAH KAH KAH

Mengata Mahfuz.

- Baru2 neh Mahfuz buat satu kenyataan.

- Katanya nak buat tele-sidang dengan Sirul di hadapan wartawan.

- Buat kat pejabat agung PAS. Rujuk sini.

- Point Mahfuz ialah ;

1. Buat telesidang dengan Sirul dan pihak media.
2. Sirul dah bersetuju dan dah dimaklumkan tentang hal berkenaan.
3. Mahfuz pernah call Sirul dan berbalas email.

- Dalam laporan yang sama ada menyebut bahawa pihak imigresen Australia memaklumkan bahawa mereka tidak meluluskan sebarang temubual station TV.

- Bila aku baca dan baca dan baca aku rasa point dia begini ;

1. Nak bawa masuk kamera dan interview Sirul secara live atau tertunda belum lagi dibolehkan kerana tidak diproses ikut protokol.

2. Perkara itu boleh dibuat andai kata permintaan dibuat secara protokol dan rasmi.

3. Tetapi belum tentu pula permintaan tersebut akan berjaya.

4. Namun kalau pembangkang nak usaha, boleh. Silakan. Dan penguatkuasa Australia akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

- Maka, pada isnin yang lepas, seperti yang dijanjikan Mahfuz, satu sidang media diadakan.

- Wartawan pun datang la beramai2.

- Almaklumla, tele sidang la katakan.

- Tapi apa yang berlaku bukan la telesidang bersama Sirul. 

- Apa yang berlaku ialah Mahfuz call Sirul sebanyak 15 kali. Wartawan pun diajak untuk call Sirul sama. Dan panggilan tersebut tidak berjaya disambungkan atau dihubungkan hampir selama 2 jam.

- Dan apabila panggilan berjaya disambungkan selama 2 jam. There is no such thing macam telesidang pun. Apa yang berlaku ialah Mahfuz call Sirul. Kita semua dengar satu suara yang mengclaim dia Sirul. Tapi kita tatau samada dia Sirul ataupun bukan. Dan bila wartawan tanya, eh macam mana Mahfuz tahu itu ialah Sirul (actually, jika Mahfuz mahu tahu, wartawan tak bertanya begitu untuk Mahfuz dipastikan tidak tertipu pun dengan suara berkenaan, sebaliknya untuk memastikan wartawan itu sendiri tidak tertipu dengan suara berkenaan, nampak? Polite kan soalan wartawan Malaysia? Kalau wartawan asing, depa sound terus jek, hello.. hanya suara dan YB expect aku si wartawan nak main percaya aje? Boleh blah), Mahfuz jawab eh saya tahu la. Jangan tanya macam mana saya tahu..

- Tapi sayangnya, YB kau neh tak memahami double meaning pada soalan berkenaan. Abaikan.

- And then. Satu kenyataan dikeluarkan oleh peguam Sirul. Katanya. Dengan siapa Mahfuz bercakap. Tapi tidak pula menafikan bahawa Mahfuz bukan bercakap dengan Sirul. Jangan salah faham. Peguam itu cuma dilaporkan berkata dia tidak tahu Mahfuz bercakap dengan Sirul atau bukan dengan Sirul kerana dia tidak tahu. Tidak tahu disini merujuk kepada tindakan Mahfuz yang tidak merujuk langsung kepada peguam Sirul dalam mengambil tindakan.

Baca ;


Telepersidangan antara Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan juga seorang tahanan Jabatan Imigresen Australia, Sirul Azhar Umar menimbulkan banyak tanda tanya mengenai status identiti panggilan, termasuk oleh peguamnya sendiri.

“Entah dengan siapa Mahfuz bercakap, saya pun tidak tahu. Mungkin Sirul, mungkin bukan. Saya tidak tahu nombor apa yang digunakan Mahfuz untuk menghubunginya,” ujar peguam yang mewakili Sirul, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Hasnal Rezua, Mahfuz telah bertindak sendiri dalam usaha menghubungi Sirul dan itu dilakukan di luar pengetahuannya mahupun seorang lagi peguam yang mewakili bekas komando itu, Khairul Hisham Kamaruddin.

“Dia (Mahfuz) tidak merujuk atau bertanya kepada kami tentang hal itu,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai suasana di tempat Sirul ditahan, Hasnal memberitahu bahawa kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi.

“Sirul ditempatkan di sebuah bilik. Namun, jangan dibayangkan seperti penjara kerana ia adalah pusat tahanan. Sirul bebas bergerak di beberapa ruangan lain di dalam kawasan pusat tersebut.

“Saya difahamkan, selain dibenarkan membuat panggilan telefon, dia juga memiliki akses kepada internet,” ujar Hasnal.

Rujukan :  http://www.astroawani.com/berita-malaysia/entah-dengan-siapa-mahfuz-bercakap-peguam-sirul-54499

- Kesilapan Mahfuz bermula apabila dia pongpang tentang telesidang. Tapi apa yang berlaku hanyalah panggilan telefon. Telesidang bermaksud kami boleh melihat rupa Sirul.

- Maka Mahfuz menipu disini. Habis 1 Malaysia kena tipu dengan YB PAS. Hadoi.

Mengata Sirul.

- Malaysiakini dalam beberapa hari lepas ada menyiarkan sesi temubual bersama Sirul.

- Dan aku tak gemar cara puak2 UMNO meroyan mempropagandakan point2 tersebut secara serong dan lari dari maklamat asal.

- Yang dikatakan pihak imigresen Australia tak membenarkan Sirul ditemubual hanya merujuk kepada saluran station tv tempatan mereka.

- Kenapa tajuk neh terkeluar adalah kerana Malaysiakini melaporkan yang Sirul sedang mempertimbangkan untuk ditemubual oleh saluran tv tempatan (Australia).

- Maka itula punca kenapa pihak imigeresen Australia melaporkan tiada sebarang akses kepada temubual selagi protokol tidak dipatuhi.

- Namun temubual menerusi panggilan telefon (seperti bercakap dengan Malaysiakini) atau melalui email, bukan sesuatu yang tidak mampu dicapai Sirul.

- Ini kerana Sirul sendiri memaklumkan dia bebas bergerak di kawasan tahanan dengan capaian telefon dan internet. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh peguam Sirul. So jangan la propagandakan lawak bangang Mahfuz dan kaitkan ia kepada kenyataan pihak imigresen. Tengok kepada kronologi aka jalan cerita. Jangan main hubung cerita merepek jek. Hak ala.

- Yang aku pelik sangat dengan Sirul neh hah.

- Bercakap macam beria2 sangat la nak buat pendedahan apa bagai.

- Boleh baca laporan berita di Malaysiakini.

- Tapi bila tiba masanya, tiba-tiba kata dia kena menghormati pihak Australia (jika benar suara itu ialah Sirul).

- Rakyat tunggu dari tahun 2006. Sekarang dah tahun 2015. Kau nak orang tunggu sampai bila dan berapa lama? Jangan hanya sembang bahawa saya kambing hitam. Saya dianiaya. Saya itu saya ini saya blablablabla dan sebagainya tapi hapa pun takde.

Mengumpat PKR.

- Melihat kepada kesungguhan Mahfuz untuk membongkar pendedahan dari cerita Sirul maka PKR pun masuk line.

- PKR lagi power. Dorang guna saluran protokol. Nak minta bantuan dari wakil rakyat di Australia. Untuk menyelongkar isu pembunuhan Altantuya. Dulu PKR pegang P1 Bala. Then? Tak cukup2 lagi cerita yang Bala lapor ke macam mana?

- Pelik tak pelik juga la kan. Si Azilah ada sini. Sapa pun taknak amek port. Awat p kejar Sirul beria2?

- Takde sapa nak jumpa Azilah? Interview? Call? Pendedahan? Pengakuan? Haram kan?

- Jika aku tak silap tafsir, ia bukan kerana nak buat pendedahan sangat. Tapi lebih kepada berlumba2 nak cari millage politik je. 

- Kalau benda tue PKR dapat dulu dari Mahfuz atau PAS, naik la nama PKR. Ye tak?

Mengumpat DAP.

- Sebenarnya aku puji satu sikap Najib. Walaupun dia tersasul tapi dia tetap cool dan steady.

- Tak macam DAP dan PKR.

- Orang tue belum buat apa-apa pendedahan. Hanya berkata saya kambing hitam dan blabla... ini ialah kenyataan ulangan dalam kamar mahkamah. Dan bertahun ulang. Saya kambing hitam.. saya kambing hitam.. saya kambing hitam.. silap2 kita sampai tatau nak bezakan antara Sirul dan kambing hitam..

- DAP dan PKR punya laju main propa tak hengat.

- Beria2 plak mereka menyuruh PDRM siasat kenyataan Sirul. Tapi Sirul bukan buat pendedahan. Hanya ulang balik kenyataan lama. Nak siasat macam mana? Dia hanya ulang sebut kenyataan di mahkamah di luar mahkamah. Apa kebenda la PDRM kau nak siasat benda yang sebenarnya takde hapa-hapa pun?

- Gunakan otak kau semua. Jangan sibuk guna kotak dan cari millage politik untuk bina persepsi saja la tongong.

- Di Perak baru2 neh ada rumah rakyat kena roboh.

- Takde pula malaon2 PKR dan DAP beria2 desak PDRM siasat.

- Padahal kalau ikut tingkat kepentingan dan kebarangkalian unsur2 salah laku itu boleh ditemui, maka sudah tentu la kes roboh rumah rakyat yang tertindas itu lebih mendekati situasi.

- Nampak? Nampak macam mana PKR dan DAP berperanan mencari populariti daripada memperkatakan tentang kezaliman dan penindasan itu sendiri kepada mencari isu2 yang boleh membuatkan orang berkata tentang parti mereka.


Dan, mengumpat diri sendiri.

- Rakyat Malaysia neh juga kadang kala biolnya tak hengat.

- Tak perlu pergi jauh, kadang2 aku pun biol tak hengat juga.

- Baru2 neh di wassap group. Aku ada borak2 dengan King J.

- Aku kata kat dia. Aku syak la. Syak saja. Yang pegang Sirul tue Mahathir atau at least, team Mahathir untuk gertak Najib dan gunakan pembangkang sebagai medium bagi Najib rasa gelabah.

- Pembangkang yang kita kenali. Dorang memang meroyan sikit la benda2 macam neh. Kalau ko bagi dorang nasi putih, sampai ke tangan rakyat jadi nasi goreng. Pembangkang akan masukkan pelbagai rencah nak menyedapkan rasa nasi putih tadinya tue, nampak?

- So, aku syak saja. Mungkin. Mahathir gunakan sikap pembangkang yang suka meroyan tak tentu hala neh bagi menyedapkan lagi penceritaan pembunuhan Altantuya. Aku ada versi yang aku percaya tapi aku nak cerita kat sini malas pasal dah jadi tajuk lain.

- Maka apa yang berlaku jadi la seperti sekarang. Seolah2 kita neh macam medium untuk push bagi Najib jatuh.

- Aku pernah fikir begitu. Bahkan aku juga pernah fikir begini.

- Yang Sirul mungkin mempermainkan pembangkang bagi memanjangkan lagi hayatnya.

- Yang mungkin juga ini taktik Najib nak bagi pembangkang meroyan.

- Dan rakyat pun tak memasal terheret dengan permainan atas permainan yang satu hasil pun takde.

- Yang paling bangang bila rakyat bercakap isu pembunuhan ini melebihi dari isu penyelewengan dan GST.

- Rakyat sohai macam neh pun ada. Jangan kau tatau.

- Yang menuduh2 Najib pembunuh pun ada. Slumber nak mampos. Macam dah pegang fakta kes dan saksi kejadian.

Ohoiiii.

Hmm.. tak boleh tak boleh tak boleh.. tak boleh tuduh DSAI meliwat SBA. Takde saksi, tak nampak, jalan cerita plak macam pundek.

Tapi. Tuduh pemimpin kerajaan boleh plak walaupun ko bukan saksi dan tak nampak? 

Macam mana plak tue?

Pada aku. Rakyat memang akan berspekulasi. Liar ataupun kasar. Kerana kronologi kes pembunuhan ini memang akan mendorong ke arah spekulasi liar dan kasar tadinya tue.

TETAPI.

SPEKULASI hanyala SPEKULASI selagi mana kita tak pegang kepastian. Maka, tak perlu beria2 cerita bahawa versi cerita ko benar atau versi cerita aku benar kerana versi-versa cerita ceriti kau dan aku pun sebenarnya langsung tak pernah terbukti benar. Sebab tue aku tak pegang versi pembangkang dan kerajaan. Pada aku bab menukar nasi putih kepada nasi goreng memang kepakaran kedua2 malaon tue.

Sudah la kita merepek tak tentu hala dalam kes pembunuhan neh. Kita diheret pula untuk beria2 peduli dengan pendedahan Sirul oleh partisan pembangkang yang mana akhirnya helloo... itu Sirul ke? Ini dato Mahfuz oke. Kemon la Mahfuz. Perlu ke DATOK MAHFUZ itu?

Dengan bangga juga menunjukkan salinan mesej kepada wartawan.



Terang-terang rakyat diperbodohkan kot. Tak terfikir ke Mahfuz yang mungkin rancangan dia akan disekat jika benar Sirul bersedia untuk membuat pendedahan? Beria2 kecoh di media tapi satu hapa pun takde. Lepas tue boleh tergelak2 macam takde hapa. Adoi. Bukan aku nak marah apa. Aku sebenarnya meluat sebab terasa diperbodohkan dan dipermainkan dalam drama pendedahan neh. Bagi aku sekarang rakyat kena muktamadkan tindakan partisan ke atas kita. Sehingga mereka benar2 pasti dan yakin yang Sirul mahu membuat pendedahan maka baru la mereka kecoh dan libatkan perhatian rakyat. Jika tidak, sila diam dan berhenti merepek di berita. Meluat aku tengok. Meluat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...