Rabu, 25 Februari 2015

Isu Video Ugut Bunuh - Ketua Polis Negara Kata Dia Tak Takut..

First episode disini.

Memang tak perlu takut. Ia troll semata-mata saja la woi.

KAH KAH KAH

Respon Khalid ;

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh terhadapnya oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Internet.

"Ugutan sedemikian langsung tidak menakutkan saya sebagai ketua polis negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

“Ugutan-ugutan sedemikian merupakan lumrah dalam kehidupan seorang pegawai polis yang menjalankan tugas,” katanya.

Dalam video YouTube itu, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka "Anak Malaysia Anti Demokrasi" mengugutuntuk membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya. -Mkini.







Dan, ini pula tindakan KPN ;

Ayat berkobar-kobar di atas video trolling

Apa yang berlaku?

1. Video pertama dan video kedua ialah cerita troll semata-mata.

2. Ia dibuat untuk mengtroll PDRM kita. Asyik kita je kena buli dengan PDRM. Apa kata kalau sebaliknya pula berlaku.

3. Tiada unsur2 keganasan atau kejahatan di sebalik video2 berkenaan.

4. Sebaliknya mengusik PDRM semata-mata.

5. Video pertama nak main mercun di bangunan mahkamah.

6. PDRM respon secara negatif. Dan pelbagai spekulasi lahir. Padahal benda troll semata-mata. 

7. Susulan dari penyebaran video pertama, dipercayai video kedua adalah untuk sambung troll PDRM yang sentap dengan video pertama.

8. Tapi entah macam mana beria-ria plak PDRM kau respon untuk balas trolling di alam maya.

9. Kalau orang nak bunuh IGP atau letupkan kereta dia, tak yah susah-susah buat video. Dorang letupkan aje. Dah jadi baru huha.

10. Ini orang melawak saja. Sungguh pun kata2 dia membawa tujuan tertentu. Tetapi tindakan membakar kereta mainan tue trolling aje. Aku syak la. Syak saja. Ia adalah ujian dan cabaran terbuka kepada PDRM. Mampu kah anda mengesan kesemua dari mereka? Mampu kah PDRM?

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...