Rabu, 25 Februari 2015

Ini Bukti Ahmad Maslan Menipu Rakyat Malaysia - Menteri Apa Perangai Suka Tipu Orang Neh?

Ahmad Maslan. Apa masalah hidup kau dengan rakyat Malaysia sebenarnya neh? Kau tahu tak yang orang berharap dengan upah yang kau terima sebagai menteri, kau akan memanfaatkan sebaik2nya peluang tersebut dengan membantu kami agar tidak tersepit dengan masalah ekonomi di negara ini? Kau tahu tak yang rakyat berharap kau akan gunakan akal, pengalaman dan ilmu kau untuk memandu ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul supaya kami neh semua tak terjejas dengan situasi ekonomi global apabila kau semua berpakat membuat dasar2 dan polisi2 yang pro kepada rakyat marhaen?

Kau mesti tatau. Aku rasa kau tatau. Kalau kau tahu pasti kau tak merepek macam neh kan setannnnnn.

Mula2. Kau cakap.


Asas ekonomi negara kukuh. Itu kau la yang kata. Aku tak kata. Tapi kau yang kata. Kemain bangga plak tue masa berkata depan wartawan. Kira power la hujah tue bagi menanggani cakap2 negatif akibat kemerosotan nilai ringgit. Maka, terdiam la mulut2 si pengkritik kerajaan. WOW. Asas ekonomi kukuh. Ringgit jatuh pun takpe. Tak terjejas. Kita boleh meningkatkan industri eksport negara. Ini WOW lagi.

Nak bagi nampak kenyataan kita neh sebenarnya relevan pada keadaan. Maka kita suruh la geng2 kita ulas sama ikut point2 kita. Bekas wakil rakyat ka prof ka apa ka semua pun laju2 mengulas kejatuhan nilai ringgit. Dengan cara yang sepositif yang mungkin. Agak2 rakyat mampu diperbodohkan kira oke la tue. Takde apa-apa pun. Bahkan kejatuhan nilai ringgit memang baik nak mampos untuk negara. Maka ini bermaksud, apabila nilai ringgit naik, BN sebenarnya buat kerja yang tak bagus la kan.

And then. Tak berapa lama. Kat sini la ayat-ayat pengencingan si menteri dah terkantoi.

Tadi si malaon tue kata. Asas ekonomi kukuh. Kejatuhan nilai ringgit tak menjejaskan sangat pun ekonomi negara.

Tapi. Najib restructure semula belanjawan negara.
Potong sana potong sini.
Nilai hutang luar negara bertambah disebabkan kejatuhan nilai ringgit. Ini effect pertukaran matawang.

Dan kemudiannya. Si malaon neh berkata lagi.


Oi gila.

Nak selamatkan negara dari apa jika asas ekonomi negara kau sendiri yang kata kukuh? Aku ke yang kata? Aku tak kata. Bahkan berbuih2 mulut aku dok ulang yang kejatuhan nilai ringgit menjejaskan negara. Buih mulut Shabery Cheek pun tak boleh lawan buih mulut aku yang dok mengulang benda sama macam tape recoder, tahu?

Dan kenapa SST tak mampu selamatkan negara?

Nah. Kat sini la pencinta2 GST yang bodoh nak mampos akan terkena. Sekali lagi aku jadi tape recoder.

Jaringan kutipan cukai GST adalah lebih luas berbanding SST meskipun kadar SST ialah 10% dan kadar GST ialah 6% kerana jumlah yang boleh dicukai dan tertakluk untuk membayar cukai bertambah bilangannya berbanding SST.

Konsep asas dia macam neh.

Semua BARANGAN dan PERKHIDMATAN tertakluk kepada CUKAI sehingga dinyatakan sebaliknya. Ini GST.

Semua BARANGAN dan PERKHIDMATAN tidak tertakluk kepada CUKAI sehingga dinyatakan sebaliknya. Ini SST.

Itu sebab kerajaan perlu laksanakan GST. Point kadar tue point manipulasi. Point fakta ialah JUMLAH RAKYAT YANG TERKESAN DENGAN CUKAI.

Nilai ringgit dah jatuh.
Harga minyak dunia jatuh.
Maka asas ekonomi kita kelam kabut sikit.
Mana mungkin kerajaan akan mahsuhkan GST.
Pemborosan, penyelewengan di mana-mana dalam sektor kerajaan.
Dimanakah sumber kewangan kita kalau bukan mencekik dari rakyat marhaen.
Cakap je macam neh Ahmad Maslan. Kerana memang inila hakikatnya. Tak payah uturn sana uturn sini. Buat aku meluat tau, meluat. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...