Selasa, 24 Februari 2015

Adakah Rosmah & Ahmad Maslan Bersandiwara Di Forum Isu Dandan Rambut 1,200?


Mulanya aku tak perasan. Mulanya aku fikir Rosmah memang nak show off tentang gaya hidup mewah dia. Pergh. Berlagak gila kau. Buat baju kurung rm500. Buat rambut 1,200. Itupun gunakan perkhidmatan home service.

Dia pergi canang ke semua orang. Semua perkhidmatan-perkhidmatan tue makin mahal. Kesian la kat suri rumah yang tiada pendapatan tetap. Ia membebankan la konon-konon2nya bila harga perkhidmatan tersebut meningkat apa bagai.

And then di forum yang sama, Ahmad Maslan respon. Dengan positif. Katanya. Pihak kementerian akan peka dengan permasalahan yang dibangkitkan oleh Rosmah Mansur. Aduan berkenaan dalam tangan dan akan diteliti. Lebih kurang la. Ayat aku buat sendiri tapi maksud lebih kurang je.

Pada awalnya. Aku fikir macam.. emm oke. Ini fak.

Bukan aku nak mencarut sangat. Bukan pula aku nak emosi sebarangan. Tapi fak disitu maksudnya aku meluat kot.

Aku tak faham dengan Rosmah. Oke fine. Perkhidmatan orang yang buat baju dia semakin naik. Perkhidmatan dandanan rambut dia makin naik.

Dan dia nak bandingkan perkara tue dengan suri rumah biasa? Perbandingan tue tak kena.

Rosmah Mansur bukan suri rumah biasa pun.
Dia ialah berkerjaya. Pada pandangan aku la. Just aku tatau apa jawatan tetap dia. Cuma yang aku nampak dia bekerja. Dan disitu dia ada income. Suami dia ada income. Dan mereka sentiasa ada income. Aku tak fikir Rosmah akan kesah dengan perkhidmatan jahit baju sebanyak 500 ringgit atau dandan rambut sebanyak 1,200 ringgit sebab dia memang akan mengupah yang terbaik, berjenama untuk disesuaikan dengan gaya hidup dia. Jika dia rasa benda tue mahal pandai2 la dia hidup untuk tidak lagi melanggan perkhidmatan2 tersebut. Ikutla seruan Ismail Sabri. Boikot.

And then. Bila membaca ramai pula yang kutuk2 Rosmah, aku terfikir sesuatu yang lain.
Adakah Rosmah nak beri gambaran bahawa dengan GST, barang2 akan jadi mahal? Caj perkhidmatan akan naik dan sebagainya? Dan, Ahmad Maslan pula akan berlakon jadi hero bagi menanggani kenaikan harga perkhidmatan disebabkan pelaksanaan GST tadinya tue?

Situasi akan jadi seperti, kerajaan sendiri yang rungkai masalah, dan kerajaan sendiri bertindak selesaikan masalah dan yeayyy kerajaan kita bagus nak mampos.

Macam tue ke?

Tak mungkin pula Rosmah nak tiaw pelaksanaan GST akan menaikkan kadar perkhidmatan. Ini macam tiaw suami sendiri pun iya juga.

Hmm..

Aku tak fikir. Kerajaan tak sophisticated pun untuk fikir macam tue. Ahh sophisticated neh apa sebenarnya. Aku main tepek neh je woi. Lantak.

And then. Aku fikir balik dan fikir semula.

Fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir sampai otak aku jadi biol akhirnya aku memutuskan untuk membuat konklusi begini.

Adakah sebenarnya kerajaan beri hint kepada kita?

Lue mao potong rambut? Potong rambut itu perkhidmatan maa. So GST!

Lue mao warna rambut? Warna rambut pun perkhidmatan maa. So GST!

Lue mao jahit baju? Jahit baju pun perkhidmatan maa. So GST!

Perkhidmatan di bawah 500 ribu tidak akan dikenakan GST. Ini kita faham. Tetapi, jika kita berlanggan di sesuatu perkhidmatan yang terkenal (terkenal tidak semestinya mahal oke) untuk potong rambut dan buat baju yang mana kedai dia (jenama tersebut) memang ada rangkaian satu Malaysia dan perniagaan mereka memang jenis 500 ribu dan ke atas, kita mungkin berhadapan dengan GST segala waima untuk jahit baju dan potong rambut juga.

Nak-nak, jika kita membeli belah kain di pasaraya terkenal seperti Kamdar contohnya. Kamdar menawarkan perkhidmatan jual beli kain. Mungkin ada GST disitu.

Mungkin ini hint yang Rosmah Mansur dan Ahmad Maslan cuba sampaikan. Di samping Rosmah menayangkan gaya hidup mewah dia, dia juga nak orang faham bahawa perkhidmatan bermaksud GST. Dan home service itu perkhidmatan okey.

Home service? Pun ada GST juga jika ia melibatkan perniagaan 500k dan ke atas.
Sekarang mula la pakat2 fikir bisnes apa yang selalu kita home servicekan.

Dandan rambut?
Hantar barang?
Hantar makanan?
Khidmat terapi di rumah?

Ahhhhhhhhhhhhh lue bikin gua pening saja la Rosmah woi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...