Isnin, 23 Februari 2015

'Saya Langsung Takde Ingatan' - Alasan Adun DAP Dalam Isu Judi Di Premis DAP.

Baru-baru ini salah satu adun DAP telah dikatakan kantoi kerana berjudi di pusat khidmat di sekitar Balakong. Adun tersebut ialah dari adun Balakong, iaitu Eddie Ng.

Baca : Gambar adun DAP kantoi berjudi viral di laman sosial.

Gambar yang dimaksudkan ;



Nak dijadikan cerita, isu neh kecoh. Kenapa?

Pertama. Yang berjudi itu wakil rakyat.

Kedua. Berjudi pula di pusat khidmat kawasan.

Ketiga. Kebetulan pula, orang dari parti pembangkang DAP.

Keempat. Orang mula berkira2 dan mempertikaikan, sumber wang perjudian. Dan pertaruhan yang ditawarkan jika menang atau kalah.

Macam yang biasa kita tengok dekat tv. Jika wakil rakyat ini kalah, maka mungkin dia akan luluskan, copkan, signkan, mudahkan atau apa2 berkaitan projek, pembinaan, tender dan sebagainya.

Sebab itu wakil rakyat dari BN mahupun PR melarang sekeras-kerasnya wakil rakyat mereka participate dalam perjudian. Ia bukan soal moraliti dan maruah semata-mata. Tetapi kita tidak tahu apakah yang mereka akan risikokan angkara perjudian tadinya tue.

Dan umumnya, rakyat juga tidak cenderung kepada wakil rakyat yang gemar berjudi. Juga atas alasan yang sama.

Kita mungkin boleh terima perjudian sesama ahli keluarga.
Perjudian di kawasan perumahan yang melibatkan sejumlah wang kecil dan wang 'angpau'.
Atau sapa kalah kena belanja dan sebagainya.

Tapi perjudian di premis atau lokasi yang menempatkan bidang kerja kita atau partisan, aku tak fikir orang waras akan terima ini. Orang partisan yang perlu kepada pertahankan parti, akan menerima tindakan tersebut, mungkin la.

Dan. Yang paling lawak sekali, ialah alasan yang dikemukakan oleh adun berkenaan ketika dihubungi oleh NTV7 bagi mengesahkan penyebaran gambar2 tersebut.

Ini apa yang dia jawab ketika ditemubual ;




"Saya belum.. ahh saya masih tengah fikirkan bila gambar tu.. pasal saya memang langsung takde ingatan la bila gambar tu..jadi saya i think no comment la..no comment.. i will try to recall first.. "

Hmm..

Apa yang boleh difahami jika seorang wakil berkata begini? 

- Adakah dia sememangnya seorang kaki judi sampai tak ingat gambar2 yang tersebar itu berjudi pada waktu bila, di mana dan bagaimana atau apa?

- Adakah ini bukan kali pertama dia berjudi di premis berkenaan?

- Bahasa yang begitu teruk tetapi awak tue orang Malaysia.

- Cuba banding dengan MCA dan GERAKAN.

- Pemimpin2 MCA dan GERAKAN pun bukan orang melayu. Tapi dorang punya bahasa takde la teruk nak mampos macam wakil rakyat DAP. Yang neh tatau la dah berapa lama aku komplen. Cuba dengar Lim Kit Siang berucap. Mao semput dada.

Ya Allah ya tuhan ku. Mereka bercakap tentang Malaysia Malaysian tapi mereka fail dalam perkara asas seperti penguasaan bahasa rasmi negara iaitu bahasa Malaysia.

Ini apa yang aku selalu fikirkan bila mendengar sesetengah wakil rakyat dari DAP berucap. Totally hancur. Kelaut. Bangla pun lagi power kot. Memalukan. Apa pun ini bukan thread nak kondem bahasa melayu hancur adun DAP tadinya tue. 

Pada aku. Satu je yang boleh perbaiki keadaan. Mengaku sudah kalau itu diri kita dan gambar kita.

Jadi jujur dan bertanggungjawab atas kesilapan. Then muhasabah diri dan perbetulkan keadaan supaya tak berulang lagi.

Takmo la kawtim sana kawtim sini atau dok spin memanjang. Jadi jujur akan selamatkan keadaan. Kalau kita bersandiwara dan berpura2 orang akan jadi meluat. Bukan la orang nak sangat pinpoint kelemahan2 kita, tapi orang meluat sebab kita dok spin dan taknak mengaku salah.

Kalau betul itu diri kita yang berjudi, itu gambar kita, itu kita yang kantoi maka kita mengaku sudah, minta maaf dan move on. Settle satu masalah.

Kbai. 

Klik sini jika video gagal load.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...