Selasa, 24 Februari 2015

Di Malaysia, Rumah Boleh Dirobohkan Tanpa Notis & Kerajaan Tak Boleh Berbuat Apa-Apa..

Tadi. Aku ada baca satu berita. Berita tersebut sebenarnya pelik pada aku.


Cuba korang baca sekejap ;

Seorang bekas mekanik mendakwa rumahnya di Jalan Padang Tembak, di sini dirobohkan tanpa sebarang notis oleh 50 individu pada 9 Februari lalu.

Edham Philllips Abdullah, 65, berkata, dia yang sudah menghuni rumah tersebut selama lebih 60 tahun terkejut dan kesal dengan tindakan itu.

Menurutnya, kediaman berkenaan diwariskan kepadanya oleh datuk dan neneknya.

"Saya pun tak tahu siapa yang robohkan rumah saya ini dan ketika kejadian tersebut, hanya saya dan anak bongsu, Ezrul Makmur berada di rumah.

“Nasib baik anak saya telah hantar isterinya yang baru bersalin pulang ke Pulau Pinang  untuk berpantang. Kalau tidak, saya tak tahulah apa yang akan terjadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Edham berkata, beberapa barang miliknya didapati rosak dan hilang termasuk dokumen penting seperti pasport.

Katanya, peralatan elektrik seperti televisyen, kipas angin, peti ais serta komputer riba miliknya turut mengalami kerosakan akibat kerja-kerja perobohan tersebut..

"Apa yang paling saya kesalkan ialah jam dinding peninggalan arwah datuk yang bernilai RM2,000 juga rosak.

“Barangan antik koleksi saya termasuk beberapa motosikal antik yang saya kumpul sejak bertahun-tahun lamanya turut musnah,” katanya.

Menurutnya, Ezrul kini tidak dapat pergi bekerja seperti biasa kerana terpaksa mengawal di sekitar tapak rumah mereka bagi mengelak kecurian.

Katanya, mereka berdua berdua terpaksa tidur di dalam kereta sejak 9 Februari lalu.

“Kerugian yang saya alami boleh dikatakan lebih RM50,000. Ini baru barang-barang di luar, belum lagi barang-barang di dalam rumah. Ubat-ubat saya juga habis rosak begitu sahaja.

“Saya dan anak juga terpaksa berjaga di sini, untuk elak barang-barang kami kena curi. Maklum sajalah barang-barang milik saya kini telah terdedah,” katanya.

Edham berkata, dia membuat satu laporan polis mengenai insiden tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kita buat laporan polis keran kita mahu tahu apa perkara sebenar yang berlaku.

“Kalau kami salah, kenapa tidak ada sebarang notis yang kami terima? Perkara ini boleh dibawa berunding, bukannya main roboh sahaja," katanya.

Menurutnya, tindakan tersebut menyusahkan keluarganya dan dia menuntut penjelasan daripada pihak terbabit.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan terbabit mendapati terdapat wakil dari Baitulmal menemui Ezrul dan anaknya untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka. -SH.


--------------------------

Point.

1. 50 orang datang mai robohkan rumah.

2. Bukan sekadar robohkan bahkan barang2an rumah pun ada yang rosak.

3. Roboh tanpa notis.

4. Laporan polis dibuat dan setakat itu sahaja.

5. Ya, wakil baitulmal ada turun padang dan peduli tapi mereka pegawai biasa semata-mata. Nak luluskan bantuan pun ada proses dan tetap kena tunggu.

Kau semua tak rasa pelik ke bila baca berita neh?
Rakyat tertindas, rumah kena roboh. PDRM tak beria2 nak siasat apa bagai pula.
Bontot Saiful kena kongkek usah kata PDRM, piem sampai jumpa Saiful. Sekarang UMNO siap buat roadshow pusing Malaysia lagi pasal bontot Saiful.
Bontot kena kongkek memang masalah juga pada si mangsa.
Tapi kalau si mangsa si kaki fitnah atau memang jenis pondan sapa peduli pun kalau bontot dia kena kongkek. G mampos la kau pun. Ye tak.
Masalah yang memang masalah seriyus tak pula laju2 kerajaan kau peduli atau penguatkuasa kau peduli. Yang reply tweet Najib laju2 plak kena siasat. Yang roboh rumah orang tanpa notis apa cerita? Pelik tak pelik la juga, kalau si individu tue buat salah maka kita sebagai kerajaan tak boleh tambah masalah. Kita kena jadi penyelesai masalah. Oi. Ko buat rumah atas tanah orang neh. Salah neh. Takpe. Rumah neh kita orang roboh. Pampasan kita bagi sebab kau tertindas kerana situasi. Tertindas atas situasi tue maksudnya seseorang buat sesuatu tanpa menyedari bahawa perkara itu sebenarnya mengundang masalah ataupun salah disisi undang2 pada masa akan datang. Ini citer 60 tahun punya rumah. 60 tahun macam2 cerita boleh berlaku ye tak. Oke, part tue kita abaikan. Tapi sebagai kerajaan kita sediakan rumah, beri pampasan sewajarnya. Itu kalau yang robohkan ialah dari pihak kerajaan. Tapi kalau dari kapitalis ke mana2 orang ka apa ka, PDRM patut la laju2 siasat apa yang berlaku dan pertahankan hak individu yang rumahnya kena roboh tanpa notis tadinya tue. Baru la rakyat akan salute PDRM. Ini tidak. Bab bontot kena kongkek dan twitter orang yang diperbesar-besarkan. Fak sangat.

Kbai. 

Rujukan berita : http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/terkejut-rumah-diroboh-tanpa-notis-1.363463

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...