Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Januari 2015

TG Nik Aziz Dimasukkan Ke ICU.

TG Nik Aziz dimasukkan dalam unit rawatan rapi petang tadi selepas dimasukkan ke dalam hospital HUSM pada malam tadi. 

Pada semalam viral beberapa gambar TG Nik Aziz yang terlantar sakit di rumah dan juga di hospital dengan caption agar semua pihak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat TG Nik Aziz yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan tenat. Namun kemudiannya perkara itu dinafikan oleh anaknya, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh dengan memaklumkan di facebook rasminya bahawa ayahnya cuma uzur biasa dan sedikit penat dan tidak mahu menerima kunjungan sebarang tetamu buat masa terdekat.

Sebelum ini TG Nik Aziz juga dilaporkan telah dimasukkan ke dalam wad atas alasan kesihatan ketika banjir besar berlaku di Kelantan.

Keadaan TG Nik Aziz yang kritikal dan dimasukkan dalam ICU itu dipetik menerusi laporan terbaru oleh Malaysiakini sebentar tadi.


Mari kita doakan kesejahteraan TG Nik Aziz. Yang geng2 BN, tolong la berhenti maki hamun dia..

Kemaskini ;

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” kata anaknya Nik Abduh.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh (kanan) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas. -MKINI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...