Khamis, 22 Januari 2015

PDRM Kena Kritik Kaw2 Angkara Video Zamani Menyanyi Dalam Tahanan Tersebar Di Laman Sosial (Video Inside).

Sedap dowh suara Zamani. Aduh. Rugi la bakat dia. Kenapa la dia boleh terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kalau dia jalani hidup dengan betul rasanya dah kaya raya dan ternama kerana membina kejayaan menerusi industri seni. Suara dia sedap la. Macam dulu juga walaupun dah dimakan usia. Aku tak sure sangat umur Zamani berapa tapi bukan kah dia sepatutnya dah tua? Tak nampak macam tua pun kan?

Wajah terbaru Zamani yang tersebar di laman sosial.



Gambar ini pula diperolehi dari video yang korang boleh tengok kat bawah neh ;


 

Klik sini : Zamani menyanyi dalam lokap polis, jika video gagal loading.

Ya. Ini ialah video yang dirakam ketika Zamani berada di dalam tahanan polis untuk menjalani proses siasatan lanjut berkenaan kes yang dia disabitkan.

Dalam video neh, nampak Zamani macam steady dan sedar bahawa aksi nyanyian dia sedang dirakamkan oleh pihak tertentu.

Dan di laman sosial kini, ramai orang menyalahkan dan mengkritik polis di atas penyebaran video di atas. Ini antara ulasan2 mereka ;




Ini pula ulasan SAMM : Kenapa Polis Viralkan Video Zamani Dalam Tahanan.

Manakala di blog Beautiful Nara pula, pengomen2 saling bergaduh sesama sendiri mengenai isu penyebaran video berkenaan. Ada yang sokong dan ada yang bantah.

Lihat ;







Oke. Ini pendapat aku.

1. Dalam rakaman berkenaan, aku nampak Zamani berada dalam keadaan sedar dan faham tentang tindakannya yang sedang dirakamkan oleh seseorang.

2. Aku tak nampak pula bahawa Zamani seperti dipaksa oleh sesiapa melalui reaksi wajah dia. Tetapi. Mungkin boleh jadi betul juga persepsi umum bahawa Zamani dipaksa untuk melakukan aksi tersebut. 

3. Oleh kerana ia dirakamkan ketika berada di dalam tahanan polis untuk siasatan selanjutnya, maka tak aneh orang akan fikir ia dirakamkan oleh polis dan mereka2 yang bekerja disitu.

4. Persoalannya selepas rakam kenapa sebar?

5. Dan aku tak nampak pula sebarang bukti yang menunjukkan bahawa rakaman ini telah disebarkan oleh mana2 pegawai polis di laman sosial. Takde screenshot, takde apa2.

6. So aku taknak tuduh2 walaupun tak nafikan berkemungkinan besar sekurang2nya yang rakam adalah pihak polis.

7. Seperti pandangan umum yang berpecah dua, ada yang menganggap ia mengaibkan ada pula yang tidak maka seperti itula pandangan aku.

8. Aku tak sure nak pegang pada pandangan yang mana sebab aku neh pun boleh tahan jahatnya juga. Suka juga sebar muka2 suspek dalam tahanan terutamanya yang membabitkan jenayah kejam. Tapi jenis hisap dadah kalau tak kacau orang aku tak amek port. Kes Zamani kecoh sebab dia artis dan ada peminat tersendiri. Gamaknya peminat2 dia marah la artis kesayangan mereka diperlakukan seperti itu. Lagipun, kalau ikut SOP polis, polis memang tiada hak untuk merakam dan menyebarkan apa2 pun yang membabitkan suspect dalam tahanan. Kalau tahanan terkentut ke terberak ke menyanyi ke merepek ke melalut ke apa ke, mana ada SOP yang membenarkan pegawai untuk rakam dan sebar.

9. Sekarang apa-apa hal kita biarkan dulu polis keluarkan kenyataan rasmi bersabit perkara di atas.

10. Yang nak teruskan kutuk polis, kau kutuk la puas2.

11. Yang nak bekap polis, kau bekap la puas2.

12. Aku nak tengok video tue lagi. Sedap siot suara Zamani.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...