Isnin, 19 Januari 2015

Team Mahathir Tertekan Kerana Team Najib Serang Guna SPRM.

Ini adalah episode kedua.

Episode pertama : Mahathir Kini Mahu Jatuhkan Najib.


Korang baca dulu laporan berita kat bawah neh sat ;

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diminta tidak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Daim seharusnya memahami desakan agar beliau disiasat berhubung dakwaan memiliki kekayaan luar biasa itu hanya setelah ditimbulkan oleh para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Menurut beliau, Daim juga sepatutnya sedar para pemimpin UMNO tidak akan berdiam diri sekiranya mana-mana pihak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib.


“Daim mesti ingat bahawa jika media propembangkang sanggup memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyerang Perdana Menteri, media arus perdana pun boleh menggunakan kaedah yang sama untuk menyiarkan maklum balas.


“Saya berharap Daim menggunakan saluran yang betul melalui pemimpin-pemimpin UMNO atau bekas-bekas menteri untuk menyampaikan pandangan atau teguran membina kepada parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, Daim menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan terhadap perniagaan perbankan miliknya di luar negara.


Isu itu dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan beliau telah mengemukakan beberapa maklumat berkaitan dakwaan kekayaan luar biasa Daim kepada SPRM pada 14 April lalu. -UM-

Apa yang kita boleh nampak?

1. Secara tak langsung UMNO kini berpecah kepada dua team.

2. Team Mahathir VS team Najib.

3. Najib akan terus dipertahankan dan team Mahathir mungkin goyang jika Najib memilih untuk menggunakan undang2 bagi menyekat kritikan2 team Mahathir keatasnya. Contohnya SPRM.

4. Secara tak langsung juga kita nampak yang team Najib akan gunakan apa sahaja point bagi menunjukkan kelemahan pengkritik ke atasnya. Contohnya isu kekayaan luar biasa Daim. Jika Daim disiasat, Daim mungkin akan mula berhenti mengkritik Najib. Ini tekanan ke atas Daim. Samada mahu terus jatuhkan Najib dari kedudukannya ataupun berhenti.

5. Bayangkan. Isu kekayaan luar biasa Daim, PKR bawa pada tahun lepas. Bulan April. Kenapa media pro kerajaan pickup sekarang? 

Kau semua tak nampak2 lagi ke agenda sebenar kritikan team Mahathir ke atas Najib?

Selamat tinggal Najib?

Selamat datang boneka Mahathir?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...