Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Januari 2015

Saiful Bukhari Azlan Dedahkan Rahsia TV3 Pulak.. - Saiful Kini Team Mahathir Lawan Team Najib?

Sekarang neh UMNO berpecah kepada dua proksi utama.

Proksi pertama - Team Najib.

Proksi kedua - Team Mahathir.

Team Mahathir punya percaturan ialah paksa Najib berundur walau apa cara sekalipun.
Team Najib punya percaturan ialah kekal pertahankan Najib walau apa cara sekalipun.

Jika team Mahathir perlu bekerjasama dengan pembangkang bagi memastikan Najib jatuh, maka itu yang mereka akan buat. Sebab tue kau boleh tengok kritikan demi kritikan ke atas Najib terus menerus disiarkan di portal2 pro pembangkang.

Jika team Najib perlu bekerjasama dengan pembangkang bagi memastikan Mahathir gagal dalam hasratnya untuk menjatuhkan kepimpinan dia maka itulah yang mereka akan buat. Sebab tue kau boleh tengok dengan secara tiba2 tv3 jadi pro PKR bila menyiarkan kritikan demi kritikan ke atas Daim.

Sekarang aku masih dalam mode memerhati. Sungguh pun demikian aku mahu Najib bertahan dari Najib dijatuhkan oleh Mahathir. Yang tue aku akan hurai lanjut dalam artikel yang mendatang.

Kita semua tahu. Daim sekarang kena serang dengan team Najib dengan menggunakan SPRM. Bagi yang ketinggalan tolong baca : Blogger Pro Mahathir Dah Mulakan Langkah Jatuhkan Najib dan baca : SPRM kini siasat DAIM.

Daim diperlihatkan tertekan. A. Kadir Jasin mempersoalkan kenapa serang Daim dan Mahathir. Bloggers UMNO berpecah. Ada yang pro Najib. Seperti papa gomo yang minta semua pihak berhenti serang Najib. Lihat : Papa Gomo Mahu Bloggers UMNO Berhenti Kritik Najib. Ada yang bersama Mahathir. Dan ada yang sedang kekeliruan tatau nak pilih yang mana satu.

Kenapa perlu Daim dan A. Kadir Jasin mempersoalkan siasatan SPRM ke atas Daim? Jika Daim bersih tiada apa yang dia perlu risaukan. Siasat la berulang kali sekalipun. Melainkan kita memang tak bersih maka kita patut la berasa cuak.

Seperti yang aku dah sebut sebelumnya. PKR mula mempersoalkan kekayaan luar biasa Daim pada April 2014. Kenapa baru sekarang TV3 dan media pro kerajaan bahkan SPRM beria2 nak siasat?

Apa lagi kalau bukan didorong oleh sentimen politik dan perpecahan yang berlaku dalam UMNO.

Yang tue kita tinggalkan. Kita hurai dalam posting yang lain. Sekarang baca dulu luahan Saiful Bukhari Azlan kat bawah neh sat ;

Salam,

Bukan niat untuk persoal mengapa TV3  attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?? That low Datuk Ashraf Abdullah, Manja Ismail? Boleh explain why?

Di sini saya sertakan bukti arahan "MUST COVER AND USE" yang diberikan di TV3 oleh seorang Editor kepada isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman, yang datangnya dari bigboss Datuk Ashraf Abdullah pada hujung Nov lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu sahaja, rupanya makin menjadi-jadi.

Untuk makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima(last day kerja 15Dec). Ambil MSS(Mutual Separation Scheme) yang ditawarkan tempohari. Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.

Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Ini screenshot yang Saiful dedahkan di laman blognya ;


Dengan pendedahan Saiful ini apa yang kita boleh nampak dan faham? Saiful secara tidak langsung memberikan gambaran kepada kita kononnya dia berada di dalam team Mahathir.

Betul kah?

Bila aku membaca artikel terbaru di blog Saiful. Aku fikir.

Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin. Tak betul neh. Jalan cerita tak kena.

Kalau Saiful di bawah Najib, by hook or by crook dia tetap perlu pertahankan Najib. Dia patutnya peduli apa sapa nak bergaduh dengan sapa dalam UMNO. Bahkan dia perlu mempertahankan kedudukan Najib ini kerana jika Najib jatuh maka Saiful juga akan jatuh.

Jadi. Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin.

Saiful sekarang seolah2 menunjukkan kepada umum bahawa dia tidak berada di team Najib sebaliknya berpihak kepada team Mahathir sebab itu la dia mahu dunia tahu ada arahan tertentu dari pihak tertentu untuk melakukan serangan tertentu ke atas pihak tertentu melalui media pro kerajaan.

Tak mungkin Saiful akan menyerang bank sendiri. Menyerang bank sendiri bermaksud Saiful mengacau periuk nasi sendiri. Mungkin dari awal aku sebenarnya dah salah faham tentang bank yang Saiful miliki.. aku rasa la..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...