Jumaat, 23 Januari 2015

Senarai Lesen Pembalakan Yang Diluluskan Di Kelantan Pada Tahun 2014 - MB Kelantan Kantoi!

Susulan dari artikel teguran SAM kepada kerajaan negeri Kelantan : SAM Mahu PAS Kelantan Hentikan Pembalakan , salah seorang dari rakan aktivis di SAM (Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak telah mendedahkan senarai penuh syarikat yang diberikan lesen pembalakan di Kelantan pada tahun 2014.

Dengan merujuk kenyataan media oleh menteri besar Kelantan yang menafikan pembalakan adalah punca banjir dan pembalakan di Kelantan telah dihentikan sejak pada tahun 2006 ;


Maka ini apa yang didedahkan oleh NGO alam sekitar, SAM ;



Dan ini serba sedikit hujah yang dikemukakan oleh SAM bagi membidas kenyataan PAS Kelantan berhubung isu pembalakan ;


Dan ini pula kenyataan saksi ;


Aktivis Alam Sekitar Meor Razak dan aktivis rakyat MSK ialah individu yang aku kenal secara peribadi.

Berbalik kepada tujuan posting.

Sel-sel otak penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS sebenarnya tidak bersambung dengan begitu sempurna. Sel-sel otak mereka berhubung dengan begitu baik bila menganalisa isu yang membabitkan intergriti kerajaan tetapi tersekat apabila menganalisa isu yang membabitkan intergriti pemimpin sendiri disebabkan mereka kekurangan daya tumpuan untuk memahami isu sehingga ke akarnya.

Aku ulang semula. Aku ulang balik. Ini entah kali ke berapa aku pun taktau.

Pertama. Individu yang mula-mula sekali point out pembalakan antara faktor kepada banjir besar di Kelantan dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi ialah sultan Kelantan.

Siapa?

Sultan Kelantan.

Apa yang sultan Kelantan titahkan secara sindir dan sinis kepada PAS Kelantan?

Baca : Jangan bermusuh dengan alam nasihat Sultan Kelantan.

Kedua. Secara tak langsung pembalakan tanpa kawalan dan berleluasa di anggap sebahagian dari punca yang mendorong kenapa banjir kali ini teruk berbanding tahun sebelumnya.

Ketiga. Ya. Kau semua akan cakap banjir di Sarawak, di Sabah, di KL, di Penang blablabla tue hutan yang salah kan, pembalakan yang salah kan.. blbalblabla.. semua hujah2 bangang akan dikeluarkan bagi memastikan intergriti pemimpin korang tak dipersoalkan sama sekali.

Keempat. Setiap kali banjir berlaku, jangan generalisekan point, jangan generalisekan hujah dan jangan bersikap defensive seolah2 kita semua nak membunuh korang.

Kelima. Setiap kali banjir besar berlaku, jika kita ini akalnya waras, otaknya sihat, sel-sel otak berhubung dengan sempurna dan kita tak jadikan akal sebagai perhiasan di atas kepala makanya kita akan tahu bahawa kita sepatutnya bersikap terbuka ke atas setiap kritikan dan hujah yang timbul kerana itu caranya kita ambil berat akan atas apa yang terjadi.

Keenam. Lakukan post mortem. Walau kat mana pun banjir, buat la post mortem. Jika di KL dan Selangor, isu saliran dan longkang seringkali dikatakan sebagai punca, maka di Kelantan lain pula kisahnya.

Ketujuh. Bila dah buat post mortem dan tahu punca-punca kepada banjir maka tahu la kita nak menguruskan situasi tersebut agar tidak berulang lagi atau sekurang2nya dapat kita kurangkan impak kerosakan ke atas masyarakat di kemudian hari.

Kelapan. Ini orang baru buka hujah dan zahirkan point, laju2 dicantas dan dituduh sebagai agent UMNO la, sosialis sesat la itu la ini apa la.

Kesembilan. Maka apa beza kau semua dengan UMNO kalau kerjanya daripada menilai point perbahasan dan kritikan, kau semua lakukan tuduhan melulu untuk kalih isu?

Kesepuluh. Kita tak bincang tentang tajuk sebenar kalau ini pendekatan yang pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat ambil.

Bertenangla. Takde sapa2 nak pergi bunuh sapa2 untuk kau semua defensive sangat sampai tak mahu dan enggan membaca dan memahami isi kritikan dan hujah.

Apa yang PAS Kelantan perlu buat ialah ;

- Terbuka kepada kritikan dan ambil semua kritikan positif atau negatif dengan cara sepositif yang mungkin.

- Buat post mortem dan hasilnya perlu didedahkan untuk pengetahuan umum. Sorok-sorok tak mau.

- Jangan menipu dan menyalah itu ini dengan tujuan nak menutup atau sembunyikan kelemahan kita.

- Lebih baik kita belajar dari kesilapan dan ada niat nak betulkan keadaan daripada kita berdolak dalih. Kita tidak mahu ini berulang lagi pada tahun hadapan. Tak kesian ke tengok ramai rakyat miskin, yang tertindas, hilang rumah, hilang harta, hilang kerja, hilang tempat bergantung bahkan yang hilang nyawa pun ada.

- Rakyat tak hadap pemimpin sempurna yang suci dari dosa sebab pemimpin sempurna memang tidak akan pernah wujud sampai bila-bila.

- Sebab itulah yang aku tak faham sangat kenapa pemimpin dan penyokong2 mereka mesti nak mewatakkan seseorang pemimpin itu perlu diperlihatkan sempurna dan maksum dari segala dosa dan dia takan pernah ada salah atau buat silap apa-apa sekalipun.

- Ini salah caranya.

- Yang betul bila salah, kita mengaku aje salah dan cari jalan perbaiki keadaan jika kita ada kemampuan untuk berbuat demikian.

- Kalau takde, kita letak jawatan biar bakal pengganti pula take over betulkan keadaan.

PAS, penyokong PAS, penyokong Pakatan Rakyat, cukupla. Kalau betul keadilan ialah destinasi kau semua, cari jalan betulkan perkara yang salah.

Bai.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/287158

http://www.malaysiakini.com/news/285309

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...