Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Januari 2015

Kenapa JAWI U-turn Dalam Isu 3 Gadis Peluk KPOP - Adakah Rosmah & Majalah Mangga Puncanya?

Aku kena maki plak dengan geng2 UMNO dalam isu JAWI U-TURN. Aku ingatkan dorang boleh tangkap point aku dalam isu JAWI secara tiba-tiba tak jadi keluarkan waran tangkap (klik link itu).


Dorang kata aku gila (well aku rasa aku memang ada gila juga sikit-sikit haha) sebab jenis tak puas ahti.

Bila JAWI keluarkan waran tangkap aku meroyan.
Bila JAWI tak jadi keluarkan waran tangkap aku meroyan lagi.
Apa kejadahnya yang aku nak. Macam celaru jek aku tengok kau neh. Maksudnya, aku le yang celaru tue.

KAH KAH KAH

Actually. Aku tak celaru. Yang celaru tue korang la mangkok.

Aku bukan pertikaikan bab JAWI nak keluarkan waran tangkap ke atas 3 peminat taksub artis korea tetapi aku pertikaikan bab tindakan double standard.

Dan bila JAWI kena kritik kaw2 di laman sosial, berbanding mereka membuat keputusan untuk hukum semua yang berbuat kesalahan yang sama, tiba2 dorang tak jadi buat apa-apa.

Kita tak perlu issue apa2 warning kepada 3 gadis tersebut sebab kalau kita issue kan sebarang tindakan ke atas mereka maka rakyat akan persoalkan tindakan kita ke atas beberapa perkara yang seakan dengannya yang mana kita semua tahu sampai ke mampos la kita takan berani bertindak ke atas pihak2 terbabit lagipun ucapan2 kita mengenai ajaran Islam hanya la setakat sembang kencang buat huha huha dalam forum atas pentas ceramah dan dalam khutbah jumaat sahaja. Ia bukan sesuatu yang kita mahu laksanakan secara realiti melalui tindakan you know.

Bukan kah begini wahai JAWI?

Kau tahu. Kau takde kemampuan nak tegur rakyat Malaysia sebab kelayakan kau dah lama hilang pada saat kau tidak pernah langsung bertindak di atas perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara di Malaysia neh kan.

So. Ko sedar diri. Maka kau UTURN. Mula2 beria nak amek tindakan tegas. Beria2 kutuk KPOP sana KPOP sini. Alih2 rakyat bersuara. Rakyat tunjuk bukti. Rakyat bagi hujah. Rakyat malukan JAWI dan JAKIM. Rakyat jatuhkan intergriti dan kredibliti agensi agama. Kau semua kena sound setempek dan buat UTURN sebagai solution akhir untuk tutup kes akibat kantoi malu.

Begitu pun ia tak menyelesaikan masalah. JAKIM dan JAWI patut dibubarkan terus jika kau berdua tak berperanan untuk membetulkan keadaan dari atas sampai ke bawah. Jika kau semua gagal untuk membetulkan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin sehinggala kepada rakyat maka untuk apa kau semua dibayar gaji tiap2 bulan kalau tak berperanan seperti yang dimatlamatkan melalui penubuhan agensi2 tersebut?

Nampak?

Berhenti makan gaji buta.

Berhenti menambahkan beban negara yang terpaksa bayar gaji korang tiap2 bulan.
Angkat kaki dan berambos.

Jangan sembang kencang tentang agama. Ia seperti kau cakap kau takutkan tuhan tetapi kau tak pakai tudung (maaf untuk mereka2 yang tidak bertudung, aku bagi contoh anologi neh bukan untuk kritik keimanan korang) tetapi melalui lafaz mulut kau cakap ye ye saya takutkan Allah tetapi kau masih tak pakai tudung. Kenapa kau tak cakap aje bahawa saya masih belum cukup takut kepada Allah sebab itulah saya masih tidak memakai tudung. Kenapa perlu beria2 buat pengakuan bahawa saya takutkan Allah sedangkan dalam ahti kau tahu bahawa kau bukan la begitu takutkan Allah pun. Untuk apa kau mendapatkan pengiktirafan dari manusia bahawa kau ialah individu yang takutkan Allah sedangkan kau bukanla takutkan Allah sangat pun. Kenapa kau jadikan diri kau begitu hipokrit berkaitan ketuhanan? Kenapa tak jadi jujur? Cakap jujur tak semestinya kita ego. Kita hanya mahu meletakkan diri kita neh apa dalam agama. Kalau tanya aku, aku akan cakap (dan ya memang aku mengaku banyak kali dah) bahawa aku tak begitu takutkan Allah. Kerana itula aku masih lagi berbuat dosa2 dengan sengaja walaupun bukan dosa2 besar tetapi ia masih dosa dan paling penting ianya sengaja. Tindakan aku selari dengan lafaz aku. Jadi aku tahu aku apa dalam agama maka dari situla baru boleh betulkan keadaan. Sebab aku terima diri aku neh apa dan bagaimana. Ini setakat nak hipokrit huha huha sembang depan orang kita neh pejuang agama kita neh agensi agama yang mahu meletakkan Islam sebagai teras blablablabla.. sampai mengantuk aku dengar ceramah2 dorang tetapi hakikatnya lafaz kata sangat kontradiks dengan lafaz tindakan.

Nah. Berkaitan agama pun kau tak berani jujur waima dengan diri kau sekalipun dan kau masih huha huha berkata mahu cari kebenaran.

Sudah2la tue JAWI dan JAKIM. Bubarkan sahaja kalau taknak mainkan peranan.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...