Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Januari 2015

12 Cadangan Kepada Najib Dan Kerajaan Untuk Langkah Jimat Cermat Bagi Menghadapi Krisis Ekonomi 2015.

Kedudukan ekonomi kita tidak krisis walaupun kita susun semula pelan perancangan kewangan kita. Pembangkang perlu bersama-sama kerajaan bagi mengatasi kesan kejatuhan harga minyak kata Zahid Hamidi (disini) walaupun berulang kali menteri kita sebut kedudukan ekonomi kita tidak krisis langsung. Lagipun, kejatuhan nilai matawang kita bagus untuk negara. Patut sangat la kita berharap agar nilai matawang kita terus jatuh dan jatuh dan jangan naik-naik lagi sampai bila2 sebab ia sangat bagus untuk negara ye tak?

KAH KAH KAH


Ayat-ayat memperbodohkan umat oleh menteri2 dan geng2 kerajaan kau neh memang betul2 kelakar bangang. Punya la Najib cuak dengan ayat krisis. Dikatakan kerajaan sedang buat langkah penyesuaian ekonomi bagi menyesuaikan perbelanjaan kerajaan dengan keadaan semasa akibat ;

- Kejatuhan harga minyak

- Yang seterusnya menyebabkan nilai ringgit jatuh

- Kejatuhan harga minyak di peringkat global menyebabkan perolehan kerajaan berkurangan melalui PETRONAS

- Kejatuhan matawang ringgit Malaysia menyebabkan industri yang berkaitan import dan hutang negara yang menggunakan matawang USD kian tinggi disebabkan nilai pertukaran matawang.

- Bila hasil pendapatan semakin berkurangan, maka kena la susun semula bajet yang melibatkan perbelanjaan kerajaan yang cover ;

1. Pembangunan baru dan sedia ada

2. Baikpulih kemudahan

3. Projek2 yang membabitkan pembinaan

4. Gaji kakitangan awam

5. Perkhidmatan dan alat ganti

6. Majlis keraian dan program2 yang babitkan agensi kerajaan

Ini kerana bajet sedia ada tak sesuai lagi dengan keadaan semasa disebabkan pendapatan yang diraih adalah kurang berbanding dengan apa yang telah diperuntukkan pada sebelumnya.

Untuk rekod, rizab Malaysia juga merosot seperti yang diumumkan oleh gabenor bank negara baru-baru ini.

Lihat ;

 
DATA Rizab Bank Negara (Sumber BNM)
 
- Akhir tahun 2014 = US$116.0 bilion
- Akhir tahun 2013 = US$134.9 bilion
- Akhir tahun 2012 = US$139.7 bilion

 
Dan ya ya ya.  Malaysia tidak gawat dan tidak menghadapi krisis ekonomi. Cuma kita saja je buat kelakar bangang bila susun semula cara kita memperuntukan perbelanjaan dalam sektor tertentu. Dan kita saja je buat kelakar bangang bila kita seru rakyat jimat cermat dalam satu forum bertajuk soal-jawab bagi menghadapi kesan kejatuhan harga minyak global dan penyusutan nilai ringgit. Betul tak Najib?

Haha.

Tapi syukurlah. Pelan kerajaan rancang GST pada tahun 2015. Walaupun pendapatan boleh raih susut dengan penjualan minyak oleh PETRONAS, kerajaan ada sumber pendapatan baru menerusi GST. 

Aku tak rasa pemimpin2 negara akan gabra sebab akhirnya rakyat macam ko dan aku juga akan 'bail-out' masalah ekonomi kat negara neh walaupun kerajaan taknak sebut ianya sebagai krisis. Jadi jujur dan berterus terang not apart of their attitude pun. Biarlah menipu asal nampak bergaya dan bagus depan media walaupun tindakan tersebut dianggap kelakar yang bangang.

Hasil complication cadangan-cadangan yang aku baca dan aku sendiri ada fikirkan beberapa darinya, berikut adalah 12 langkah yang sebenarnya Najib dan kerajaan patut buat bagi memastikan sasaran kerajaan untuk berjimat cermat sampai kepada matlamat. Dan ya, nasihat jimat cermat itu sepatutnya dimulakan oleh kerajaan dan bukannya asyik alih ke rakyat je. Macam la kami yang membazir dan menyeleweng wang negara. Tak pasal2 kami plak yang kena jimat cermat.

Pertama. Semua elaun yang diberikan kepada semua jenis monarki ditarikbalik serta merta. Ia tak termasuk gaji kepada kakitangan dia. Sekadar elaun yang dikhususnya untuk monarki dan kaum kerabat mereka semata-mata. Nak duit, suruh mereka kerja.

Kedua. Semua agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain disatukan bagi memastikan kecekapan agensi kerajaan. Contohnya PERMATA dan KEMAS. Satukan terus.

Ketiga. Semua gaji yang membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dipotong kerana tak berbaloi dengan tugas yang ditawarkan oleh mereka. Pegawai tertinggi neh maksudnya yang betul2 power dan jenis gaji puluh2 ribu sebulan.

Keempat. Semua kenaikan gaji yang membabitkan kakitangan di peringkat atasan dan wakil rakyat samada di peringkat Dun dan Parlimen dibekukan dan ditarikbalik sehingga ekonomi kembali stabil.

Kelima. Semua program2 kerajaan yang tak bermanfaat dan tak memberikan impak kepada rakyat dan nilai tambah kepada kerajaan dimahsuhkan serta merta. Contohnya. PERMATA. PLKN. Semua operator PLKN juga harus diberikan pampasan sewajarnya sekurang2nya mereka boleh hidup sehinggala mendapat pekerjaan atau perniagaan gantian yang lain.

Keenam. Najib dan semua menteri perlu berhenti ke luar negara menggunakan pesawat peribadi. Sebaliknya menggunakan pesawat awam. Kos lawatan luar negara menteri sangat tinggi dan banyak penjimatan boleh dilakukan jika menteri2 mula keluar negara menggunakan pesawat awam. Bahkan kos lawatan untuk sekitar Malaysia pun tinggi. Maka, menteri2 kini perlu berhenti gunakan helikopter dan pesawat awam sebaliknya naikla kenderaan dan hadap jalan traffic jam macam rakyat kebanyakan.

Lihat ;


Ketujuh. Penyusunan semula kakitangan awam. Pertindihan tugas, bilangan kakitangan yang ramai tetapi kerja tiada, datang office boleh huha huha minum kopi punyala senang dan santai sangat kerja mereka disebabkan takde kerja, manakala di sektor2 tertentu kekurangan kakitangan awam seperti sektor perubatan namun tidak pula diserapkan tenaga kerja yang baru dan terlatih. Ini kerajaan kena kaji balik dan susun betul2. Sektor tertentu mempunyai lebihan kakitangan awam sehingga ia tidak diperlukan, manakala sektor yang memerlukan pula kekurangan. Apahal macam neh pula kan.

Kelapan. Kecilkan saiz kabinet. Kita ada banyak menteri dan timbalan menteri tapi hasil kerja kebanyakkan dari mereka haprak. Langsung tak menyelesaikan masalah rakyat yang sebenar. Buang duit pembayar cukai.

Kesembilan. Buang semua penasihat2 menteri dan perdana menteri yang takde fungsi. Contohnya si Shahrizat tue. Dah berhenti sebagai menteri dilantik pula jadi penasihat khas Najib dalam hal ehwal wanita. Apa gunanya ada menteri wanita kalau kau nak pakai nasihat Shahrizat? Berapa tah gaji dia sebulan. Kat situ je dah jimat ribu2 aku rasa. Itu baru sorang penasihat khas Najib. Belum yang lain2. Penasihat khas konon. My foot la kau. Jangan lupa buang juga firma2 asing yang Najib lantik untuk melakukan kajian2 dan kerja2 tertentu yang mana kos upah mereka sangat mahal.

Kesepuluh. Kerajaan kena susun semula perjanjian2 bangang mereka seperti sewa kenderaan rasmi, sewa bangunan kerajaan di Putrajaya, IPP, perjanjian tol berat sebelah yang memaksa kerajaan terpaksa keluarkan pampasan jika konsesi tol disekat dari menaikkan kadar tol. Itu semua bangang. Ya. Bangang. Berapa banyak kerajaan dapat jimat jika kesemua perjanjian berat sebelah ini dapat dikaji?

Kesebelas. Kerajaan telah peruntukkan banyak wang untuk menjaga banduan dalam penjara, bukan? Bagaimana jika kerajaan tukar sikit cara menjaga mereka. Contohnya. Bagi penjenayah ringan, kerajaan hukum mereka bekerja di estet dan ladang2 dan industri2 yang orang kita malas nak buat sebab ia kerja berat. Kerajaan bekalkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada industri, kurangkan kebergantungan kepada tenaga asing. Letakkan la cip ke rantai pengesan yang macam penjara kat US buat tue supaya banduan dalam parol tak boleh lari dan jika lari mereka boleh dikesan semudah ABC. Hantar mereka pergi balik gunakan kenderaan khas, kerajaan boleh buat duit tapi jangan kejam sangat. Buatla pembahagian 80% - 20%. 80% banduan punya, 10% kerajaan punya sebagai cukai manakala 10% yang lain pula tampung perbelanjaan2 am banduan ketika dijaga oleh kerajaan sepanjang berada dalam tahanan seperti kos makan minum, pengangkutan dan sebagainya. 

Keduabelas. Tiap2 tahun jabatan audit sentiasa mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan. Sepertimana konsep pinjaman Amanah Ikhtiar, kalau seorang peminjam lari, maka yang lain-lain kena ganti. So seperti itulah yang kerajaan kena amalkan sekarang. Jika mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam pecah amanah, salah laku, kantoi menyeleweng, songlap, balon duit projek, curi duit pembayar cukai, buat projek yang merugikan, maka kesemua kakitangan awam dari atasan sampai bawahan kena potong bahagian masing2 ikut percentage bagi ganti semula duit yang rugi itu. Nampak macam kejam tapi memang ini jek cara nak ajar korang. Kurang2 kakitangan awam boleh belajar untuk tidak bersubahat. Sebab bila kantoi dia pun kena bayar sekali. Betul tak?

HAHAHAHAHA..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...