Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Januari 2015

RM73,620 Ialah Kos YG Ditanggung Rakyat UTK Bawa Najib Pulang Guna Pesawat TUDM - Bagaimana Pula Dengan Kos Pesawat 9M-NAA?


Ini ada satu pendedahan lagi. Yang dibuat oleh ketua penerangan pemuda PKR, Lee Chean Chung.

Lee mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.
 

Lee juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini. 

Jika kos untuk bawa Najib pulang mencecah 73,000 dan lebih merujuk kepada destinasi ke Hong Kong, ke KL sebelum menuju ke Kota Bharu, berapa pula agaknya kos yang perlu dikeluarkan bagi menanggung perjalanan 9M-NAA yang singgah ke beberapa destinasi ya?

Lue fikirlah sendiri ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...