Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Disember 2014

Menteri Malaysia Berperangai Teruk, Jahat Dan Pentingkan Diri Sendiri.


Semuanya bermula dengan kenyataan Najib. Najib dilaporkan berkata kepada pihak media seperti berikut ;

Semua ahli kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Razak. 
 
Perdana menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali
 
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya. -TMI-

Berlaku banjir teruk di beberapa negeri - perlu rakyat untuk mendesak dan memaksa Najib pulang. Rakyat bertekak di media sosial, menulis surat terbuka, mengkritik, mengutuk dan menyindir sehingga Najib rasa terjejas sampai upload gambar muka yang kesedihan menelefon Muhyiddin Yassin. Dan baru la Najib memutuskan dia perlu pulang.

Najib memutuskan dia perlu tamatkan percutian dia. Dan segera ke Kelantan bagi memantau dan mengetuai sendiri kerja-kerja membantu mangsa banjir di beberapa negeri.

Dia sebut percutian. Tapi percutian tersebut tak nampak macam dibiayai oleh wangnya sendiri. 

Nampak tak kekantoian Najib disitu? Nampak? Nampak?

Kat sini jek dah buktikan betapa jahatnya dia dalam menyalahgunakan kedudukan dia sebagai PM di negara neh. Kalau sungguh bercuti, cuti je la. Gunakanla wang sendiri. Kenapa pula percutian kau tue perlu dikaitkan dengan pembayar wang cukai.

Lepas tue dia perlu keluarkan arahan kepada menteri2 kabinetnya agar pulang ke Malaysia bagi membantu mangsa2 banjir yang terjejas di beberapa buah negeri.

Nampak? Nampakk?

Pertama. Menteri2 kau neh stok bercuti luar negara jek kan.

Kedua. Menteri2 kau neh dalam keadaan rakyat dilanda musibah pun sakan gila bercuti sana sini. Padahal mereka tue berpangkat dan mempunyai sesuatu peranan dalam agensi kerajaan.

Ketiga. Langsung takde sikap prihatin ka simpati ka, kesian ka atau apa. Kalau ada takan sampai Najib perlu keluarkan arahan untuk desak mereka pulang. Kenapa bukan kesedaran diri yang menyebabkan mereka pulang. Hishammudin, tak nagis ke tengok mangsa banjir? Kenapa tak buat political stunt macam dalam insiden MH370? Buat la. Ramai penyokong2 kau nak tengok neh woi.

Keempat. Punyala teruk perangai menteri2 kau neh sampaikan Najib perlu umumkan kepada media bahawa dia dah beri arahan agar menteri2 yang bercuti, bersegera pulang dan menjalankan tugas bagi membantu mangsa banjir. Perlu dia umumkan? Kenapa? Supaya menteri2 Malaysia rasa sentap dan tersindir. Almaklumla. Mana aci Najib aje yang kena bambu p main golf dengan Obama dan dikritik sakan kerana bercuti di luar negara. Dah alang2 kena balon dengan rakyat maka biarla aku, kau dan kita saf2 menteri semua kena balon sama. Alang2 dah rakyat maki aku (Najib), biar rakyat maki korang sekali. Fair and square ma.

Kelima. Berbanding menteri2 yang bercuti sakan membuat panggilan atau pengesahan atau mendapatkan laporan mengenai insiden banjir dari pegawai2 terdekat mereka, mereka sebenarnya perlu dihubungi oleh Najib Razak untuk pulang dan membantu. Memang pentingkan diri sendiri. Gambaran neh Najib Razak yang beri. Jangan salahkan persepsi rakyat. Kemon la. 

Menteri tak sama level macam pembangkang atau rakyat marhaen. Tak perlu banding dengan pembangkang di negara neh.

Yang pegang kuasa pusat tue kau. Bukannya pembangkang. Lagipun pembangkang kan pembangang kat negara neh bagi saf2 BN. Apa ke logiknya kau semua nak menjadikan pembangkang tue sebagai penanda aras ko? Kot ye pun nak banding, cari la yang bagus sikit supaya korang boleh tiru. Nampak tak kebodohan kau kat situ. Nampak? Nampak? Hopefully nampak la kan.

BTW. Bukan semua menteri2 bercuti ke luar negara. Ada yang dari hari pertama musibah dah turun padang. Macam Shabery Cheek. Buih2 mulut dia pun, laju2 dia turun padang. Kau ada?

Mustafa Muhammad pun sama walaupun dia punya penaakulan bab keadaan banjir tue terkawal tak tepat tapi dia pun laju2 turun padang pantau keadaan. Kau ada?

Apa yang aku nampak. Ada menteri yang peka. Ada menteri yang tak peka. Tapi menteri2 yang tak peka neh kalau kau semua perasan, semua stok geng2 pro Najib.

Ahmad Maslan
Hishammudin
Hasan Malek

Kan. Perasan tak?

Last. Aku ada cakap kat member aku. Tak pernah aku anggap menteri turun padang bersihkan air banjir atau buat2 hulur makanan pada mangsa banjir dan tersiar di media massa tue penting. Kalau turun padang untuk buat political stunt tak payah la buang masa kot. Yang penting apa arahan atau keputusan2 yang dia buat, bagi membantu menyelesaikan musibah yang melanda. Tapi dia reply pada aku. Memang bila menteri turun padang, air banjir tak boleh surut atau hujan tak boleh dihentikan pun. Tapi sekurang2nya bila dia turun padang boleh 'surutkan' kesedihan rakyat yang dilanda musibah. Dia perlu nampak sendiri apa yang berlaku supaya nanti dia tahu buat keputusan yang betul bagi membantu keadaan. Menteri mungkin buat political stunt. Tapi mangsa banjir akan guna kesempatan tersebut untuk mengadu masalah. Tak penting pada aku belum tentu tak penting pada mangsa banjir. Oke fine. Aku terima faham point dia. Betul juga la tue. Kalau menteri tak turun padang dan tinjau apa yang berlaku macam mana dia nak tahu situasi sebenar. Jadi menteri, selain dari perlu mengeluarkan arahan perlu juga turun padang meninjau lokasi kejadian supaya nanti boleh membuat keputusan yang betul bagi membantu mangsa banjir sungguh pun itu agak contradiks sikit dengan Najib kau neh. Lagi dia turun padang, lagi dia melalut tentang DARURAT, INSURANS dan TAK BALIK RUMAH.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...