Isnin, 29 Disember 2014

Isu Beras Logo BN - Ini Jawapan Ahli Parlimen BN Kepada Pengkritik.

Kronologi.

1. Terdapat satu gambar yang tersebar yang mana gambar tersebut mendapat kritikan ramai pihak.

2. Ini gambar yang tersebar.


3. Lain orang lain point pengkritikannya.

4. Aku punya point ialah kenapa perlu tepek muka kau kat beras tue. Tak boleh bagi je tanpa nak tepek2 muka ke.

5. Tapi ada orang kata bantuan lambat tiba disebabkan nak tepek muka2 wakil rakyat BN. Boleh diperhatikan dari cara ahli parlimen BN respon di laman facebooknya.

6. Lihat ;



6. Disebutnya juga. JANGAN PARTI SAJA NAMA ISLAM TAPI AMALAN TAK IKUT.

7. Parti nama ISLAM tue sapa kalau bukan PAS?

8. Ditujukan pada sapa kalau bukan pada geng2 PAS secara khususnya.

9. Geng2 BN siap buat perbandingan lagi.

10. Lihat ;



11. Oke. Fitnah tue fitnah la. Kita betulkan la yang mana2 tak betul. Bab neh aku akur.

12. Cuma aku nak huraikan sikit point MP BN kau neh.

13. Dia sebut ;

- Kampit beras dibuat selepas PRU

- Untuk disedekahkan kepada majlis kahwin, tahlil dan lain2.

- Bila bencana berlaku pada hari 1 dan 2, bekalan tak cukup jadi saya keluarkan 500 kampit beras untuk diagihkan SEGERA.

14. Maksudnya secara tak langsung dia mengaku la yang dia memang tepek muka dia kat beras tue kan? Supaya orang tahu dia yang bersedekah dan agih bantuan tue kan? Dan sebagainya tue merujuk juga jika berlaku musibah banjir kan?

15. Kena la dengan persoalan dan point aku.

16. KENAPA KAU PERLU BERIA2 TEPEK MUKA KAU KAT BERAS TUE.

17. Bila kau buat bukan isu pada aku. Yang aku jadi heran. Kenapa puak2 partisan neh tak kira la BN ka PR ka perlu beria2 tepek logo, sticker, muka la apa la dan sebagainya kat barangan2 yang diagihkan untuk membantu mangsa yang terlibat dalam musibah banjir.

18. Bagi sedekah untuk tahlil, beras tepek muka dan logo parti.

19. Bagi sedekah kat kenduri kahwin, beras tepek muka dan logo parti.

20. Hantar bantuan untuk mangsa banjir, banner tepek muka PM kat lori yang menghantar.

Untuk apa semua tue?

Kenapa semua orang perlu dimaklumkan bahawa yang bagi bantuan tue kau. Apa yang ko cuba nak achieve dengan berbuat demikian?

Itu yang aku tak faham. Dan aku tertarik dengan status dari admin page favourite aku si SOKERNET neh.



POWER. Aku suka point dia.

Mula2 kononnya nak memaklumkan kita yang beri dan agih bantuan. Lama2 bertukar semacam gila glamer atau gila perhatian. Dan sekarang seolah2 seperti berlumba2 sapa paling POWER bagi bantuan dan kepada siapa yang ucapan TERIMA KASIH itu perlu dinyatakan supaya yang menerima bantuan itu faham JASA siapa yang mereka makan.

Dan lepas tue sebarkan di facebook. Mengharapkan kutipan LIKES, SHARE dan COMMENT yang banyak.

WOW.

Orang puji kot. Parti kita. Pemimpin kita.

POWER!!! 

Perlu ke? Dari menepek sticker, kepada cop muka sendiri di beras atau letak logo parti di plastik bantuan yang diagihkan kepada mangsa banjir hingga la kepada sebaran gambar2 pemimpin menongkah air banjir separas dada yang disebarkan oleh partisan BN dan PR, apa agaknya yang mereka cuba nak achieve kalau bukan lebih kepada percubaan mendapatkan pujian dan kredit? Kemon la. Kau rasa rakyat Malaysia neh semuanya BODOH nak MAMPOS ke sampai semua orang akan tertipu dengan propaganda murahan partisan dan pimpinan mereka?

Urm..

Aku was2 tentang itu.

Dan macam aku cakap. Sindrome gila pujian dan kredit itu semakin menggila di Malaysia apabila seseorang yang menunggang motor menahan lori minta air mineral pun si UMNO gila tue sempat snap gambar dan sebar di facebook.

Kau tengok neh ;


Apa la agaknya perasaan orang yang minta air mineral tue gamaknya. Minta air pun sibuk nak snap gambar dan sebarkan wajah dia kat facebook. Tak boleh ke hanya bagi dan berlalu tanpa banyak cekadak untuk snap2 gambar dan sebar di facebook?

Aku hidup di zaman yang mana yang bersedekah beria2 nak buktikan, tunjukkan, maklumkan, hebahkan, canangkan dan kontroversikan pemberian dia agar semua orang mengiktirafkan peranan dan penglibatan dia dalam perkara tersebut.

Heh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...