Isnin, 29 Disember 2014

Rumah Kontena Untuk Mangsa Banjir - Apa Kata Rakyat Malaysia?

Ya. Rumah kontena.

Sepertimana yang kita ketahui ada ramai mangsa banjir yang kehilangan rumah ketika musibah banjir yang sedang berlaku ketika neh. Yang duduk di rumah batu sedikit bernasib baik berbanding yang tinggal di rumah kayu. Sekurang2nya rumah batu tidak dihanyutkan oleh air deras. Walaupun segala2 yang ada dalam rumah itu rosak dan hancur dan musnah namun tapak rumah masih ada. Tempat untuk dituju selepas banjir surut masih ada. Rumah boleh dibersihkan. Kelengkapan yang rosak boleh dicari by masa.

Tapi yang duduk di rumah kayu tidak bernasib baik seperti yang duduk di rumah batu. Lebih2 lagi bila rumahnya musnah teruk, hancur, ranap dan dibawa oleh arus deras banjir. Bahkan di media sosial terdapat pengguna media sosial yang menghina dan mengejek2 kejadian banjir yang berlaku di Kelantan apabila sebuah rumah mangsa banjir dirakamkan sedang dibawa oleh arus deras air banjir. Rumah kayu. Bayangkan si pemilik rumah yang baca komen berkenaan. Apa agaknya yang dia rasa apabila penyokong BN (terbukti) menyindir2 rumahnya yang dibawa arus deras. Aku syak penyokong BN itu nak makan penampar berjemaah dari rakyat Malaysia. Dia teringin nak merasai 'kesedapan' penampar tue gamaknya.

Kita tengok sedikit gambar2 kejadian rumah yang musnah akibat musibah banjir yang sedang melanda ketika neh ;


Musnah dan rosak teruk kan. Dan jika bina rumah kayu lagi, dan banjir teruk lagi, sekali lagi rumah kayu itu akan rosak dan musnah dek arus deras.

Jadi aku memikirkan kita sebenarnya ada satu alternatif yang lebih baik dari rumah kayu dan alternatif itu sebenarnya agak cepat dan lebih murah la berbanding harga jualan rumah oleh kapitalis2 pemaju hartanah di negara neh.

Ini dua contoh rumah kontena bahagian dalaman ;





Dan ini contoh bahagian luaran ;


Untuk gambar2 lain, rujuk sini.

Selalunya isu yang membabitkan rumah kontena neh orang kata panas. Tapi sebenarnya ia boleh diatasi dengan cara pada dinding, pada lantai, pada siling dipasangkan bahan penebat yang bersesuaian. Sebenarnya panas bukan kelemahan atau halangan. 

Rumah kontena neh sebenarnya sangat kukuh, berat dan paling penting ia tidak boleh diterbangkan dan digerakkan melainkan dengan kekuatan yang sangat 'POWER'. 

Kosnya juga berpadanan dengan sesuatu yang ditawarkan selain dari kukuh dan tahan lama. Karat pun boleh diatasi dengan penggunaan cat yang bersesuaian.

Mudah alih (boleh dipindahkan). Juga boleh dibesarkan dengan penambahan kontena yang baru. 

Kontena baru dan kontena lama berbeza harga. Bahkan pembelian pukal dan pembelian sedikit pun berbeza harga. Kontena yang berbeza-beza saiz juga berbeza harga.

Sekurangnya 2 atau lebih kontena diperlukan untuk membina sebuah kediaman bagi sebuah keluarga.

Prosesnya ialah mula2 tentukan size dan jumlah kontena yang diperlukan. Dicat, dipasang penebat, buat tingkap, pintu dan buat partition ikut keperluan.

Kemudian buat pendawaian elektrik dan air. 

Kemudian disiapkan sebuah bilik air.

Aku rasa ini je paling asas untuk mangsa banjir perlukan. Yang lain mereka akan ubahsuai sendiri secara berperingkat berdasarkan modal, kemampuan dan keperluan mereka pada masa2 akan datang.

Ini salah satu contoh rumah kontena di Malaysia ;

Bahagaian dalam.

Bahagian luar.


Ini pula contoh sebuah rumah kontena yang sedang dalam pembinaan di Selangor ;



Dan ini pula sedikit penulisan berkaitan pembinaan rumah kontena ;

Pasangan suami isteri, Kap­ten (B) Ikhwan Azillah dan Orkid Jamilah Awang menjadikan kabin dan kontena sebagai pejabat dan rumah per­singgahan hujung minggu mereka.
Terletak di kawasan Bukit Jugra, pasangan yang mengusahakan pusat rekreasi sukan luncur udara di kawasan tersebut sejak Februari lalu tertarik untuk menggunakan kontena memandangkan kuasa mobili­tinya yang tidak terhad kepada sesuatu kawasan sahaja.
“Misal kata kami mahu ubah lokasi tapak ini pada masa akan datang, ia boleh dipindahkan dengan mudah, jadi tidak timbul masalah sewaan tapak dan sebagainya,” kata Ikhwan Azillah sambil memberitahu, kos pembinaan rumah daripada peti besar daripada keluli itu menelan belanja sekitar RM20,000 termasuk kos logistik dan ubah suai.
Dia yang juga Pengasas Luncur Udara Malaysia mengakui rumah daripada kontena cepat panas dalam keadaan cuaca tropika negara ini.
Pun begitu, katanya, kekurangan itu dapat diatasi melalui beberapa kaedah yang telah dikenal pasti antaranya penggunaan jaring hitam yang biasa digunakan untuk melin­dungi tanaman sebagai penebat haba.
“Saya sendiri memasang lapisan styrofoam di antara din­ding kontena dan dinding papan lapis untuk dijadikan penebat haba. Selain itu, pemilik juga boleh menggunakan pendingin hawa dan kipas ekzos untuk mengeluarkan haba yang terperangkap di dalam rumah ini.
“Masalah karat pula boleh diatasi menerusi penggunaan cat tahan karat,” ujarnya yang memperoleh idea untuk membuat rumah daripada kontena ketika menjalani kursus kejurulatihan sukan itu di New Zealand.
Dalam pada itu, Orkid Jamilah berpendapat, persepsi masyarakat mengenai rumah kontena perlu diubah memandangkan ia merupakan satu alternatif pemilikan rumah yang mudah, praktikal dan efisien.
“Ramai yang menganggap rumah ini ibarat penempatan untuk warga asing atau hanya sesuai diduduki oleh golongan miskin.
“Tanggapan itu perlu diubah kerana ia boleh diubah suai menjadi kediaman mewah dan selesa mengikut bajet serta kreativiti masing-masing,” ujarnya.

Kosmo

Kalau la dapat ditentukan secara tepat anggaran kos yang diperlukan untuk membina rumah kontena (sekurang2nya 2 kontena kerana itu ideal bagi sebuah kediaman untuk keluarga) termasuk pasang bahan penebat + tingkap + pintu + bilik air + penghantaran + pendawaian elektrik dan air aku rasa lebih senang nak buat perbandingan samada kosnya murah atau tidak di negara neh.

Di negara luar, rumah kontena memang dianggap sangat efektif dari segi kos dan masa.

Tapi di Malaysia, dari segi masa, aku jamin memang pantas dan pratikal. Tapi dari segi kos, aku 50-50. Tapi kalau sediakan rumah kontena untuk mangsa banjir aku rasa ianya sangat berbaloi sebab 'penyediaannya' cepat. Berbanding nak beli kayu, ukur itu ukur ini kemudian ketuk2 sana ketuk sini untuk siapkan sebuah rumah. Dan sekali lagi berhadapan dengan risiko banjir. Kalau dibandingkan rumah batu dengan rumah kontena, aku rasa dari segi kos, rumah batu lebih murah cuma makan masa nak menyiapkan rumah batu. Rumah kontena yang buat kos dia meningkat ialah pemasangan penebat haba dan penyediaan bilik air. Almaklumla, penebat haba itu sangat penting untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia tau. Harap2 ada la mana2 pihak yang boleh sponsor rumah kontena untuk mangsa banjir. Bawah 10k dah boleh dapat 2 bijik kontena + cat + tingkap + pintu + penghantaran. Bilik air dan penebat haba, kena tambah lagi 10k.

Amacam. Pratikal tak?

Pertanyaan lanjut tentang rumah kontena, rujuk sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...