Khamis, 1 Januari 2015

Perak Tak Sudi Terima Bantuan Banjir Dari Selangor, Azmin Umum Tambahan 5 Juta Untuk Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan.


Amboi berlagak. Yang penting keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri Selangor yang peka dan sudi hulurkan bantuan. Takan la sebab sumbangan tidak mencecah jutaan ringgit, Perak menolaknya.

Sebenarnya. Dorang tak patut tolak bahkan tak layak tolak. Sebaliknya Perak patut mencadangkan ke NGO mana yang patut disalurkan bantuan tersebut. Siapa PERAK yang beria2 nak tolak bantuan untuk mangsa banjir sedangkan dia bukan la mewakili suara2 mangsa banjir yang terjejas di Perak, kan?

Menurut laporan dari TMI ;

1. Kerajaan negeri Perak enggan menerima bantuan wang ihsan segera yang disampaikan oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Perak.

2. Exco Wanita & kebajikan Selangor, Dr. Daroyah Alwi memaklumkan kepada Selangorkini bahawa Perak tidak sudi menerima bantuan tersebut dan mungkin ia disebabkan kerana jumlahnya yang kecil iaitu sebanyak 100,000.00 ringgit.

3. Sambungnya lagi pemikiran politik yang sempit sepatutnya diketepikan bagi menghadapi musibah banjir yang berlaku di Perak.

4. Selangor kesal dengan pendirian yang diambil oleh Perak berbanding Terengganu dan Pahang yang lebih terbuka menerima sumbangan tersebut.

5. Pun begitu, Selangor akan tetap menghantar PANTAS ke Perak (pasukan sukarelawan Selangor) bagi membantu sukarelawan di kawasan yang terjejas teruk angkara banjir seperti di Kuala Kangsar.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Selangor mengumumkan tambahan 5juta ringgit akan diberikan kepada Kelantan bagi membantu mangsa banjir mendirikan dan membaiki semula rumah2 mereka yang terjejas teruk angkara banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Ketika ini angkara kerugian angkara banjir di Kelantan dikatakan mencecah 200 juta ringgit dan ini tidak termasuk dengan anggaran kerugian yang dialami oleh keluarga2 yang kehilangan harta benda dan kerosakan rumah.

Hampir 200 ribu orang di Kelantan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata apabila banjir melanda di negeri itu selama 8 hari.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...