Ahad, 28 Disember 2014

Saya Tak Balik Rumah Lagi Kata Najib Kepada Rakyat Malaysia - Gambar2 Kemusnahan Akibat Banjir.

Baru kejap tadi. Baru sangat. Aku rasa nak lempang Najib laju-laju. Aku rasa aku tak boleh terima la kenyataan dia. Betul aku cakap. Aku tak boleh terima. Di berita. Sejak semalam. Aku nampak semua media pun sama. Memang buat aku meluat walaupun aku dah cuba berulang kali mengabaikannya.

Kenyataan Najib bahawa ;

- Dia bermain golf kerana ia sukar ditolak.

- Ia adalah undangan yang disebut sebagai golf diplomasi. Atas undangan Obama bagi membincangkan kepentingan negara.

- Ia telah dijadualkan sejak awal dan tidak boleh dibatalkan pada saat akhir.

- Walaupun Najib berada di luar negara, dia tetap memantau perkembangan banjir di beberapa negeri.

- Mengambilkira situasi banjir yang semakin teruk memaksa Najib membatalkan lawatannya ke luar negara dan terus pulang ke Kelantan.

Kenyataan neh buat aku nampak dan rasa bahawa Najib beria2 juga mahu orang faham dan terima bahawa tindakan dia main golf itu betul dan tidak dapat dielakkannya by hook or by crook.


Itu yang beria2 reka ayat = 'DIPLOMASI GOLF'.

Lepas tue dok bagi alasan atas kepentingan negara. Negara kita memang penting tapi bagaimana kepentingan negara kita boleh terkait ke atas Obama dan USA pula.

Cuba huraikan secara detail agar kami sebagai rakyat lebih faham. Oke tak Najib?

Tapi sampai point neh aku tak rasa nak lempang Najib laju2 lagi. Yang start aku rasa nak lempang Najib laju2 bila dia cakap..

"Saya tak balik rumah lagi"

Saya terus ke Kelantan untuk memantau perkembangan dan saya tak balik rumah lagi..

SAYA TAK BALIK RUMAH LAGI..

SAYA TAK BALIK RUMAH LAGII..

SAYA TAK BALIK RUMAH LAGIII..

Najib sebut depan tv menerusi ASTRO AWANI.

So. Najib kau neh tak balik rumah lagi rupanya. Nak kena rasa kesian ke? Sorry la. Aku bukan sahaja tak rasa kesian bahkan rasa meluat dan nak lempang ko laju2 lagi la ada lepas kau keluarkan kenyataan tersebut tau.

Dari kau atas pesawat menuju terus ke Kelantan. Kau sebenarnya memang macam berada dalam rumah. First class untuk segala2nya.

Sampai di Kelantan tah kat hotel mana kau landing untuk bermalam. Yang pasti first class juga yang kau terima.

Tengok baju yang kau pakai. Takde kedut. Itu membuktikan segala2 fasiliti kau hurung sana sini bagi melengkapkan keperluan kau walau di mana2 kau berada tanpa perlu berada dalam rumah pun. Kesah apa kau tak balik rumah lagi sedangkan kat mana2 kau bertapak atau landing ia diibaratkan macam kau berada dalam rumah sendiri.

Dan kau katakan begitu kepada mangsa2 banjir. Kau tak balik rumah lagi. Ada kau fikir yang di antara mangsa2 banjir tersebut sebenarnya takde rumah pun untuk 'dibalik'? Takde rumah pun untuk dituju apabila rumah mereka turut musnah, hilang, dihanyutkan, ditelan oleh air banjir? Rumah2 kayu paling teruk terjejas. Bukan sekadar perabot dalam rumah, rumah itu sendiri hancur dan musnah dalam bencana.

Tengok gambar2 kemusnahan di beberapa lokasi sekitar Kelantan (Kuala Krai) yang dirakamkan oleh Ismail Che Mat ;










Dan apa? Kau cakap kau tak balik rumah lagi seolah2 nak mengambarkan betapa patheticnya keadaan kau yang terus balik dari Hawaii menuju ke Kelantan bagi melakukan kerja2 kau?

Dekat Hawaii kau main golf, duduk dalam hotel mewah, makan sedap dan mahal dan naik pesawat peribadi yang hebat. Tak nampak pun macam kerja kau pathetic atau diri kau tue pathetic sangat sehingga ungkapan saya tak balik rumah itu wajar dikeluarkan oleh kau pun.

Ya. Kau tak balik rumah lagi. Ia bukan apa2 sangat pun pada kau Najib. Hal kecik je. Benda tak jejaskan diri kau satusen pun.

Tapi rakyat yang mendengar kenyataan tersebut. Terutamanya bagi mangsa banjir. Mangsa banjir yang rumah mereka musnah dan hanyut. Hancur dan hilang. Ranap dan lesap. Mereka akan kata. Dalam diri mereka. Dalam hati mereka. Dan aku.. takde rumah pun yang nak dituju selepas banjir surut. Kalau lah kau tahu tentang itu Najib. Aku rasa 1000 kali kau akan fikir samada patut atau tak patut kenyataan itu kau keluarkan. 

Renung2kanla nasihat dari orang miskin macam aku neh Najib oiii. Ia nampak kecik tapi percayalah.. ungkapan itu membawa kesan yang mendalam bagi rakyat yang mendengarnya..

Bai.

Updated.

Rujuk video disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...